SJ-01-0012 : Tawaf dll

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-01-0012 : Tawaf dll

Assalamualaikum..

1) ayah sy mengatakan bahawa asal usul tawaf adalah semasa kejadian nabi Adam a.s. Semasa Allah memerintahkan roh supaya masuk ke jasad Adam yang ketika itu masih lagi kelihatan seperti tanah yang busuk & buruk rupanya. Roh mengelilingi jasad tersebut sebanayak 7 kali & benarkah terdapat makam nabi Adam di bahagian bawah Ka'abah di Mekah itu?

2) Beliau mengatakan bahawa hukum membela misai adalah haram sekiaranya panjang misai itu sehingga menjadikan hujung misai itu mencecah terlebih dahulu dari bibir semasa makan @ minum. minta penjelasan lanjut...

Beliau mengatakan bahawa sumber (1) dipelajari dari kitab2 kuning yang kini memang sukar dicari....

Sekian, Wassalam...

SJ-01-0012 : Tawaf dll

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawap soalan sdr zabarjad dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

(1) Tawaf (ØóæóÇÝ) dari segi bahasa bermaksud pusing, putaran (traveling , twirling , turning , whirling , wander , touring , tour , trip , travel , traversal , traversing , roaming , itinerancy , twirl , rove , gyration , cruising , itineration , circumvolution , circling , circumambulation , circuiting , circuit , spin , roving). Menurut Prof. Dr.Abd al-Hakam Abd al-Latif As-Sa'idi, dari Universiti Al-Azhar, "setiap atom didalam universe mempunyai sistem pergerakan yang khas dan ia mempunyai orbitnya sendiri. Elektron didalam atom mengelilingi nucleas, seperti sebuah sistem planet yang kecil. Planet juga mengelilingi matahari, setiapnya mempunyai orbitnya sendiri, yang mempunyai kelajuan yang tersendiri". Faktor ini yang menyebabkan Prof. Dr. Ahmad Fouad Pasha, dari Universiti Kaherah, mengatakan bahawa Tawaf adalah Undang-undang cosmik. Dengan kata lain, tawaf dari segi bahasa merupakan satu perbuatan objek yang berputar mengikut orbitnya.

Dari segi syara' Tawaf bermaksud : Tawaf bermula dari Hajar Al-Aswad, menjadi Baitullah disebelah kiri dan mengelilingi Baitullah sebanyak 7 pusingan.
Tawaf dikenali oleh orang Islam dari Al-Quran, firman Allah swt :-

æóÅöÐú ÌóÚóáúäóÇ ÇáúÈóíúÊó ãóËóÇÈóÉð áöáäøóÇÓö æóÃóãúäðÇ æóÇÊøóÎöÐõæÇ ãöäú ãóÞóÇãö ÅöÈúÑóÇåöíãó ãõÕóáøðì æóÚóåöÏúäóÇ Åöáóì ÅöÈúÑóÇåöíãó æóÅöÓúãóÇÚöíáó Ãóäú ØóåøöÑóÇ ÈóíúÊöíó áöáØøóÇÆöÝöíäó æóÇáúÚóÇßöÝöíäó æóÇáÑøõßøóÚö ÇáÓøõÌõæÏö
"Dan (ingatlah) ketika Kami jadikan Rumah Suci (Baitullah) itu tempat tumpuan bagi umat manusia (untuk Ibadat Haji) dan tempat yang aman dan jadikanlah oleh Kamu Makam Ibrahim itu tempat sembahyang dan Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail (dengan berfirman): Bersihkanlah Rumahku (Kaabah dan Masjidilharam dari segala perkara yang dilarang) untuk orang-orang yang bertawaf dan orang-orang yang beriktikaf (yang tetap tinggal padanya) dan orang-orang yang rukuk dan sujud." -[Al-Baqarah 2:125]

Ayat ini menunjukkan asal ibadat Tawaf yang telah diberitakan oleh Allah swt kepada umat islam; satu ibadat yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim dan anaknya. Tawaf juga merupakan salah satu rukun dari ibadat Haji. Nabi saw memerintahkan kita mengambil cara ibadat Haji dari baginda, dari Jabir ra :-

áÊÃÎÐæÇ Úäí ãäÇÓßßã
"Ambillah dariku manasik (cara Haji) kamu" -[Hadith riwayat Nasaa'i, dan juga Sahih Al-Jami' no# 7882.]

Begitulah sikap kita umat Islam yang perlu merujuk kepada Al-Quran dan Hadith mengenai sesuatu ibadat. Ibadat Tawaf yang tercatat didalam al-Quran dilakukan oleh Nabi Ibrahim as dan anaknya Nabi Ismail as, dan kita umat Islam akhir zaman ini melakukan ibadat tawaf sebagaimana yang diajarkan oleh Nabi Muhammad saw.

Mengenai kubur nabi Adam berada dibawah Ka'bah, tidak ada bukti atau nas shahih yang menceritakan mengenainya.

Secara umum rujukan kita ialah berbalik kepada Kitab yang lama dari Kitab kuning iaitu Al-Quran dan Sunnah Nabi saw. Itulah sebaik-baik perkataan dan sebenar-benar pandangan. Rujukan kepada mana-mana kitab dibolehkan selagi mana ia tidak bertentangan dengan Al-Quran dan Sunnah.

