Puasa: Onani apakah mewajibkan kaffarah?
Assalamualaikum.....
Saya ada satu soalan....
Saya telah melakukan onani dalam bulan puasa pada lebih kurang 6 tahun lepas.Pada masa itu saya tidak tahu hukum yang apabila seseorang itu mengeluarkan air mani dengan sengaja dalam bulan puasa..dia mesti membebaskan seorang hamba, atau berpuasa 2 bulan atau membayar fidyah. Pada masa itu saya hanya tahu syarat batal puasa iaitu salah satu darinya ialah mengeluarkan air mani dengan sengaja dan saya telah mengkhadakan puasa tersebut dan bertaubat. Beberapa lama selepas dari kejadian itu baru saya dapat tahu tentang hukum denda tersebut.
Soalan saya, apakah saya harus melaksanakan hukum tersebut ( membebaskan seorang hamba atau berpuasa 2 bulan atau membayar fidyah)sedangkan pada masa saya lakukan perbuatan tersebut saya dalam keadaan jahil ( tidak tahu tentang hukum tersebut ). Jikalau saya terpaksa melaksakan hukum tersebut, apa yang perlu saya lakukan sedangkan kejadian tersebut telah berlaku sejak 7 tahun lepas...
Terima Kasih...
Jawab
Alhamdulillah, inilah jawapan yang dipohon:
Mengeluarkan air mani pada siang Ramadhan membatalkan puasa tetapi tidak mewajibkan kaffarah (membebaskan seorang hamba, atau berpuasa 2 bulan atau membayar fidyah). Namun ia wajib qadha'.
Menurut Syafi'i, perkara yang membatalkan puasa serta wajib qadha' dan kaffarah hanya satu sahaja, iaitu jimak dengan beberapa syarat. Manakala keluar air mani dengan menggunakan tangan, ciuman, geselan dsbnya hanya membatalkan puasa sahaja. Tidak dikenakan kaffarah. Dan keluar air mani dengan sebab mimpi, melihat atau mengkhayalkan sesuatu yang menaikkan syahwat tidak membatalkan puasa.
Menurut Hanbali, yang membatalkan puasa serta mewajibkan qadha' dan kaffarah ialah:
1. Jimak pada siang ramadhan, samada pada faraj atau dubur.
2. Mengadakan hubungan lesbian (musahaqah).
Menurut Malik pula, yang membatalkan puasa serta mewajibkan qadha' dan kaffarah ialah setiap perkara yang membatalkan puasa dengan syarat-syarat yang khusus.
Menurut Hanafi yang membatalkan puasa serta mewajibkan qadha' dan kaffarah ialah:
1. Makan atau yang semakna dengannya, dengan beberapa syarat tertentu.
2. Melepaskan syahwat kemaluan secara sempurna, juga dengan beberapa syaratnya.
--------
Masalah: Apakah saya harus melaksanakan hukum tersebut ( membebaskan seorang hamba atau berpuasa 2 bulan atau membayar fidyah)sedangkan pada masa saya lakukan perbuatan tersebut saya dalam keadaan jahil ( tidak tahu tentang hukum tersebut ).
Jawab: Berdasarkan mazhab Syafi'i, saudara/ri tidak perlu membayar kaffarah. Cuma, jika saudara melewat-lewatkan qadha' puasa yang ditinggalkan secara sengaja (spt onani dsbnya), sehingga tiba Ramadhan berikutnya, maka saudara diwajibkan mengqadhak puasa berkenaan serta membayar fidyah. Sila lihat penjelasannya di sini:
http://ahkam.hypermart.net/soaljawab/soaljawab242.htm
Sekian. Wallahu a'lam.
zain y.s
Rujukan:
Al-Feqh Alal Mazahibil Arba'ah, vol 1