SJ – 3203 : NIAT INGIN BERSAING

Primary tabs

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ – 3203 : NIAT INGIN BERSAING

:salam

Misal kata kita solat di belakang seorang hafiz yg muda. Kita pun terpegun dgn bacaannya dan hafalannya, maka kita pun berazam "Aku pun nak hafal surah ni!"

Atau kita jumpa seorang muslim yg molek adab dan tatasusila. Maka kita pun berazam, "Aku nak jadi lebih baik dari dia!"

Adakah ini perbuatan tercela? Walaupun amal yg ingin dicontohi adalah berbentuk ibadah yg sangat dianjurkan, semangat bersaing tu yg menjadi kemusykilan saya. Adakah boleh jatuh ke lembah syirik?

:pet

Re: SJ – 3203 : NIAT INGIN BERSAING

:salam

Pertama sekali, kami memohon maaf krn lewat menjawab soalan sdr. Ini disebabkan kesibukan para panel fiqh dan moderator, di tambah lagi dgn musim2 perayaan/cuti yg jaraknya hampir antara satu dgn yg lain. Insya Allah saya akan cuba menjawab mengikut kemampuan saya.

Melihat kpd soalan sdr, saya ingin menyentuh 2 perkara. Iaitu mengenai syirik dan juga mengenai amalan berlumba2 dalam beramal.

Mengenai syirik, saya hanya ingin menjelaskannya secara ringkas. Insya Allah jika tidak memadai, ahli panel fiqh akan melengkapkannya. Syirik secara ringkasnya bermaksud menyekutukan Allah. Allah telah berfirman yg bermaksud:

Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar. (QS. 4:48)

Allah telah berfirman juga dalam al-Quran:

Barangsiapa mempersekutukan sesuatu dengan Allah, maka adalah ia seolah-olah jatuh dari langit lalu disambar oleh burung, atau diterbangkan angin ke tempat yang jauh. (QS. 22:31)

Demikianlah gambaran yg telah diberikan oleh Allah swt mengenai mereka yg berlaku syirik terhadapNya.

Rasulullah saw telah bersabda dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Imam Muslim yg bermaksud:

“Mahukah kuberitahu kalian tentang dosa terbesar?(diulangi 3X) Menyekutukan Allah, menderhaka kepada kedua ibubapa, kesaksian palsu dan berkata dusta.”

Banyak lagi hadis lain yg menjelaskan dosa syirik ini. Secara umum, ulama’ telah membahagikan syirik ini kpd 2 iaitu syirik besar dan syirik kecil.

Cth syirik besar yg jelas adalah menyembah benda lain selain Allah. Manakala cth syirik kecil, adalah riya’ sptmana yg dijelaskan olhe Rasulullah saw dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Imam Ahmad. Rasulullah saw telah memberikan cth iaitu mereka yg mencantikkan/memperelokkan solatnya setelah menyedari ada org memerhatikannya.

Allah swt berfirman yg bermaksud:

Barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Rabbnya maka hendaklah ia mengerjakan amal yang saleh dan janganlah ia mempersekutukan seorangpun dalam beribadat kepada Rabb-nya". (QS. 18:110)

Mengenai semangat bersaing ini, Islam sendiri sgt menggalakkannya. Allah befirman dlm al-Quran yg bermaksud:

Maka berlomba-lombalah kamu (dalam membuat) kebaikan. Di mana saja kamu berada pasti Allah akan mengumpulkan kamu sekalian (pada Hari Kiamat). Sesungguhnya Allah Mahakuasa atas segala sesuatu. (QS. 2:148)

Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Rabbmu dan kepada surga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa, (QS. 3:133)

Allah berfirman yg bermaksud:

Sesungguhnya orang-orang yang berbakti itu benar-benar dalam kenikmatan yang besar (surga). Mereka (duduk) di atas dipan-dipan sambil memandang. Kamu dapat mengetahui dari wajah mereka kesenangan hidup mereka yang penuh kenikmatan. Mereka minum dari khamar murni yang dilak (tempatnya). Laknya adalah kesturi; dan untuk yang demikian itu hendaknya orang berlomba-lomba. (QS. 83:22-26)

Dr Wahbah al-Zuhaily dalam kitab tafsir al-Munir, mengatakan kalimah ‘hendaknya orang berlomba-lomba’ adalah satu suruhan utk berlumba2 dalam melakukan kebaikan yg boleh membawa ke syurga, bukannya perkara yg membawa ke neraka.