(2) Sebenarnya mengemaskan (trimming) misai ini merupakan salah satu daripada tuntuan fitrah atau dikenali dengan sunan al-fitrah. Riwayat dari A'iashah ra berkata :- Rasulullah saw bersabda :

ÚÔÑ ãä ÇáÝØÑÉ : ÞÕ ÇáÔÇÑÈ æÅÚÝÇÁ ÇááÍíÉ æÇáÓæÇß æÇÓÊäÔÇÞ ÇáãÇÁ æÞÕ ÇáÃÙÝÇÑ æÛÓá ÇáÈÑÇÌã æäÊÝ ÇáÅÈØ æÍáÞ ÇáÚÇäÉ æÇäÊÞÇÕ ÇáãÇÁ . ÞÇá ÒßÑíÇ : ÞÇá ãÕÚÈ : æäÓíÊ ÇáÚÇÔÑÉ ÅáÇ Ãä Êßæä ÇáãÖãÖÉ
"10 perkara adalah bahagian dari fitrah : mengemaskan misai, membela janggut, menggunakan siwaak, membasuh hidung dengan air, memotong kuku, membasuh sendi-sendi jari, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu kemaluan dan membersihkan dirinya dengan air setelah melakukan hajat". Zakaria berkata : Mus'ab berkata : Aku lupa yang ke 10 tetapi kemungkinan berkumur-kumur dengan air". - [Hadith riwayat Muslim #261].

Didalam hadith yang lain, Nabi saw bersabda :

ÇáúÝöØúÑóÉõ ÎóãúÓñ ÇáúÎöÊóÇäõ æóÇáÇÓúÊöÍúÏóÇÏõ æóÞóÕøõ ÇáÔøóÇÑöÈö æóÊóÞúáöíãõ ÇáÃóÙúÝóÇÑö æóäóÊúÝõ ÇáÂÈóÇØö
"Fitrah itu lima : bersunat, mencukur bulu kemaluan, mengemaskan misai, memotong kuku dan mencabut bulu ketiak" - [hadith riwayat al-Bukhaari #5441, Muslim #377].

Al-Shaukani didalam komentarnya terhadap hadith ini mengatakan bahawa : yang dikatakan fitrah ialah apabila 5 perkara diatas ini selesai dilakukan, ini adalah sejajar dengan kehidupan tabie dimana Allah menyeru agar manusia melakukannya, agar manusia itu menjadi lebih baik dan sempurna.... Ini merupakan sunnah yang sangat lama yang dibawa oleh semua Nabi-Nabi yang sesuai dengan hukum alam semulajadi. (Nailur Awtaar, Baab Sunan al-Fitrah).

Memendikkan misai atau mengemaskannya merupakan perbuatan semulajadi manusia sejak dulu lagi, sehingga Islam menjadikan ia sebagai satu sunnah. Nabi saw juga meletakkan tempoh 40 hari agar misai dll diperkemaskan. Dari Anas ra. berkata :-

æõÞøöÊó áóäóÇ Ýöí ÞóÕøö ÇáÔøóÇÑöÈö æóÊóÞúáöíãö ÇáÃóÙúÝóÇÑö æóäóÊúÝö ÇáÅöÈöØö æóÍóáúÞö ÇáúÚóÇäóÉö Ãóäú áóÇ äóÊúÑõßó ÃóßúËóÑó ãöäú ÃóÑúÈóÚöíäó áóíúáóÉð
"Beliau telah meletakkan waktu untuk kita mengemaskan misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu kemaluan, kami tidak akan membiarkannya lebih dari 40 hari" -[hadith riwayat Muslim didalam Al-Shahih #258]

Perbuatan mengemaskan misai dan membela janggut merupakana salah satu kaedah pengenalan untuk membezakan orang Islam dengan orang musyrikin. Dari Abdullah bin Umar ra berkata : Aku mendengar Rasulullah saw bersabda :

ÎÇáÝæÇ ÇáãÔÑßíä æÝøöÑæÇ ÇááÍì æÃÍÝæÇ ÇáÔæÇÑÈ
"Berbezalah dari orang musyrikeen - bela janggut dan mengemaskan misai" -[hadith riwayat al-Bukhaari #5892, Muslim #259].

Begitulah tuntuan Islam terhadap mengemaskan misai. Ini merupakan tuntutan fitrah tabie manusia dan juga menjadi sunnah Nabi saw. Jika tuntutan ini tidak ditunaikan, sudah tentu seseorang itu tidak mengikut fitrah, seumpamanya kuku yang panjang, misai yang panjang yang boleh menyebabkan ianya kotor; seperti masuk kedalam makanan sebelum mulut menjamahnya. Dikalangan ulama mengatakan hukum makruh membiarkan 5 perkara yang disebut diatas terbiar lebih dari 40 hari. Islam menggalakkan kita memelihara fitrah ini demi mewujudkan penghidupan yang normal dan semulajadi. Dengan memelihara sunan fitrah ini juga, kita mengamalkan sunnah Nabi saw. WA.

wassalam
===========

1. Prof. Dr.Abd al-Hakam Abd al-Latif As-Sa'idi. Tawaf Direction and the Movement of the Universe IN : http://www.islamonline.net/English/hajj/2002/01/tawaf/article03.shtml

2. Prof. Dr. Ahmad Fouad Pasha. Tawaf Is a Cosmic Law IN : http://www.islamonline.net/English/hajj/2002/01/tawaf/article04.shtml

3. Dr Mustafa Al-Bugho [dll]. Al-Fiqh Al-Manhaji 'ala Mazhab Al-Imam Al-Syafie - I. cetakan ke 4. Damsyik : Dar Al-Qalam, 2000. ms 396.

خيرالأمين