SJ – 2370 : SESATKAH SYIAH & KHOMEINISME ?

Primary tabs

4 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ – 2370 : SESATKAH SYIAH & KHOMEINISME ?

fahaman syiah dikatakan sesat. apakah pemimpin iran seperti Ayatollah Khomeini turut tergolong dalam fahaman ini?

Re: SJ – 2370 : SESATKAH SYIAH & KHOMEINISME ?


æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊå

{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }

(( ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí ))

***********************
SJ – 2370 : SESATKAH SYIAH & KHOMEINISME ?

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih kepada Saudara tholib di atas soalan yang sangat baik .

Khomeni ataupun yang lebih dikenali dengan gelaran “ Ayatollah Ruhollah Khomeini al-Musavi “ adalah satu nama yang begitu popular di negara kita , khasnya selepas berlakunya Revolusi Iran pada tahun 1979 m.

“ Ayatollah “ itu adalah satu gelaran tertinggi yang diberikan oleh institusi mazhab Syiah kepada para ulama’ mereka . Manakala “ Ruhollah “ pula bermakna “ Roh Allah “ . Manakala nama beliau adalah Khomeini , anak kepada seorang ‘alim besar Syiah (Ayatollah Seyyed Mustafa Musavi ) dan dilahirkan pada tahun 1901 m .

Tidak sedikit di kalangan kita termasuk para cendekiawan Islam yang kagum dengan keupayaannya menumbangkan regim Shah Iran apatah lagi setelah mereka semua diberikan jaminan bahawa revolusi yang dilaksanakan itu adalah benar-benar sebuah revolusi Islam dan ianya bukanlah Revolusi Syiah .

Tidak sedikit juga di kalangan kita yang benar-benar yakin bahawa Khomeini adalah seorang mujaddid ( reformis ) yang benar-benar mahu menyatukan semua umat Islam tanpa mengira mazhab dan tidak sedikit juga di kalangan kita yang menyangka bahawa beliau adalah “ Seorang Syiah Yang Sederhana “ .

Benarkah Khomeini menganut Fahaman Syiah yang sederhana !? .

Jawapannya perlulah dirujuk daripada buku-bukunya sendiri .

Marilah kita melihat dan memerhatikan sejauh manakah benarnya dakwaan itu .

****************************************

Di dalam beberapa perkara , Khomeini memang telah menyalahi ajaran Syiah yang dipegang oleh majoriti Syiah Imamiah Itsna ‘Asyariyah ( Syiah Imam 12 ) , di antaranya yang menonjol sekali ialah teori “ Walayatul Faqih “ – satu teori yang membenarkan seorang yang bukan daripada kalangan imam-imam 12 yang maksum ( menurut ajaran mereka ) memerintah sesebuah negara . Walhal pada ajaran asal Syiah Imam 12 , sesiapa sahaja yang mengangkat panji-panji ( memerintah ) sebelum munculnya Imam al-Mahdi mereka ( Muhammad Hassan al-‘Askari ) maka kerajaan itu adalah batil ( palsu ) dan sesat .

Namun secara keseluruhannya pula , Khomeini tetap berpegang teguh dengan ajaran Syiah Imam 12 itu . Di antara pegangan-pegangannya di dalam masalah ‘Aqidah ialah :

1 – IMAM – IMAM SYIAH SEMUANYA ADALAH MAKSUM :

“ Maksum “ di sini bukanlah sekadar tidak berdosa , malahan ianya termasuklah sifat tidak lalai sedikitpun dan mengetahui segala-galanya secara detail ( hatta bilangan bintang-bintang di langit dan pepasir di bumi ) .

Kata Khomeini :

“ Sesungguhnya , di antara aqidah aliran kita yang asasi dan terpenting ialah , Imam-Imam 12 kita itu mempunyai darjat dan kedudukan yang tidak sampai kepadanya oleh Malaikat Muqarrabun dan mana-mana Nabi ataupun Rasul “~ ( Al-Hukumah al-Islamiah , ms 72 ) .

“ Pengajaran-pengajaran para imam adalah sama dengan pengajaran Al-Quran, tidak khusus untuk generasi tertentu , malah ia adalah pengajaran untuk semua di setiap masa dan negeri dan ianya wajib diikuti sampai hari qiamat “~ ( Ibid : ms 113 ) .

“ Kita tidak dapat menggambarkan bahawa para imam itu bersifat lupa dan lalai “~ ( Ibid : ms 91 ) .

Tatkala Khomeini disoal : “ Mengapakah para imam tidak disebutkan di dalam al-Quran ? “ , beliau pun menjawab :

“ Kalaupun Allah telah menyebut nama Imam secara terang-terangan di dalam Al-Quran , namun orang-orang yang hanya memeluk Islam dan menerima Al-Quran demi kepentingan dunia dan untuk mendapat kuasa , mereka telah menjadikan Al-Quran itu sebagai alat dan sarana untuk sampai kepada matlamat-matlamat mereka yang rosak itu . Kerana mungkin sekali mereka ini akan mengeluarkan daripada Al-Quran ayat-ayat yang menyebutkan nama-nama para imam itu dan melakukan penyelewengan terhadap kitab suci drp langit itu dengan melenyapkannya drp pandangan manusia buat selama-lamanya .

Maka sampai qiamat kenyataan ini akan mengaibkan Al-Quran dan dengan itu kritikan yang mereka hadapkan kepada orang-orang Yahudi dan Kristian berhubung kitab-kitab mereka yang sudah diselewengkan akan mengenai diri mereka sendiri dan Al-Quran “~ Kasyhful Asrar , halaman 114 .

Tuduhan di atas sebenarnya ditujukan kepada majoriti Para Sahabat r.a kerana menurut Aqidah Syiah dan Khomeini , majoriti para sahabat r.a itu semuanya telah murtad dan memusuhi Saidina Ali r.a dan keturunannya r.a .

2 – Tuduhan Khomeini terhadap majoriti Para Sahabat r.a :

“ Abu Bakar dan Umar telah banyak menyalahi hukum-hukum Allah yang terang . Mereka berdua telah banyak mempermain-mainkan hukum-hakam Tuhan . Mereka telah menghalalkan dan mengharamkan mengikut suka hati mereka sendiri . Mereka berdua telah melakukan kezaliman ke atas Saidatina Fatimah dan anak-cucunya “ ~ Kasyful Asrar , ms 110 .

Selain itu Khomeini dan 5 orang para Ayatollah Syiah telah pun merestui doa melaknat “ Dua berhala Quraisy “ ( yang dimaksudkan di sini ialah Saidina Abu Bakar r.a dan Saidina Umar al-Khattab r.a yang digelar juga sebagai “ Jibt “ dan “ Thoghut “ ~ The Idol oleh Syiah sendiri ) . Doa laknat ini tertulis di dalam kitab Tuhfatul Awam , halaman 422 – 423 , yang diterbitkan di Lahore , Pakisatan .