Maka jelaslah, sikap bersaing atau berlumba2 dalam melakukan kebaikan itu adalah satu galakan bahkan satu suruhan Allah swt bagi mereka yg inginkan balasan syurga dariNya. Namun, jika sikap berlumba2 ini dilakukan semata2 kerana menunjuk2, jatuhlah ia ke syirik kecil iaitu riya’.

Sekian. WA.

:wassalam

RUJUKAN

Shahih Riyadhus Shalihin
Imam Nawawi
Takhrij M. Nashiruddin al-Albani

Minhajul Qashidin
Ibn Qudamah

Tafsir Al-Munir Juz ‘Amma
Dr Wahbah al-Zuhaily

200 soal wal-jawab fil aqidah
(200 FAQ On Muslim Belief)
sheikh Hafiz Ibn Ahmed al-Hakimi

al-Khotaya fi Nadhoril Islam
Afif Abdul Abdul Fathah Thobbaroh

Re: SJ – 3203 : NIAT INGIN BERSAING


æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊå

{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }

ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí

***********************
SJ – 3203 : NIAT INGIN BERSAING

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta'ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama' yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta'ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih kepada Saudara Taqi di atas soalan di atas . Apa yang dinyatakan oleh saudara itu sebenarnya ialah berkenaan dengan topik : “ NIAT INGIN BERSAING “ ataupun “ SEMANGAT INGIN BERTANDING SECARA SIHAT “ .

Apabila ada orang melakukan pahala dan kebajikan , maka kita pun ingin melakukannya , bahkan kita lebih ingin melakukannya dengan lebih ikhlas dan lebih banyak , maka itulah dia tuntutan Islam . Dan semangat ataupun niat ini TIDAKLAH DIANGGAP SEBAGAI RIYA’ .

Kalau niat begini dianggap riya’ , ataupun jika semua amalan kebajikan itu dianggap riya’ , sudah pasti tiada seorang pun di kalangan kita yang mahu melakukan sesuatu amalan ataupun ibadah . Dah tentu seorang bapa tidak akan bersembahyang di hadapan anaknya kerana bimbang dianggap itu sebagai riya’ . Dan sudah tentu seorang guru pula tidak boleh “ menunjukkan “ sifat – sifat yang mulia kerana bimbang sifat “ menunjuk “ itu dikatakan riya’ .

Allah Ta’ala dan Rasul-Nya s.a.w sendiri memerintahkan kita agar mempunyai sikap ingin bersaing melakukan kebajikan . Perhatikanlah dalil – dalil berikut :

Firman Allah Ta’ala di dalam ayat 133 – 134 , Surah Ali ‘Imran :


æóÓóÇÑöÚõæÇú Åöáóì ãóÛúÝöÑóÉò ãøöä ÑøóÈøößõãú æóÌóäøóÉò ÚóÑúÖõåóÇ ÇáÓøóãóÇæóÇÊõ æóÇáÃóÑúÖõ ÃõÚöÏøóÊú áöáúãõÊøóÞöíäó

Ertinya : “ Bersegeralah kamu ( mengejar ) keampunan daripada Tuhan kamu dan juga syurga yang seluas langit – langit dan bumi , yang mana ia disediakan untuk golongan yang bertaqwa ~ Ayat 133 .


