Berikut ini posting dari Dr Izrail yang merespond artikel al-Fadhil Ustaz alitantawi. Beliau membentangkan dalil-dalil yang membolehkan amalan berzikir Allah.. Allah.. Allah..
Untuk makluman, pokok perbahasan di sini ialah di sekitar boleh atau tidak berzikir dengan lafaz Allah.. Allah.. Perbahasan zikir Hu.. Huu.. Atau Ah! Ah! Atau Yahoo.. Yahoo perlu kepada pembahasan yang berasingan yang tidak termasuk di dalam perbahasan di sini.
Selamat membaca..
izrail - Nov 02, 2007 - 09:04 PM
Post subject:
syeikh alitantawi wrote: |
kerana tidak ada satu pun hadith sahih atau athar mauquf yang sahih menyatakan zikir Allah..Allah..Hu..Hu..Ah..Ah..pernah berlaku di zaman Nabi atau Sahabat. itulah maksud artikel tu. selamat mencari. kalau jumpa, kongsilah bersama |
Saya ada jumpa dan nak kongsikan dalil yg dinyatakan oleh mereka yg membenarkan zikir Allah Allah atau zikir dengan nama Allah:
1- Suruhan Allah SWT supaya sentiasa menyebut namaNya seperti dalam FirmanNya (76:25):
وَاذْكُرِ اسْمَ رَبِّكَ بُكْرَةً وَأَصِيلاً
"Dan sebutlah nama Tuhanmu pada (waktu) pagi dan petang."
2- Tidak menyebut Allah Allah adalah antara tanda kehilangan iman seperti di dalam hadith Sahih Muslim dalam bab "Hilangnya Iman di Akhir Zaman":
عَنْ أَنَسٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى لَا يُقَالَ فِي الْأَرْضِ اللَّهُ اللَّهُ
"Dari Anas R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Tidak akan berlaku Kiamat sehingga tiada siapa di bumi yang menyebut: Allahu Allah".
3- Rasulullah SAW membaca doa dengan menyebut Allah Allah ketika menghadapi masalah dan mengajarnya kepada para sahabat r.a seperti dalam hadith:
اللَّهُ اللَّهُ رَبِّي لَا أُشْرِكُ بِهِ شَيْئًا
"Allah Allah Tuhanku aku tidak mempersekutukanNya dengan sesuatu"
H.R Ahmad, Abu Daud dll. Dinilai sahih oleh Albani dalam Jami' Saghir (No. 348, 2623 & 4728)
Dalam Faidhu al-Qadir Syarah kepada al-Jami' as-Saghir (1/367):
(الله الله) وكرره استلذذا بذكره واستحضارا لعظمته وتأكيدا للتوحيد فإنه الاسم الجامع لجميع الصفات الجلالية والجمالية والكمالية
"(Allah Allah) dan diulang-ulangkannya sebagai menikmati kelazatan mengingatiNya serta menghadirkan keagunganNya dan untuk menguatkan Tauhid kerana ia adalah nama yang menghimpun bagi semua sifat Jalal, Jamal dan Kamal."
4- Dan hadith-hadith sahih yg Nabi SAW menyebut Allah Allah.
selamat berbincang.
Wallahu a3lam