Sila lihat LAMPIRAN PERTAMA di bawah ini ( selepas jawapan ini ) untuk mengetahui doa itu secara penuh di dalam teks aslinya .

Terjemahan Doa Khomeini dan sekutu-sekutunya itu ialah :

“ Ya Allah ! Laknatlah dua berhala Quraisy , dua “ Jibt “ nya dan dua “ thoghut “ nya , dua orang yg malang drp kalangan mereka dan dua orang anak perempuan mereka . Mereka berdua telah melanggar perintah-Mu , mengengkari wahyu-Mu , menolak kurniaan-Mu dan menderhakai Rasul-Mu .

Mereka berdua telah mengubah agama-Mu dan menyelewengkan kitab-Mu , mereka berdua telah menyintai musuh-musuh-Mu…………..dan seterusnya “ .

Kata Khomeini lagi :

“ Kita hanya menyembah Tuhan yang segala perbuatan-Nya tegak di atas dasar kebijaksanaan dan tidak bercanggah dengan akal . Kita tidak menyembah Tuhan yang mendirikan sebuah bangunan yang megah untuk ibadat , keadilan dan agama kemudian Tuhan itu merobohkannya sendiri dengan melantik orang-orang yang jahat seperti Yazid , Mu’awiyah , ‘Utsman dan lain-lain lagi sebagai para khalifah . ( Dan kita juga menyembah ) Tuhan yang tidak menentukan siapakah khalifah serta tidak pula menentukan nasib umat selepas wafat Nabi-Nya “~ Kasyful Asrar , halaman 107 .

Sejarah telah membuktikan bahawa selepas kewafatan Baginda Rasulullah s.a.w , pemerintahan Islam dipegang oleh Para Khulafa’ ar-Rasyidin , kemudian diikuti oleh Saidina Mu’awiyah r.a dan anaknya , Khalifah Yazid r.a .

Kalau bukan Allah Ta’ala yang telah menentukan mereka sebagai khalifah , maka adakah tuhan selain-Nya yang menentukan taqdir seperti itu ? .

Adakah Khomeini mempunyai Tuhan lain pula selain Allah Ta’ala yang kita sembah dan ibadati !? .

Khomeini memberikan komentarnya lagi mengenai Saidina Abu Bakar r.a dan Saidina Umar r.a dengan katanya :

“ Sebenarnya kami di sini tiada sebarang hubungan dengan dua orang syeikh ini , kami bersih daripada perbuatan yang mereka lakukan yang berupa penentangan mereka terhadap kitab Al-Quran , mempermain-mainkan hukum-hakam Allah SWT , menghalalkan-mengharamkan mengikut selera mereka sampai kepada kezaliman dan penentangan mereka terhadap Fatimah puteri Baginda Rasulullah s.a.w dan putera baginda yang lainnya .

Tetapi kami perlu menegaskan kebodohan mereka berdua mengenai hukum-hakam Allah SWT dan agama . Orang-orang yang bodoh dan zalim seperti mereka berdua tidak layak untuk menduduki kepimpinan atau berada di kalangan ulil amri “~ Kaysful Asrar : 107 – 108 .

Tuduhan Khomeini terhadap Saidina Umar r.a :

“ Perbuatan-perbuatan yang dilakukan oleh Umar Bin al-Khattab itu adalah bersumberkan kekafiran dan kesesatan yang bertentangan dengan ayat-ayat Allah yang termaktub di dalam Al-Quranul Karim “ ~ Ibid : ms 116 .

3 – Khomeini dan Taqiyyah :

Secara ringkasnya “ Taqiyyah “ ialah menyembunyikan kebenaran kerana dharurat seperti mengucapkan perkataan yang boleh membawa kepada kufur lantaran diugut oleh musuh Islam . Ertinya : Taqiyyah tidak dilakukan sama-sekali melainkan di dalam keadaan yang dharurat ( menurut neraca Islam ) .

Akan tetapi menurut Syiah dan Khomeini , “ Taqiyyah “ ini hendaklah digunakan sebebas-bebasnya hatta di dalam keadaan tidak dharurat ( aman ) .

Khomeini berfatwa :

“ Perkara kedua yang membatalkan sembahyang ialah “ takfir “ ( dakap qiyam ) seperti yang dilakukan oleh orang-orang yang bukan dari golongan kita . Akan tetapi tidak mengapa kita melakukannya di dalam keadaan taqiyyah “ ~ Tahrirul Wasilah , Jilid 1 ms 186 .

## “ Taqiyyah “ di dalam fatwanya di atas merujuk kepada keadaan yang dihadapi oleh Syiah apabila bersembahyang bersama-sama masyarakat Ahlus Sunnah Wal Jama’ah , contohnya : Ketika bersembahyang di Mekkah al-Mukarramah dan Al-Madinah al-Munawwarah hatta di Malaysia , hendaklah seorang Syiah bersembahyang dengan tangan kanannya diletakkan di atas tangan kirinya ( dakap qiyam / sedekap qiyam ) . Akan tetapi jika si Syiah itu bersembahyang bersama-sama golongan Syiah maka sedekap qiyam itu tidak boleh dilakukan sebab ianya boleh menyebabkan batalnya sembahyang menurut mazhab Syiah .

Kata Khomeini lagi :

“ Di antara perkara yang membatalkan sembahyang juga ialah mengucapkan “ AMIN “ selepas selesai membaca Al-Fatihah , kecuali di dalam keadaan Taqiyyah , maka tidaklah mengapa dilakukannya “ ~ Ibid : Jilid 1 , halaman 190 .

4 – Khomeini & Nikah Mut’ah :

Nikah mut’ah ( kahwin kontrak ) adalah salah-satu bentuk perkahwinan yang telah dimansuhkan ( dihapsukan ) oleh Islam semasa berlakunya Fath Makkah , akan tetapi Nikah Mut’ah ini masih lagi diteruskan oleh golongan Syiah malahan ia menyamai pahala melakukan haji sebanyak 70, 000 kali .

Kalau Syiah dahulu hanya membicarakan mengenai caranya , fadhilatnya , keistimewaannya dan sesiapa sahaja yang tidak melakukannya tidaklah dianggap sebagai Syiah , akan tetapi Khomeini pula “ pergi lebih jauh daripada itu “ sehingga mengatakan :

“ Mut’ah juga boleh dilakukan dengan perempuan Yahudi , Kristian , Majusi dan juga dengan pelacur “ ~ Tahrirul Wasilah , Jilid 2 , halaman 292 .

Itulah sedikit paparan mengenai sikap Khomeini yang dipetik daripada kitab-kitab karangannya sendiri .