ÇáøóÐöíäó íõäÝöÞõæäó Ýöí ÇáÓøóÑøóÇÁ æóÇáÖøóÑøóÇÁ æóÇáúßóÇÙöãöíäó ÇáúÛóíúÙó æóÇáúÚóÇÝöíäó Úóäö ÇáäøóÇÓö æóÇááøåõ íõÍöÈøõ ÇáúãõÍúÓöäöíäó

Ertinya : “ ( Golongan yang bertaqwa itu ialah ) orang – orang yang mengeluarkan belanja ( pada jalan Allah ) samada ketika mereka senang dan juga di waktu susah . Dan ( mereka juga ialah ) orang – orang yang mampu menahan kemarahan mereka dan juga suka memberi maaf kepada sesama manusia . Dan Allah cinta kepada orang – orang yang berbuat baik ~ Ayat 134 .

### Para Sahabat r.a , mereka selalu bersaing di dalam melakukan kebajikan demi mencari redha Ilahi dan demi sinar Islami sentiasa bersinar gemilang . Pelajarilah kisah Para Sahabat r.a , apabila ada di kalangan mereka yang ingin berderma pada jalan Allah Ta’ala , pasti ada pula para sahabat r.a lain yang ingin berderma lebih daripada para sahabat r.a tadi . Dan apabila beberapa orang sahabat r.a mengeluarkan sedikit derma dan belanja mereka di jalan Allah Ta’ala , maka Saidina Abu Bakar as-Siddiq r.a pula mengeluarkan semua harta – bendanya demi kemenangan Islam .

Apakah sikap ini dianggap riya’ ? . Tidak sama – sekali !!! :non . Mana mungkin golongan terbaik yang dididik oleh Baginda Rasulullah s.a.w sendiri rela jiwa mereka dicemari “ najis kesyirikan “ itu ( riya’ ) ! .

Sabda Baginda Rasulullah s.a.w pula :


Úóäö ÇÈúäö ãóÓúÚõæÏò ÑóÖöí Çááøóåã Úóäúå ÞóÇáó ÓóãöÚúÊõ ÇáäøóÈöíøó Õóáøóì Çááøóåã Úóáóíúåö æóÓóáøóãó íóÞõæáõ áóÇ ÍóÓóÏó ÅöáøóÇ Ýöí ÇËúäóÊóíúäö ÑóÌõáò ÂÊóÇåõ Çááøóåõ ãóÇáðÇ ÝóÓóáøóØóåõ Úóáóì åóáóßóÊöåö Ýöí ÇáúÍóÞøö æóÑóÌõáò ÂÊóÇåõ Çááøóåõ ÍößúãóÉð Ýóåõæó íóÞúÖöí ÈöåóÇ æóíõÚóáøöãõåóÇ

Ertinya : Daripada Saidina Ibnu Mas’uod r.a , dia berkata : Aku pernah mendengar Baginda Nabi s.a.w bersabda : “ Tidak boleh seseorang itu mempunyai perasaan dengki MELAINKAN pada dua perkara , iaitu ( 1 ) – Dengki kepada seseorang yang diberikan Allah kepadanya harta – benda , lalu diapun membelanjakan harta itu pada jalan yang benar , dan ke ( 2 ) – Dengki kepada seseorang yang dikurniakan Allah Ta’ala dengan kebijaksanaan ( ilmu dan hikmah ) , lalu digunakannya untuk memutuskan keputusan dan mengajarkannya kepada sesama manusia “ ~ Hadis Sahih diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari di dalam Kitab az-Zakat dan oleh Syeikh al-Albani rh di dalam al-Jamie’ as-Sahih : 1409 .

‘Ala kulli hal ( bagaimana sekalipun ) , niat IKHLAS mestilah dipelihara sebagai mana yang telah dinyatakan di atas oleh saudara kami , al-Fadhil Ust . Gayat .

Sekian . Semoga ada manfaatnya bersama .
Wallahu A'alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad


æ Õáøì Çááå Úáì ÓíøÏäÇ ãÍãøÏ æ Úáì ÂÇáå æ ÕÍÈå æ Óáøã æÇáÍãÏ ááå ÑøÈ ÇáÚÇáãíä


æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå
13 / Zulqa’dah / 1424 H
6 / Januari / 2004 M

SELASA ~ Bandaraya Kuala Lumpur

Pendekar ® :duel2
http://al-ahkam.com.my/forum