:bash :salam
Skrg heboh di suratkhabar dan Majalah Al-islam bln ini memperkatakan tentang kahwin lambat. Apa yg ingin saya utarakan adalah, jika seseorang perempuan yg telah berkahwin meninggal dunia ketika melahirkan anak mendapat syurga, begitu juga dgn mereka yg meninggal dunia tetapi tidak ada anak juga mendapat syurga,bagaimana pula dgn mereka yg telah berusaha mencari jodoh tetapi tidak berjumpa jodoh mereka dan mereka redha dgn ketentuan Allah, tidak kah darjat mrk lebih tinggi kerana keredhaan mereka?
Sekian Wassalam.
æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊå
{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }
ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí
***********************
SJ – 2759 : PAHALA ANDARTU & BUJANG TERLAJAK
Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta'ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama' yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta'ala dan seluruh muslimin. Amin.
Terima Kasih kepada Saudari Bidadari yang menaruh kepercayaan kepada kami untuk menjawab soalan di atas .
Topik yang diutarakan kali ini ialah berkenaan dengan REDHA .
Topik ini nampaknya mudah , akan tetapi perbahasan mengenainya sangatlah luas sehingga banyak karangan-karangan khas para sarjana muslimin rh mengenainya .
Topik ini juga memang nampaknya mudah , akan tetapi untuk mempraktikkan REDHA itu sendiri bukanlah boleh dilakukan dengan mudah oleh semua orang .
Tak usahlah kita bersusah-payah membuka ratus-ratusan kitab yang membicarakan hal REDHA itu . Cukuplah kita memerhatikan beberapa ayat suci al-Quranul Karim dan al-Hadist yang membicarakan berkenaan FADHILAT REDHA .
{ 1 } ~ Firman Allah Ta’ala :
ÇáøóÐöíäó ÅöÐóÇ ÃóÕóÇÈóÊúåõã ãøõÕöíÈóÉñ ÞóÇáõæÇú ÅöäøóÇ áöáøåö æóÅöäøóÜÇ Åöáóíúåö ÑóÇÌöÚæäó
Ertinya : “ ( Orang-orang yang sabar itu ialah ) golongan yang apabila mereka ditimpa musibah mereka pun berkata : INNA LILLAH WA INNA ILAHI RAJI’UN ( Erti doa itu ialah ) : Kita ini semuanya adalah hak kepunyaan Allah dan kepada Dia-lah kita kembali kelak “ ~ Ayat 156 , Surah al-Baqarah .
## Inilah ucapan pertama dan utama yang diucapkan oleh orang –orang yang benar-benar beriman dengan ketentuan ( taqdir ) Allah Ta’ala . Dan inilah dia ucapan teragung golongan yang sudah rela ( redha ) diperlakukan apa sahaja oleh Allah Ta’ala .
Lantaran REDHA yang dimiliki oleh golongan beriman inilah , Allah Ta’ala pun menerangkan apakah kelebihan yang bakal mereka miliki di dalam ayat selepas ayat di atas , iaitu :
ÃõæáóÜÆößó Úóáóíúåöãú ÕóáóæóÇÊñ ãøöä ÑøóÈøöåöãú æóÑóÍúãóÉñ æóÃõæáóÜÆößó åõãõ ÇáúãõåúÊóÏõæäó
Ertinya : “ ( Untuk ) golongan itu selawat-selawat ( keampunan ) daripada Tuhan mereka dan rahmat ( nikmat ) dan golongan itulah orang-orang yang benar-benar terpimpin ( ke jalan kebenaran ) “ ~ Ayat 157 , Surah al-Baqarah .
## Apakah ada lagi kelebihan teragung dan “ bonus “ terbesar selain daripada mendapat berbagai keampunan-keampunan , rahmat , nikmat dan hidayah daripada Allah ; Tuhan Yang Maha Kaya Lagi Maha Pemurah !!?? .