Mungkin di sini ada yang mengatakan bahawa karangan-karangan itu BUKANLAH dihasilkan oleh Khomeini sendiri melainkan propaganda musuh-musuhnya demi “ mengkambing-hitamkan “ Khomeini .

Kita jawab : Kalau begitu TOLONGLAH TUNJUKKAN kepada kami kitab-kitab ASLI karangan Khomeini supaya kami boleh menelitinya dan mudah-mudahan kami boleh bersangka baik semula terhadap Khomeini .

Mungkin juga ada yang simpati dengan Khomeini akan berkata : “ Khomeini adalah manusia yang benar , tidak mungkin dia sesat dan disebabkan kebenarannyalah Amerika takut kepadanya “ ! .

Kita jawab : Tidak semestinya yang bermusuh dengan Amerika itu tentulah benar dan berada di jalan yang lurus ! . Vietnam dan Russia sendiri pernah bermusuh dengan Amerika , adakah ini bermakna kedua-dua negara komunis itu adalah BENAR dan ISLAMIK !? .

Jepun sendiri pernah mengembom Pearl Harbour dan memusuhi Amerika , adakah ini bermakna Jepun adalah negara Islam ataupun berada di atas petunjuk Ilahi !? .

Mungkin ada pula yang akan berkata : “ Khomeini adalah seorang pemimpin yang sangat sederhana @ zuhud , tak mungkin dia sesat “ .

Kita jawab : Apakah ertinya zuhud yang sebenar ? . Adakah hidup di dalam rumah kotak dan hanya makan roti ala- Lebanon Bread ( Raghif Lubnani ) itu ertinya zuhud ? .

Kalau itu adalah neraca penentu zuhud , maka adakah ini bermakna Mahatma Ghandi seorang yang betul-betul zuhud kerana hanya berkain sahaja tanpa baju ? . Dan adakah ini bermakna Ghandi juga adalah benar di sudut aqidahnya ? .

Mungkin ada yang berkata lagi : “ Fatwa Bunuh Salman Rushdie ( penulis Satanic Verses ) adalah dalil benarnya dan betapa tokohnya Khomeini “ .

Kita jawab : Iran dan Khomeini selalu mengatakan bahawa mereka mempunyai perisik-perisik yang terlalu hebat . Mengapakah perisik-perisik itu tidak dihantar ke U.K untuk membunuh Salman Rushdie dan si celaka ini ternyata masih hidup aman di sana sampai sekarang ? .

Kalau mahu bunuh orang , kenapa pula perlu diumumkan besar-besaran sehingga orang itu sendiri sempat menyelamatkan dirinya . Apakah ini tindakan yang bijak ? .

Salman Rushdie masih hidup senang-lenang selepas fatwa Khomeini itu adalah dalil Khomeini hanyalah menggunakan fatwanya itu untuk tujuan dakyah dan propaganda murahan .

Apakah sebab sebenarnya tidak dibunuh Salman Rushdie itu ? , adakah disebabkan dia dan Khomeini sebenarnya adalah di pihak yang sama-sama memusuhi Islam !!?? .

Mungkin ada lagi yang akan mengarut lalu berkata : “ Sebenarnya yang melawan Syiah dan Khomeini ini adalah kuncu-kuncu Amerika dan Arab Saudi “ .

Kita jawab : Silalah baca begitu banyak tulisan para ulama’ Ahlus Sunnah yang hidup di zaman sebelum wujudnya sebuah negara yang bernama Amerika Syarikat . Bila masa pula ulama’ rh itu menerima duit drp Amerika untuk mengeluarkan fatwa mengenai sesat dan kufurnya fahaman Syiah ini !? .

Saya sendiri tak pernah makan satu sen pun duit ataupun biasiswa daripada Amerika dan Arab Saudi , dan bila masa pula saya menjadi drp kalangan kuncu-kuncu Amerika dan Arab Saudi !? . :shocked:

Tokoh-tokoh tersohor Gerakan Dakwah Islam di zaman moden ini seperti Almarhum al-‘Allamah Syekh Said Hawa rh telah menulis kitabnya yang membongkar kesesatan Syiah dan Khomeini . Kitab itu bertajuk : “ Al-Khumainiyah : Syuzuz Fil ‘Aqaid Wa Syuzuzun Fil Mawaqif “ , dan kemudian kitab itu sendiri dimasukkan ke dalam kitab “ Kai La Namdhi Ba’iedan ‘Ani Ihtiyajat al-‘Asr “ .

Almarhum al-‘Allamah Maulana Syeikh Abul Hassan ‘Ali al-Hasani an-Nadwi rh sendiri telah membongkar akan kesesatan Syiah dan pegangan Khomeini ini di dalam kitabnya “ Suratani Mutadhadatani “ .

Adakah kita berani mengatakan bahawa kedua-dua tokoh terulung Gerakan Dakwah Islam ini adalah ulama’ upahan Amerika dan Arab Saudi !? .

Daripada siapakah selama ini kita mempelajari mengenai selok-belok ilmu Gerakan Dakwah Islam ??? .

Dan mungkin ada pula yang mengatakan : “ Sebenarnya kedua-dua tokoh itu tidak pernah menulis sebegitu tetapi ada penulis-penulis upahan yang menulis menggunakan nama kedua-dua tokoh itu ? “ .

Kita jawab : Sila datangkan kitab-kitab asli karangan mereka berdua dan di manakah bukti bahawa kedua-dua ulama’ itu tidak pernah menyesatkan Syiah dan Khomeini ? . Kami ada buktinya dan telah pun kami unjukkan kepada kamu , jadi di manakah pula bukti kamu !? .

Sekianlah sahaja jawapan daripada saya .

Sila lihat di RUANGAN RUJUKAN & SARANAN PEMBACAAN untuk mengetahui apakah buku-buku terbaik yang membicarakan mengenai kesesatan Syiah dan Khomeini .

Kemudian sila lihat pula di dalam kiriman jawapannya selanjutnya ( sambungan ) mengenai Ringkasan Diskusi sekitar kitab Almarhum al-‘Allamah Syeikh Said Hawa rh yang membongkar kesesatan Syiah dan Khomeini .

Mudah-mudahan tiada lagi di kalangan kita tidak dapat memanfaatkan cahaya mentari yang terang-benderang di tengahari lantaran “ buta “ akibat mata ditikam oleh Golongan Syiah .

Sekian . Semoga Ada Manfaatnya Bersama .
Wallahu A’alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad .


