:salam
Ustaz pendekar telah menulis sebagai berikut. petikan dari SJ - 2743
Quote:
Taqlid bukanlah amalan yang mulia , bahkan tidak sedikit ayat-ayat al-Quranul Karim , Hadist-Hadist dan juga fatwa-fatwa Imam-Imam Mujtahidin yang mencela amalan itu .
Saya cuma nak tahu.. ayat, hadith or dalil mana yg mencela mereka yg bertaqlid.. Kalau ustaz2 lain ada jawapannya, boleh tolong beri dalil itu tak? JZK
æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊå
{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }
ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí
***********************
SJ – 3059 : TAQLID ITU PERBUATAN TERCELA !
Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta'ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama' yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta'ala dan seluruh muslimin. Amin.
Terima Kasih kepada Saudara Fansuri . Saya memohon ribuan kemaafan di atas kelewatan saya membalas soalan saudara . Ini disebabkan semenjak saya pulang ke tanah air 2 bulan lepas , komputer saya “ sakit teruk “ .
Soalan ini berkaitan dengan jawapan saya di : SJ – 2743 : MASALAH MAZHAB & PERBANDINGAN FIQH DAN SIFAT 20 http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=16137 .
Disebabkan soalan mengenai TAQLID ini sudah selalu dijawab oleh para panelis al-Ahkam Online , maka di sini kami hanya menyajikan beberapa dalil yang membuktikan bahawa amalan bertaqlid itu sememangnya tercela .
TAQLID , secara ringkasnya ialah : “ Melakukan amal – ibadat yang melibatkan kepercayaan , amalan dan juga percakapan secara membuta-tuli @ membabi-buta , iaitu tanpa mengetahui hujah-hujahnya daripada sumber tertinggi perundangan Islam , iaitu al-Quranul Karim dan as-Sunnah as-Sahihah “ .
Ertinya : TAQLID = TAKSUB = FANATIK . :devil
( 1 ) ~ Pertama : Ayat 36 , Surah al-Isra’ :
æóáÇó ÊóÞúÝõ ãóÇ áóíúÓó áóßó Èöåö Úöáúãñ Åöäøó ÇáÓøóãúÚó æóÇáúÈóÕóÑó æóÇáúÝõÄóÇÏó ßõáøõ ÃõæáÜÆößó ßóÇäó Úóäúåõ ãóÓúÄõæáÇð
Ertinya : “ Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya “ .
( 2 ) ~ Kedua : Ayat 167 , Surah al-Baqarah :
æóÞóÇáó ÇáøóÐöíäó ÇÊøóÈóÚõæÇú áóæú Ãóäøó áóäóÇ ßóÑøóÉð ÝóäóÊóÈóÑøóÃó ãöäúåõãú ßóãóÇ ÊóÈóÑøóÄõæÇú ãöäøóÇ ßóÐóáößó íõÑöíåöãõ Çááøåõ ÃóÚúãóÇáóåõãú ÍóÓóÑóÇÊò Úóáóíúåöãú æóãóÇ åõã ÈöÎóÇÑöÌöíäó ãöäó ÇáäøóÇÑö
Ertinya : “ Dan berkatalah orang-orang yang mengikuti: "Seandainya kami dapat kembali (ke dunia), pasti kami akan berlepas diri dari mereka, sebagaimana mereka berlepas diri dari kami." Demikianlah Allah memperlihatkan kepada mereka amal perbuatannya menjadi sesalan bagi mereka; dan sekali-kali mereka tidak akan keluar dari api neraka “ .
( 3 ) ~ Ayat 104 , Surah al-Maidah :
æóÅöÐóÇ Þöíáó áóåõãú ÊóÚóÇáóæúÇú Åöáóì ãóÇ ÃóäÒóáó Çááøåõ æóÅöáóì ÇáÑøóÓõæáö ÞóÇáõæÇú ÍóÓúÈõäóÇ ãóÇ æóÌóÏúäóÇ Úóáóíúåö ÂÈóÇÁäóÇ Ãóæóáóæú ßóÇäó ÂÈóÇÄõåõãú áÇó íóÚúáóãõæäó ÔóíúÆðÇ æóáÇó íóåúÊóÏõæäó
Ertinya : “ Apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah mengikuti apa yang diturunkan Allah dan mengikuti Rasul". Mereka menjawab: "Cukuplah untuk kami apa yang kami dapati bapak-bapak kami mengerjakannya". Dan apakah mereka itu akan mengikuti nenek moyang mereka walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui apa-apa dan tidak (pula) mendapat petunjuk ? “ .
( 4 ) ~ Ayat 21 , Surah Luqman :
æóÅöÐóÇ Þöíáó áóåõãõ ÇÊøóÈöÚõæÇ ãóÇ ÃóäÒóáó Çááøóåõ ÞóÇáõæÇ Èóáú äóÊøóÈöÚõ ãóÇ æóÌóÏúäóÇ Úóáóíúåö ÂÈóÇÁäóÇ Ãóæóáóæú ßóÇäó ÇáÔøóíúØóÇäõ íóÏúÚõæåõãú Åöáóì ÚóÐóÇÈö ÇáÓøóÚöíÑö
Ertinya : “Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Ikutilah apa yang diturunkan Allah". Mereka menjawab: "(Tidak), tapi kami (hanya) mengikuti apa yang kami dapati bapak-bapak kami mengerjakannya". Dan apakah mereka (akan mengikuti bapak-bapak mereka) walaupun syaitan itu menyeru mereka ke dalam siksa api yang menyala-nyala (neraka) ? “ .
( 5 ) ~ Surah an-Nahl , Ayat 116 :
æóáÇó ÊóÞõæáõæÇú áöãóÇ ÊóÕöÝõ ÃóáúÓöäóÊõßõãõ ÇáúßóÐöÈó åóÜÐóÇ ÍóáÇóáñ æóåóÜÐóÇ ÍóÑóÇãñ áøöÊóÝúÊóÑõæÇú Úóáóì Çááøåö ÇáúßóÐöÈó Åöäøó ÇáøóÐöíäó íóÝúÊóÑõæäó Úóáóì Çááøåö ÇáúßóÐöÈó áÇó íõÝúáöÍõæäó
Ertinya : “ Dan janganlah kamu mengatakan terhadap apa yang disebut-sebut oleh lidahmu secara dusta : Ini halal dan ini haram , untuk mengada-adakan pembohongan terhadap Allah . Sesungguhnya orang-orang yang mengada-adakan pembohongan terhadap Allah itu tidaklah akan berjaya “ .
Kami rasa cukup sekadar itu penerangan kami mengenai masalah TAQLID ini . Saudara Fansuri dipersilakan mencarinya di RUANGAN ARKIB kami dengan menggunakan kata-kunci : “ TAQLID “ .
Kalau masih kurang faham , boleh dilanjutkan lagi persoalan mengenainya .
Sekian . Semoga ada manfaatnya bersama .
Wallahu A'alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad
æ Õáøì Çááå Úáì ÓíøÏäÇ ãÍãøÏ æ Úáì ÂÇáå æ ÕÍÈå æ Óáøã æÇáÍãÏ ááå ÑøÈ ÇáÚÇáãíä
æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå
04 / Ramadhan al-Mubarak / 1424 H
30 / Oktober / 2003 M
KHAMIS ~ Bandaraya Kuala Lumpur
Pendekar ® :duel2
http://al-ahkam.com.my/forum