{ 2 } ~ Sabda Baginda Rasulullah s.a.w :
Úóäú ÕõåóíúÈò ÞóÇáó ÞóÇáó ÑóÓõæáõ Çááøóåö Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó ÚóÌóÈðÇ áöÃóãúÑö ÇáúãõÄúãöäö Åöäøó ÃóãúÑóåõ ßõáøóåõ ÎóíúÑñ æóáóíúÓó ÐóÇßó áöÃóÍóÏò ÅöáøóÇ áöáúãõÄúãöäö Åöäú ÃóÕóÇÈóÊúåõ ÓóÑøóÇÁõ ÔóßóÑó ÝóßóÇäó ÎóíúÑðÇ áóåõ æóÅöäú ÃóÕóÇÈóÊúåõ ÖóÑøóÇÁõ ÕóÈóÑó ÝóßóÇäó ÎóíúÑðÇ áóåõ
Ertinya : Daripada Suhaib ar-Rumi r.a dia berkata : Baginda Rasulullah s.a.w pernah bersabda : “ Ajaib sungguh hal keadaan orang beriman , semua hal yang mengenainya adalah baik belaka . Dan sifat itu tidaklah dimiliki melainkan oleh orang yang beriman sahaja . Apabila orang beriman itu diberikan kesenangan , dia pun bersyukur , maka itu adalah lebih baik baginya . Dan jika dia diuji dengan kesusahan pula , dia akan bersabar dan itu adalah lebih baik baginya “ ~ Hadist Sahih diriwayatkan oleh Al-Imam Muslim rh di dalam sahihnya ( Nombor : 2999 ) .
## Inilah tanda REDHA , iaitu REDHA ( Rela ) dengan apa sahaja yang diberi oleh Allah Ta’ala . Jika diberikan kesenangan ataupun kekayaan , dia akan bersyukur , bukannya terus angkuh dan besar diri . Dan tiadalah yang lebih baik selain bersyukur sentiasa kepada Allah Ta’ala . Dan jika dia diuji dengan kesusahan dan kepayahan , dia tidak bersungut-sungut dan tidak pula menyalahkan orang itu dan orang ini ( apatah lagi menyalahkan Allah !!! ) , dia bersabar dan redha , maka itu adalah terlebih baik baginya , kerana dengan redha itu Allah Ta’ala akan MENGGANTIKAN dengan berbagai lagi kenikmatan selepas itu .
[="green"] #~@~#~@~#~@~#~@~#~@~#~@~# [/]
Marilah kita melihat pula kepada isu ‘ ANDARTU “ ( Anak Dara Tua ) yang “ PANAS “ di dada media-massa tanah air baru-baru ini .
Masalah “ KAHWIN LAMBAT “ sehingga melahirkan “ ANDARTU “ ini bukanlah masalah yang menimpa golongan wanita yang berjawatan besar ataupun mereka yang belajar tinggi-tinggi sampai ke tahap Ph.D , akan tetapi MUSIBAH ini rupa-rupanya tertimpa juga kepada golongan wanita yang belajar di Jurusan Pengajian Islam .
Apa puncanya !? . Hanya si empunya diri sahaja yang layak menjawabnya dan hanya Allah Ta’ala YANG LEBIH MENGETAHUI mengapa dan kenapa ? .
Ada yang ketika mudanya , dipinang oleh ramai lelaki . Akan tetapi semua yang datang meminang , ditolaknya . Katanya : “ Saya mahu sambung lagi pengajian saya “ , ataupun mungkin disebabkan yang datang meminang itu semuanya tidak memiliki kriteria yang diimpikan oleh gadis itu .
Akhirnya disebabkan mahu mengejar semua impian ( dan kadang-kadang disebabkan terlalu mengejar kebendaan dan cita-cita yang terlalu banyak ) , maka ketika berusia 30 ke atas , masih belum lagi “ berpunya “ .
Di masa muda , ada yang meminangnya di kalangan mereka yang “ KUAT PEGANGAN AGAMANYA “ , namun sayangnya tetap ditolak kerana tidak memiliki itu dan ini . Dan akhirnya disebabkan “ TERLALU MEMILIH “ , jadilah andartu .