æ Õáøì Çááå Úáì ÓíøÏäÇ ãÍãøÏ æ Úáì ÂÇáå æ ÕÍÈå æ Óáøã æÇáÍãÏ ááå ÑøÈ ÇáÚÇáãíä

NANTIKAN SAMBUNGANNYA …………………

****************************************

RUJUKAN & SARANAN PEMBACAAN


1- SYIAH : KESESATAN DAN PENYELEWENGAN

Buku ini adalah gabungan dua buku :

1 – HADZIHI NASIHATI ILA KULLI SYI’IE
( Inilah Nasihatku Untuk Setiap Penganut Syiah )

Oleh : Syeikh Abu Bakar Jabir al-Jazairi ( ha ) .

2 – KHUMAINIYAH : SYUZUZUV FIL ‘AQAID WA SYUZUZUN FIL MAWAQIF
( Fahaman Khomeini : Keganjilan Di Sudut ‘Aqidah dan Keganjilan Di Sudut Pandangan )

Oleh : Almarhum al-‘Allamah Syeikh Said Hawa ( rh )

Kedua-dua buku ini digabungkan lalu diterjemahkan oleh Al-Fadhil Ustaz Hj. Ghazali Bin Abd. Ghani ( B. A Syariah Islam , Universiti Baghdad , Iraq ) .

Terbitan : Pustaka Aman Press , Kota Bharu , Kelantan Darul Naim .

Harga : RM 5.00 /= ( 1990 ) .

2 – KHOMEINI & AQIDAH SYIAH : SATU KEBANGKITAN YANG PALSU
Oleh : Al-‘Allamah Ustaz Muhammad Asri Yusoff al-Hafiz
Tanpa Terbitan dan Tahun Cetakan .

3 – SILA KE KEDAI-KEDAI BUKU DAN BERTANYA KEPADA PARA PENJUALNYA

4 - Sila SEARCH menggunakan enjin pencarian al-Ahkam dengan menggunakan perkataan SYIAH ataupun SYI'AH . Insya-Allah sudah banyak diskusi di al-Ahkam online ini yang membicarakan masalah Syiah ini :grin:


æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå
11 / Muharram / 1424 H
14 / Mac / 2003 M

JUMAAT – Bandaraya Kaherah

Pendekar ® :duel2
http://al-ahkam.com.my/forum

Re: SJ – 2370 : SESATKAH SYIAH & KHOMEINISME ?


{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }

LAMPIRAN PERTAMA

Perakuan 6 orang Ayatollah Syiah terhadap kitab “ TUHFATUL ‘AWAM “ yang berisi doa laknat terhadap 2 orang sahabat besar : Saidina Abu Bakar as-Siddiq r.a dan Saidina Umar Bin al-Khattab r.a . Yang bertanda X itu adalah perakuan Ayatollah Khomeini , Bapa Revolusi Iran 1979 .

Teks Penuh Doa Laknat tersebut yang dipetik daripada kitab “ Tuhfatul ‘Awam “ sendiri , halaman 422 – 423 , yang diterbitkan di Lahore , Pakistan .


æ Õáøì Çááå Úáì ÓíøÏäÇ ãÍãøÏ æ Úáì ÂÇáå æ ÕÍÈå æ Óáøã æÇáÍãÏ ááå ÑøÈ ÇáÚÇáãíä

NANTIKAN SAMBUNGANNYA …… :grin:


æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå
11 / Muharram / 1424 H
14 / Mac / 2003 M

JUMAAT – Bandaraya Kaherah

Pendekar ® :duel2
http://al-ahkam.com.my/forum

Re: SJ – 2370 : SESATKAH SYIAH & KHOMEINISME ?


{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }
Sambungan
SJ – 2370 : SESATKAH SYIAH & KHOMEINISME ?

RINGKASAN DISKUSI KITAB KHOMEINISME

Berikut ini adalah sebuah artikel yang memaparkan kesesatan fahaman Khomeini yang saya dapati daripada e-groups Keluara Pelajar-Pelajar Kelantan Mesir ( KPKM ) dan saya yakin ianya merupakan artikel yang ditulis oleh al-Fadhil Ustaz Hasrizal Jamil ( bekas mahasiswa salah-sebuah universiti di Jordan ) .

DISKUSI BUKU KHOMEINISMA KEGANJILAN PADA AQIDAH DAN PENDIRIAN
(Fahaman Ayatollah Khomeini)


Oleh : Almarhum al-‘allamah Syeikh Said Hawwa rh .

Penulis asal : Al-Fadhil Ustaz Hasrizal Jamil ( Jordan ) .

Diedit Oleh : [email]Pendekar@al-ahkam.net[/email]

Pengenalan Tajuk

Membahaskan tentang seorang tokoh yang dikenali ramai sentiasa mengundang kontroversi. Khomeini merupakan seorang figure yang bagi para penyokongnya, seorang tokoh ulung yang sentiasa dijulang dan dipuja. Kejayaannya menjatuhkan regim Shah Iran melalui Revolusi Iran telah mengangkat Khomeini sebagai idola politik bahkan agama oleh mereka yang mengaguminya.

Walau bagaimanapun, politik abad ke-20 bukanlah suatu medan yang cetek sehingga analisa dan andaian boleh dibuat dengan mudah. Tidak semua yang dilihat dengan mata kasar merupakan hakikat yang tersurat lagi tersirat. Adakalanya sebentuk kejayaan yang dicapai ketika massa berada dalam tekanan, menjadikan mereka begitu cepat menerima, tanpa banyak soal. Lihat sahaja tindakan Ataturk memindahkan ibu kota Turki dari Istanbul ke Ankara, merupakan tindakan siasah yang bijak. Ankara pada ketika baru sahaja dilanda krisis akibat kebakaran besar yang hampir memusnahkan bandar itu, menjadi sebab Ataturk disambut dengan sepenuh hati oleh penduduk tempatan. Khomeini telah kembali ke Iran dari tanah buangannya di Perancis, membawa rakyat keluar dari kekejaman regim Shah Iran. Beliau tiba di Iran tepat pada masanya!

Namun, kemerbahayaan aqidah, siasah dan kesan sosial yang dibawa oleh Khomeini melalui revolusinya, menyebabkan para ulama sunni yang munsif tidak berlengah menyedarkan umat Islam tentang hakikat yang terselindung di sebalik gah Khomeini. Di antara ulama yang segera bertindak ke arah itu ialah Al-Marhum Said Hawwa, seorang ulama dan daie yang terkenal dari Syria. Beliau telah pergi sendiri ke Iran untuk meninjau situasi di sana dan menilai sejauh mana Revolusi Iran benar-benar ‘Islam’. Hasil kunjungan itu, buku kecil bertajuk Khomainiyyah – Syudzuz fi Al-‘Aqaid wa Al-Mawaqif terhasil. Bagi pembaca yang biasa menelaah buku karangan Al-Marhum kita akan dapati penulisan Said Hawwa di dalam buku kecilnya ini adalah dengan intonasi bahasa yang berbeza. Beliau nampaknya begitu tegas dengan setiap butiran fakta dan perkataan yang dibentang, sesuai dengan kemerbahayaan ancaman Khomeini dan Khomeinisma itu sendiri.

Dahulunya, risalah ini diterbitkan dalam bentuk sebuah buku kecil tetapi kemudiannya dimasukkan ke dalam himpunan 11 risalah Said Hawwa yang diberi tajuk Kai La Namdhi Ba’iedan ‘an Ihtiyaajat Al-‘Asr terbitan Dar ‘Ammar, Amman.

Al-Marhum Said Hawwa telah membahagikan risalahnya ini kepada dua bab utama. Bab pertama membicarakan tentang keganjilan Khomeini dari aspek aqidah. Keganjilan itu bukanlah keganjilan yang terasing, bahkan ia adalah keganjilan aqidah ajaran Syiah itu sendiri, khususnya merujuk kepada Syiah Imamiah Itsna Asyariah yang menjadi mazhab rasmi Iran tatkala ini. Manakala bab kedua pula membincangkan tentang keganjilan Khomeini di dalam prinsip dan pendirian politiknya. Persoalan aqidah mendahului perbincangan mengenai politik, kerana aqidah adalah mizan mutlak yang dipakai dalam menilai soal benar atau tidak pegangan seseorang. Andaikata politik seorang tokoh itu hebat dan mengagumkan, tetapi berakar umbikan aqidah yang menyalahi Al-Quran dan Sunnah Nabi SAW, maka ia kekal sebagai catatan yang kosong dari makna, jauh sekali dari kelayakan untuk diangkat sebagai qudwah.

Saya telah beberapa kali membentangkan kertas kerja ini di dalam program diskusi buku yang dianjurkan oleh beberapa pertubuhan pelajar di Jordan. Di antaranya ialah program sambutan Maulid Ar-Rasul 1420H anjuran Persatuan Mahasiswa (Malaysia) University of Jordan. Tujuan saya memilih risalah ini untuk dibentang, didiskusi dan diperpanjangkan pengkajiannya adalah untuk melahirkan kesedaran di kalangan mahasiswa Malaysia di Jordan supaya terus prihatin dengan permasalahan Syiah yang sentiasa mengancam kemurnian cahaya pengajaran Al-Quran dan Sunnah Nabi SAW pada landasan Ahli Sunnah wal Jamaah.

Semoga beroleh manfaat, segala yang baik adalah pemberian Allah dan segala kelemahan amat mengharapkan teguran dan buah fikiran pembaca. Wallahu A’lam bi As-Sawab.

PENDAHULUAN

Di bahagian ini, Said Hawwa memberikan latar belakang ringkas tentang hakikat Syiah. Persoalan kecintaan kepada Alul Bayt Nabi SAW menjadi tumpuan kerana penyalahertian makna cinta inilah yang memulakan perselisihan antara Sunni dan Syiah. Beliau juga menghuraikan tentang sikap Khomeini yang menyalahi usaha sesetengah golongan Syiah yang cuba menjalankan kegiatan pendekatan Sunni – Syiah. Khomeini melalui penguasaannya di Iran telah mewartakan perselisihan dan seteruskan mengekalkan khilaf itu ke paras yang lebih kronik. Lantas dengan itu terbitnya beberapa hasil karyanya yang sungguh kontroversi seperti Kasyful Asrar dan Al-Hukumah Al-Islamiah. Oleh itu, menjadi kewajipan ahli ilmu menerangkan hakikat ini kepada masyarakat agar kebenaran itu dapat disucikan daripada kecelaruan jahiliah yang batil.

BAB 1 (AQIDAH-AQIDAH GANJIL MAZHAB SYIAH ANUTAN KHOMEINI)

Di dalam bab ini, Said Hawwa memulakan perbahasan dengan membentangkan bab asal usul kemasukan aqidah yang syaz ke dalam pegangan Syiah. Pengaruh ajaran Majusi, Yahudi dan falsafah asing banyak terserap sehingga menjadi sebahagian daripada usul Syiah. Mazhab Syiah Imamiah Itsna Asyariah (Imam 12) telah menghukum sesat aliran-aliran Syiah yang melampau seperti Al-Ismailiyyah dan An-Nusairiyyah sedangkan ia sendiri mendukung fahaman yang tidak kurang penyimpangannya.

Persoalan Imamah

Said Hawwa membandingkan konsep kemaksuman Imam yang menjadi usul Syiah, dengan sikap Yahudi dan Kristian terhadap paderi dan rahib mereka sebagaimana yang dijelaskan oleh Allah SWT di dalam Surah At-Taubah ayat 31. Kemaksuman para Imam menurut kepercayaan Syiah menduduki martabat yang lebih tinggi daripada Nubuwwah sehingga mencetuskan syirik pada Uluhiyyah Allah SWT. Konsep-konsep melampau berkenaan kelihatan di dalam kitab Usul Min Al-Kafi oleh Al-Kulaini, Aqa’id Asy-Syiah Al-Imamiah oleh Ibnu Babuweih Al-Qumi, Awa’il Al-Maqalat dan Tashih Aqa’id Asy-Syiah Al-Imamiah oleh Asy-Syeikh Al-Mufid dan sebagainya. Manakala Khomeini pula mengukuhkan lagi konsep-konsep melampau ini sebagaimana kenyataan beliau di dalam kitabnya, Al-Hukumah Al-Islamiah.

Penyelewengan Al-Quran Menurut Dakwaan Syiah

Salah satu intipati pengajaran Ahli Sunnah wa Al-Jamaah ialah Al-Quran sebagai sumber, terpelihara daripada penyelewengan sama ada berbentuk penambahan atau pengurangan. Ia dijelaskan melalui firman Allah di dalam surah Al-Hijr ayat 9. Walau bagaimana pun, Syiah dahulu dan sekarang bersepakat bahawa Al-Quran yang ada di tangan umat Islam hari ini adalah Al-Quran yang telah diselewengkan.

Riwayat-riwayat oleh Al-Kulaini di dalam kitabnya Usul Min Al-Kafi, Al-Majlisi di dalam kitabnya Mir’atul- ‘Uqul dan Bihar Al-Anwar dipenuhi dengan riwayat-riwayat yang menyokong aqidah ganjil ini. Akidah ini muncul secara jelas pada kurun kedua hijrah, dipelopori oleh Hisyam bin Al-Hakam dan Syaitan At-Taq. Pendapat oleh ulamak Syiah di era klasik, dihidupkan kembali dalam bentuk yang lebih tersusun di zaman kerajaan Safavid (akhir kurun ke-13H) oleh Mirza Hussein An-Nuri At-Thabarisi (meninggal 1320H) di dalam kitabnya Faslul Khitab fi Itsbat Tahrif Kitab Rabbil Arbab yang mengumpulkan kira-kira 1062 riwayat yang kononnya membuktikan betapa Al-Quran telah terseleweng. Diterbitkan di Tehran pada tahun 1298H. At-Thabarisi diberi pujian melambung oleh Khomeini di dalam kitabnya Al-Hukumah Al-Islamiah.