Tatkala menyandang gelaran “ ANDARTU “ , fikiran mulai kacau . Kacau sebab merasakan umur semakin tua akan tetapi masih belum berpunya . Dan akhirnya dia pun mengambil keputusan , akan menerima siapa sahaja yang datang meminang , tidak kiralah samada pegangan agama si peminang itu kuat ataupun tidak ! .
Adakah ini disebabkan salah sendiri ATAUPUN disebabkan salah Allah Ta’ala yang mentaqdirkan hal itu ??? .
Allah Ta’ala sekali-kali TIDAK PERNAH salah dan silap dan TIDAK AKAN salah langsung !!! .
Allah Ta’ala TIDAK PERNAH dan TIDAK AKAN menzalimi sesiapa pun , bahkan manusia itulah yang selalu menzalimi diri mereka sendiri !!! . :non
Periksalah kembali , apakah sebab utama meningkatnya bilangan andartu . Dan jangan lupa juga untuk memeriksa apakah sebab utama juga ada di kalangan lelaki yang masih tidak mahu berkahwin walhal umur sudah semakin meningkat ! .
Kami mencadangkan kepada golongan andartu ini : Kalau saudari-saudari sanggup berusaha untuk mendapatkan jawatan yang besar , pengajian yang tinggi dan cita-cita yang berbagai-bagai itu . Maka apakah salahnya saudari-saudari sekarang berusaha pula mendapatkan seorang suami yang soleh dan kuat pegangan agamanya dan usaha itu juga MESTILAH selari dengan kehendak syarak ! .
Tiada salahnya saudari-saudari mencontohi ibu kita yang begitu mulia , Saidatina Khadijah r.a yang MEMINANG Baginda Rasulullah s.a.w .
Dan ini bukanlah masanya untuk mengatakan “ TAKKANLAH PERIGI MENCARI TIMBA “ kerana perkara yang penting sekali ialah mencari seorang suami yang mampu menjaga dirinya dan isterinya dan membimbing pula isterinya ke jalan yang dirahmati Allah Ta’ala .
Memanglah saudari-saudari sekalian TIDAKLAH SEMULIA DAN SEAGUNG ibu kita , Saiyidah Khadijah r.a itu , dan memanglah pihak lelaki itu pula TIDAKLAH SEBAIK Baginda Rasulullah s.a.w . Akan tetapi , tindakan pihak perempuan meminang pihak lelaki BUKANLAH SATU PERKARA YANG ‘AIB dan TIDAKLAH PULA BERCANGGAH DENGAN SYARIAT ! .
Lihatlah apakah permintaan Baginda Rasulullah s.a.w daripada kita sebagai umatnya :
Úóäú ÚóÈúÏö Çááøóåö Èúäö ÚóãúÑòæ Ãóäøó ÑóÓõæáó Çááøóåö Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó ÞóÇáó ÇäúßöÍõæÇ ÃõãøóåóÇÊö ÇáúÃóæúáóÇÏö ÝóÅöäøöí ÃõÈóÇåöí Èöåöãú íóæúãó ÇáúÞöíóÇãóÉö
Ertinya : Daripada Saidina ‘Abdullah Bin ‘Amru r.a , Sesungguhnya Baginda Rasulullah s.a.w yang pernah bersabda : “ Kahwinilah golongan wanita ~ iaitu golongan yang boleh melahirkan anak-anak ~ kerana aku nanti akan berbangga dengan anak-anak ( orang-orang Islam ini ) di hari kiamat kelak ( di hadapan Allah ) “ ~ Hadis Sahih diriwayatkan oleh Al-Imam Ahmad rh .
Lihatlah betapa berbangganya Baginda Rasulullah s.a.w kelak dengan umatnya yang begitu ramai di hadapan Allah Ta’ala kelak . Apakah kita tidak mahu menjadi kebanggaan Baginda Rasulullah s.a.w sedangkan itu adalah ibadat dan taqarrub ( mendekatkan diri ) kepada Allah Ta’ala !? .