Khomeini juga menganut tuduhan jahat ini sebagaimana yang kelihatan di dalam tulisannya Kasyful Asrar. Beliau turut menuduh sahabat Rasulullah SAW mengeluarkan nas dari dalam Al-Quran mengikut kehendak dan kepentingan peribadi mereka. Khomeini mendakwa bahawa dakwaan umat Islam tentang penyelewengan yang dilakukan oleh Yahudi dan Kristian, sebenarnya juga tsabit dilakukan oleh para sahabat! Ini adalah kufur yang terang (kufrun bawwah) dari Khomeini dan ia menafikan Islam secara keseluruhannya.

Syiah dan Sunnah Nabi SAW

Menjadi usul Syiah yang maklum, bahawa umat selepas kewafatan Nabi SAW telah menjadi murtad – Naudzubillah – kecuali tiga atau empat orang sahabat RA sahaja. Ini menjadi dasar mengapa Syiah tidak menerima sebarang periwayatan yang datang dari para Sahabat RA. Pendapat ini meliputi kesemua kumpulan Syiah sama ada yang radikal, mahu pun yang sederhana seperti yang ditunjukkan oleh Asy-Syeikh Muhammad Hasan Ali Kasyif Al-Ghita’ di dalam kitabnya Aslul Syiah wa Usuluha di mukasurat 79. Begitu juga dengan pendapat Asy-Syeikh Husain bin Abdus Samad Al-Amili (984H) di dalam kitabnya yang masyhur Wusul Al-Akhyar Ila Usul Al-Akhbar.

Khomeini pula membuat tuduhan jahat terhadap Abu Bakar As-Siddiq RA dan Samrah bin Jandab RA yang kononnya mencipta hadith palsu demi kepentingan diri masing-masing. Beliau mendakwa hadith “Kami para Nabi tidak mewariskan harta bahkan apa yang kami tinggalkan adalah sedekah” sebagai hadith palsu ciptaan Abu Bakar As-Siddiq untuk menzalimi Saidatina Fatimah Az-Zahra’! Na’udzubillah.

Sebagai ganti kepada sunnah yang didustakan, mereka beriman pula dengan pendapat-pendapat khurafat yang dinisbahkan kepada para imam sebagaimana yang terdapat di dalam buku Usul Min Al-Kafi oleh Al-Kulaini. Majoriti riwayat di dalam ‘kitab suci’ Syiah ini adalah riwayat marfu’ yang dinisbahkan kepada para imam oleh perawi yang ada di antaranya hidup beberapa kurun selepas imam berkenaan! Khomeini mengangkat riwayat-riwayat khurafat ini ke martabat Al-Quran dengan kata-katanya “… Sesungguhnya pengajaran para imam adalah seperti pengajaran Al-Quran yang wajib dilaksana dan dipatuhi” ( rujuk kitab Al-Hukumah Al-Islamiah oleh Khomeini di ms. 13). Bahkan muncul di kalangan Syiah gerakan menghentam sunnah Rasulullah SAW dengan lahirnya kitab-kitab jahat seperti tulisan Abdul Hussein Al-Musawi, Abu Hurairah.

Pendapat Syiah Mengenai Para Sahabat R.A.

Kedudukan para sahabat RA di sisi akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah jelas. Keadilan mereka telah mendapat kesaksian dan pengiktirafan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran ( rujuk Surah At-Taubah ayat 100 dan Surah Al-Fath ayat 18). Ahli Sunnah Wal Jamaah beriktikad bahawa para sahabat RA mesti dipandang dari dua sudut iaitu:

Mereka tidak maksum dalam konteks individu sebagaimana kemaksuman yang Allah khususkan kepada para Anbiya’ dan Rasul. Oleh yang demikian, jika terdapat riwayat sahih yang membuktikan berlakunya kesilapan oleh mana-mana sahabat RA, maka ia tidaklah terkeluar dari perkara yang boleh berlaku di sisi syara’.

Ijmak mereka adalah maksum dari kesalahan sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW di dalam hadith “Umatku tidak akan bersepakat di dalam kesesatan” serta hadith-hadith yang lain.

Riwayat-riwayat oleh para ulamak Syiah yang terdahulu dan semasa berhubung dengan masalah ini tidak mempunyai sebarang perbezaan. Kitab-kitab Syiah yang awal telah pun sedia penuh dengan tuduhan-tuduhan terhadap para sahabat RA. Lihat sahaja Kitab Salim bin Qays (ms. 74-74), Al-Kafi (juzuk 2 ms. 244) , Rijal Al-Kasyi (ms. 6-9 dan 11), Tafsir Al-‘Iyasyi (juzuk 1 ms. 199), Al-Burhan oleh Hasyim Al-Bahrani (juzuk 1 ms. 319), Bihar Al-Anwar (juzuk 22 ms. 345, 351, 352, 440) dan sebagainya. Khomeini sendiri, memuji beberapa ulamak yang mempelopori riwayat jahat berkenaan di dalam bukunya Kasyful Asrar seperti Muhamad Baqir Al-Majlisi (digelar sebagai Khatimatul Muhaddithin oleh Syiah). Bahkan Khomeini juga memburuk-burukkan para sahabat Rasulullah SAW ini sebagaimana yang kelihatan di dalam bukunya Kasyful Asrar. Misalnya, beliau telah menulis bab “Penyelewengan Abu Bakar Terhadap Al-Quran” dan bab “Penyimpangan Umar Al-Khattab dari Al-Quran” di dalam buku berkenaan. Usaha taqiyyah Khomeini di dalam bukunya Al-Hukumah Al-Islamiah tidak dapat membendung sangkaan jahatnya terhadap para sahabat. Beliau secara halus cuba meyakinkan kita bahawa wasiat Rasulullah SAW telah dikhianati oleh para sahabat RA dengan tidak melantik Saidina Ali sebagai khalifah.

Pendapat Yang Memperlekeh Kedudukan Rasulullah SAW

Tohmahan berlaku sama ada secara langsung mahu pun melalui tohmahan yang dikenakan kepada isteri-isteri Baginda SAW atau para sahabat RA juga melalui kritikan terhadap kesempurnaan risalah baginda SAW. Khomeini merendah-rendahkan kedudukan Rasulullah SAW sebagaimana yang tersiar di dalam majalah Impact International (24 Ogos 1984) yang diterbitkan di London dan sebagainya.