Jadi , mengapakah masih tidak mahu berkahwin , walhal usia semakin lanjut ? .
Apakah tidak mahu berkahwin dengan sebab BENCI dan TAKUT memiliki suami-suami “ yang tidak sepatutnya “ ? .
Saudari-saudari boleh sahaja berasa takut dan bimbang , akan tetapi saudari-saudari juga perlulah ketahui bahawa berkahwin itu adalah SUNNAH ( Contoh teladan ) yang ditunjukkan oleh Baginda Rasulullah s.a.w . Dan mereka yang benci kepada salah-satu sunnah Baginda s.a.w , maka jawapannya ialah :
Ýóãóäú ÑóÛöÈó Úóäú ÓõäøóÊöí ÝóáóíúÓó ãöäøöí
Ertinya : “ Sesiapa sahaja yang tidak suka kepada sunnahku , maka dia bukanlah daripada golongan aku ( bukanlah umat Islam ) “ ~ Hadis Sahih diriwayatkan oleh Al-Imam al-Bukhari rh dan Al-Imam Muslim rh .
[="green"] #~@~#~@~#~@~#~@~#~@~#~@~# [/]
Kembali kita ke soalan yang diajukan oleh Saudari Bidadari :
Jawapannya :
Kelebihan REDHA sudah pun kami nyatakan di atas . Dan kami yakin , tidak perlulah kita mencari-cari pula di dalam Al-Quranul Karim ataupun mana-mana hadis mengenai kelebihan khusus untuk golongan andartu yang redha .
Mengapa pula tidak perlu ? . Sebab Allah Ta’ala sendiri sudah berfirman :
ãóäú Úóãöáó ÓóíøöÆóÉð ÝóáóÇ íõÌúÒóì ÅöáøóÇ ãöËúáóåóÇ æóãóäú Úóãöáó ÕóÇáöÍðÇ ãøöä ÐóßóÑò Ãóæú ÃõäËóì æóåõæó ãõÄúãöäñ ÝóÃõæúáóÆößó íóÏúÎõáõæäó ÇáúÌóäøóÉó íõÑúÒóÞõæäó ÝöíåóÇ ÈöÛóíúÑö ÍöÓóÇÈò
Ertinya : “ Sesiapa sahaja berbuat amalan yang jahat , maka tidaklah dia dibalas kelak melainkan yang seumpama dengan kejahatan itu . Dan sesiapa pula yang BERAMAL SOLEH , sama ada daripada kaum lelaki ataupun wanita , walhal dia benar-benar beriman , maka orang-orang itulah yang akan menghuni syurga , mereka diberikan rezeki di dalamnya tanpa disangka-sangka “ ~ Ayat 40 , Surah Ghafir .
## Inilah ganjaran dan kelebihan orang yang benar-benar beriman dan orang-orang yang melakukan amal soleh di dunia . Dan tidak syak lagi , di antara amal yang soleh itu ialah REDHA DENGAN KETENTUAN ALLAH TA’ALA .
Tidak perlu lagi Allah Ta’ala menjelaskan apakah kenikmatan dan kesenangan yang bakal dimiliki oleh golongan tersebut , CUKUPLAH dengan firman-Nya di atas yang menyatakan bahawa mereka itu semua akan diberikan REZEKI ( nikmat itu pun adalah rezeki ) daripada berbagai penjuru dan dengan berbagai rupa , tanpa disangka-sangka ! .