Aqidah Syiah Menyalahi Ijmak

Ijmak mempunyai kedudukan yang tinggi sebagai sumber ajaran Islam di sisi Ahli Sunnah wa Al-Jamaah (Surah An-Nisa’ ayat 115). Rasulullah SAW juga telah bersabda, “Umatku tidak akan bersepakat di atas kesesatan”. Syeikhul Islam Ibnu Taimiah menyebut, “…dan barangsiapa yang berhujah dengan Al-Quran, As-Sunnah dan Ijmak, maka diiktibarkan dia sebagai Ahli Sunnah Wal Jamaah…” ( rujuk Majmu’ Al-Fatawa Al-Kubra juzuk 3 ms. 348) .

Sedangkan Syiah pula mempunyai pandangan yang ganjil dan tersendiri berhubungan dengan ijmak. Di antaranya ialah seperti yang diterangkan oleh ulama besar mereka iaitu Ibnu Al-Mutahhir Al-Houli, “…ijmak itu dianggap sebagai hujah di sisi kami kerana ia meliputi pendapat imam kami yang maksum. Oleh itu setiap jamaah sama ada besar atau kecil bilangannya , yang mana imam berada dan bersepakat dengan pendapat mereka , maka ijmak jamaah tersebut menjadi hujah dengan penyertaan imam berkenaan, dan bukannya menjadi hujah kerana ia ijmak.” (rujuk Tahdzib Al-Wusul ila Ilm Al-Usul ms. 70, cetakan Tehran 1308H). Syiah juga berpendapat bahawa apa-apa sahaja pendapat yang menyalahi persepakatan awam (ijmak ummah yang tidak disertai oleh imam), maka pada percanggahan itulah terdapatnya petunjuk. Al-Kulaini menjelaskan bahawa, “…tinggalkanlah apa yang dipersetujui oleh kaum berkenaan (Ahli Sunnah Wal Jamaah, kerana sesungguhnya petunjuk itu ialah pada menyanggahi mereka!” (rujuk Usul Min Al-Kafi ms. 8, dan Wasa’il Asy-Syiah bab 18 ms. 80).

Khomeini sebagaimana Syiah yang lain turut menyanggahi ijmak sebagaimana yang kelihatan di dalam masalah nikah mut’ah. Penolakan ijmak oleh Syiah menjadi lebih mendalam apabila Khomeini mengaktakan mazhab Imamiah Itsna Aysariah sebagai mazhab rasmi di dalam perlembagaan Iran (fasal 12).

Pandangan Syiah Terhadap Ahli Sunnah wa Al-Jamaah

Syiah Imamiah menganggap mana-mana pihak yang tidak beriman dengan para imam dan kemaksuman mereka sebagai nawasib, musuh yang diharamkan baginya syurga. Ibnu Babuweih Al-Qumi menyebut “… Iktikad kami pada seseorang yang mengingkari Imamah Amirul Mukminin dan para imam selepasnya bahawa dia itu berada pada kedudukan orang yang mengingkari kenabian pada nabi. Dan iktikad kami pada seseorang yang memperakui Imamah Amirul Mukminin tetapi mengingkari Imamah salah seorang daripada para imam selepasnya, bahawa dia itu berada pada kedudukan orang yang beriman dengan kesemua nabi tetapi mengingkari kenabian Muhammad SAW.” (rujuk Al-I’tiqadat ms. 111 serta Bihar Al-Anwar juzuk 27 ms. 62).

Dengan kenyataan seumpama ini (yang turut dikemukan oleh ramai ulamak Syiah yang lain), menatijahkan keputusan bahawa Syiah Imamiah Al-Itsna 'Asyariah mengkafirkan kesemua kumpulan atau ‘firaq’ umat Islam yang lain termasuklah pecahan-pecahan Syiah lain yang berselisih pendapat dalam masalah Imamah kebanyakan imam mereka. Oleh yang demikian, wajib bagi Syiah membezakan diri dari menyamai Ahli Sunnah Wal Jamaah. Khomeini di dalam risalahnya bertajuk At-Ta’adul wa At-Tarjih membawa sebilangan riwayat yang melazimkan pengikutnya bercanggahan dan menolak persamaan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Sikap Melampau Terhadap Fatimah Az-Zahra’

Sesungguhnya kecintaan Ahli Sunnah Wal Jamaah terhadap Fatimah Az-Zahra’ merupakan sejuzuk daripada kecintaan terhadap bapanya SAW, suami dan anak-anaknya. Tetapi kecintaan itu tidaklah mendorong kepada menisbahkan beliau dengan apa yang tidak sepatutnya dinisbah.

Akan tetapi Khomeini telah mengangkat Fatimah RA ke kedudukan yang lebih tinggi daripada Anbiya’ AS. Di dalam khutbah beliau yang disampaikan di Husainiah Jamaran 2 Mac 1986 sempena Hari Wanita (iaitu hari kelahiran Saidatina Fatimah Az-Zahra’ RA), beliau telah membuat ulasan berhubung dengan sebuah riwayat yang terdapat di dalam kitab Usul Min Al-Kafi oleh Al-Kulaini tentang Fatimah RA. Riwayat tersebut menyebut sesungguhnya Fatimah Az-Zahra’ hidup selepas kewafatan ayahnya selama 75 hari dan sepanjang tempoh itu hidupnya penuh dengan kesedihan dan dukacita. Dalam tempoh itu juga Jibrail Al-Amin datang kepadanya untuk mengucapkan takziah serta menyampaikan beberapa perkara yang akan berlaku pada masa hadapan. (rujuk Usul Min Al-Kafi juzuk 1 ms 240, Bihar Al-Anwar juzuk 26 ms. 44 serta Basa’ir Ad-Darajat ms. 43). Khomeini mendakwa bahawa berkemungkinan kejayaan revolusinya di Iran adalah sebahagian daripada apa yang telah diberitakan oleh Jibrail kepada Fatimah Az-Zahra’!

Khomeini seterusnya menyambung lagi dakwaan bahawa turunnya Jibrail AS kepada seseorang bukanlah dakwaan yang boleh dianggap remeh kerana Jibrail AS menurutnya, tidak akan turun melainkan apabila berhasilnya kesesuaian antara roh dan ini hanya berlaku antara Jibrail AS dengan para Nabi. Khomeini juga menyatakan bahawa beliau tidak pernah bertemu dengan riwayat yang menceritakan tentang turunnya Jibrail kepada para imam. Oleh yang demikian, turunnya Jibrail AS ini kepada Fatimah Az-Zahra’ RA adalah merupakan kelebihan khusus buat Fatimah RA!

BAB 2 (PENDIRIAN-PENDIRIAN GANJIL KHOMEINI)

Said Hawwa memulakan bab ini dengan menghuraikan tentang latar belakang pertembungan Sunni dan Syiah di dalam Sejarah Islam. Memetik kata-kata Sultan Abdul Hamid II (Khalifah Daulah Othmaniyyah 1876 – 1908), “Sesungguhnya permusuhan di antara Kerajaan Safavid (Syiah) dan Othmaniyyah (Sunni) tidaklah untuk kepentingan umat Islam bahkan untuk kemaslahatan kufur dan kaumnya...”

Kita mengharapkan agar kedua belah pihak, antara Sunni dan Syiah saling memahami hakikat tersebut supaya peperangan dan permusuhan tidak kembali mengambil tempat. Akan tetapi Khomeini telah menjadikan permusuhan itu sebagai suatu kewajipan di pihaknya sehingga mengundang kerugian kepada umat Islam.

Sejarah juga telah memperlihatkan pengkhianatan Syiah Safavid bekerjasama dengan Belanda menentang Khilafah Othmaniyyah. Bahkan sebelum itu, mereka telah memainkan peranan menjatuhkan Khilafah Abbasiyyah di Baghdad. Pengkhianatan berterusan di zaman Salahuddin Al-Ayyubi bersama kerajaan Syiah Fatimiyyah. Dan kini kesinambungan permusuhan dan pengkhianatan itu berterusan di zaman Khomeini.

Said Hawwa telah menghuraikan dengan terpeinci segala perkembangan semasa golongan Syiah pasca Revolusi Iran di tanah air umat Islam. Hakikat Hizbullah dan Harakah Al-Amal, perkembangan di Lubnan, Syria, Turki, Pakistan dan India, pemisahan Pakistan Timur (Bangladesh), bahkan mengunjur hingga ke Afrika, semuanya menggambarkan siapakah sebenarnya pendukung Khomeinisma dan apakah hakikat mereka. Catatan paling hitam peperangan Iran – Iraq telah meninggalkan kesan yang amat mendalam kepada kekuatan umat di rantau berkenaan.

Beliau juga menjelaskan tentang kerjasama-kerjasama sulit Iran dengan negara-negara seperti Libya, Lubnan, bahkan dengan Israel dan Soviet Union. Said Hawwa menekankan tentang lawatan berterusan wakil-wakil kerajaan Soviet Union ke Iran yang mana semua itu bercanggah sama sekali dengan laungan-laungan Khomeini di era Revolusi Iran yang diperjuangkannya.

Kekayaan umat Islam terbuang semata-mata untuk menghadapi gejala ini, bahkan kebangkitan Umat Islam juga mengalami kerugian akibat penglibatan Syiah di dalam gelanggang kebangkitan umat. Anasir-anasir kekuatan umat Islam banyak dipengaruhi Syiah lantas kelebihan itu tersalur ke arah yang bukan membawa kepada matlamat sebenar perjuangan umat, bahkan ke arah kepentingan Syiah semata-mata. Penampilan proses perlaksanaan Islam yang salah berlaku di Iran, apabila perlembagaan Iran mengaktakan mazhab sebagai dasar negara. Tidak hairanlah Ahli Sunnah wa Al-Jamaah yang mewakili sejumlah besar penduduk Iran, ditindas dengan begitu kejam, dinafikan hak mereka dan disekat dari berperanan sebagai insan yang berkerakyatan penuh.

Jika sebahagian Syiah bersikap melampau di dalam prinsip taqiyyah (berpura-pura) mereka, kini di era Khomeini dan Revolusi Iran, taqiyyah itu menjangkau kepada penglibatan senjata api. Di suatu masa, Khomeini melaungkan penentangannya terhadap penguasaan Yahudi di Palestin tetapi di dalam masa yang sama, mengadakan kerjasama sulit dengan pihak musuh itu dan memberikan kemaslahatan kepada mereka.

Kesimpulan

Al-Marhum Said Hawwa menyeru melalui risalahnya ini agar pemuda-pemuda yang bekerja untuk Islam tidak tertipu dengan Revolusi Iran dan strategi Khomeini yang menghidangkan kepada umat Islam sebuah model negara yang batil, mundur dan dipenuhi perhambaan sesama makhluk. Beliau juga mengingatkan kita supaya tidak mengabaikan amaran-amaran Rasulullah SAW tentang kemunculan Dajjal bersama Yahudi dari Asfahan dan Khurasan sebagaimana yang tertera di dalam beberapa buah hadith sahih di dalam Sahih Muslim dsb.

Penutup

Sebagai penutup, Said Hawwa membawa pembaca supaya menilai Surah Al-Fatihah yang memulakan perbicaraan dengan masalah aqidah, kemudian ibadah dan seterusnya barulah sistem hidup. Ini menjadi dalil bahawa sistem hidup yang betul adalah kesan daripada ibadah yang sahih dan aqidah yang benar. Kerana itulah kita menekankan soal aqidah sebagai keutamaan.

Segala yang dibawa oleh Khomeini adalah bertentangan dengan usul Ahli Sunnah wa Al-Jamaah. Oleh yang demikian menjadi tugas pada ahli Islah umat supaya membuka mata masyarakat tentang kemerbahayaan Khomeinisma. Iran mesti disucikan semula kepada aqidah yang benar.

Membantu Khomeinisma dan Khomeini adalah pengkhianatan kepada Allah, Rasul dan sekalian mukmin. Sesungguhnya Syiah adalah penyokong kepada tentera Tatar, dan Moghul, tentera Salib dan Kufar. Mereka membantu sesiapa sahaja yang menentang umat Islam dari kalangan Ahli Sunnah wa Al-Jamaah, dan sejarah sepanjang zaman membuktikannya.

Sebagai penutup, Said Hawwa membuat kesaksian di hadapan Allah, bahawa (dengan penjelasan terhadap semua hakikat yang telah disebutkan di dalam risalah ini) sesungguhnya beliau melepaskan diri dari Khomeini dan Khomeinisma serta sesiapa sahaja yang menyokong, membantu dan bekerjasama dengannya.

Sesungguhnya ya Allah, hambaMu ini juga memohon taufiq agar diselamatkan dari Khomeini dan Khomeinisma, Amin.

Wa Sallahu ‘Ala Sayyidina Muhammad wa ‘Ala Alihi wa Sahbihi wa Sallam.

Sumber : [email]e-kpkm@yahoogroups.com[/email]
Sumber : http://hasrizal.tripod.com/work.htm

TAMAT KESEMUA JAWAPAN UNTUK
SJ – 2370 : SESATKAH SYIAH & KHOMEINISME ?
:grin:


æ Õáøì Çááå Úáì ÓíøÏäÇ ãÍãøÏ æ Úáì ÂÇáå æ ÕÍÈå æ Óáøã æÇáÍãÏ ááå ÑøÈ ÇáÚÇáãíä


æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå
11 / Muharram / 1424 H
14 / Mac / 2003 M

JUMAAT – Bandaraya Kaherah

Pendekar ® :duel2
http://al-ahkam.com.my/forum