Kenikmatan dan kesenangan di syurga itu sendiri ada berbagai macam dan rupa , dan bagaimanakah pula ganjaran secara khusus itu , tidaklah pula diterangkan kesemuanya , Cuma untuk kaum lelaki ada dinyatakan pula Firman Allah Ta’ala sebagai mana berikut :
ãõÊøóßöÆöíäó Úóáóì ÓõÑõÑò ãøóÕúÝõæÝóÉò æóÒóæøóÌúäóÇåõã ÈöÍõæÑò Úöíäò
Ertinya : “ ( Orang-orang yang bertaqwa itu ) duduk di dalam keadaan menyandar di atas singgah-sana yang diatur berbaris-baris dan Kami akan kahwinkan mereka kelak dengan para bidadari “ ~ Surah at-Tur , ayat : 20
Kalau kaum lelaki yang beriman dan redha dengan segala arahan dan taqdir Allah Ta’ala mendapat bidadari-bidadari , maka apakah perlu ada pula satu ayat khusus yang menerangkan bahawa kaum Hawa yang beriman dan redha akan mendapat “ BIDODORO-BIDODORO “ pula !? .
Tidaklah perlu dinyatakan kesemuanya kerana di dalam ayat 40 , Surah Ghafir di atas sendiri sudah menyatakan bahawa segala macam kenikmatan akan dapat dirasai dan segala jenis “ bonus “ akan diberikan kepada mereka yang beriman , sama ada lelaki ataupun wanita .
Maka begitulah juga dengan kaum Hawa dan Andartu yang redha dengan ketentuan Allah Ta’ala . Pasti mereka akan mendapat ganjaran dan pahala serta nikmat syurgawi yang melimpah-ruah .
Yakinlah dengan janji-janji Allah Ta’ala dan teruskanlah berusaha mencari pasangan hidup yang beriman dan boleh membimbing ke jalan yang lurus .
Redha dengan ketentuan Allah Ta’ala tidaklah bermakna tidak perlu berusaha mencari jodoh yang baik sebagai mana tawakkal tidaklah pula menafikan usaha mencari sebab-musabab .
Sekian . Semoga ada manfaatnya bersama .
Wallahu A'alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad
æ Õáøì Çááå Úáì ÓíøÏäÇ ãÍãøÏ æ Úáì ÂÇáå æ ÕÍÈå æ Óáøã æÇáÍãÏ ááå ÑøÈ ÇáÚÇáãíä
[="green"] #~@~#~@~#~@~#~@~#~@~#~@~# [/]
RUJUKAN & SARANAN PEMBACAAN
1 ~ SHIFA’ al-QULUB
Oleh : Al-‘Allamah Syeikh Mustafa al-‘Adawi ha
Halaman : 111 - 116
Terbitan : Maktabah Makkah , Tonto , Mesir
2 ~ AL-FATH ar-RABBANI WAL FAIDH ar-RAHMANI
Oleh : Al-Imam asy-Syeikh Abdul Qadir al-Jilani rh
Halaman : 41 – seterusnya ( Ayat ar-Ridha.. )
Terbitan : Darus Sanabil , Damsyiq
3 ~ AT-TORIQ ILALLAH
{ Huraian Kitab As-Sidq Oleh Al-Imam al-‘Allamah Abu Sa’id al-Kharraz rh }
Oleh : al-Imam Prof. Dr. Abdul Halim Mahmud rh ( Bekas Syeikhul Azhar )
Halaman : 83 ( Bab : As-Sidq Fir Ridha ‘anilLah ‘Azza Wa Jalla )
Terbitan : Darul Ma’arif , Kaherah
4 ~ KATA BERJAWAB ( 1-5 )
{ Halaman 372 : Allah Tidak Adil ? }
Oleh : Al-‘Allamah Ustadz A. Qadir Hasan rh
Terbitan : Yayasan Al-Muslimun , Bangil , Indonesia
5 – TAFSIR al-JALAIN RH
EMS Software , Egypt
6 – MAUSU’AH al-HADIS asy-SYARIF
{ Eksiklopedia Hadis Sunan Tis’ah }
Sakhr Software , Egypt
æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå
29 / Jumadi Awwal / 1424 H
29 / Julai / 2003 M
SELASA ~ Bandaraya Kaherah
Pendekar ® :duel2
http://al-ahkam.com.my/forum