assalamualaikum...
apakah maksud kadar dan qadar itu mngikut penafsiran ulama dan hadith2 nabi saw?adakah qada&qadar yg baik itu dari allah semuanya?saya terjumpa banyak hadith yg mnguatkannya ttapi semuanya apbl dikaji maudu'.adkah ada hadith yg sahih mngenainya?
sekian minta pandangan daripada ust2 yg lebih arif .
wassalam
Sumber Rujukan Islam Anda..
SJ-01-0015 : qadar dan qadar..
Primary tabs
Sat, 05/06/2004 - 1:51pm
#1
SJ-01-0015 : qadar dan qadar..
wa'alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr alhakim dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.
Beriman kepada Qadhaa' dan Qadar menjadi rukun Imam kepada individu mukmin. Akan tetapi seringkali persoalan ini tersilap mengerti akan maksud yang sebenarnya, sehingga ada yang menyebut, buat apa kita usaha lagi, sebab semuanya sudah ditentukan. maka timbullah mereka-mereka yang tidak secara langsung menghidupkan kembali akan pemikiran Jabbariyah dengan anggapan manusia tidak mempunyai kemampuan, kekuasaan dan ikhtiar. Allah Taala menciptakan perbuatan-perbuatan sebagaimana diciptakannya pada benda-benda mati (jamad). Disana ada juga mereka yang begitu yakin akan segala-galanya boleh diusahakan 100%, semuanya didalam genggaman manusia. Perkataan ini selalu timbul dari kalangan mereka yang berjaya, lantas ini seolah-olah menjadi mereka pendokong kepada ideologi Qadariah yang berpendapat manusia bebas melakukan kehendaknya dan Allah tidak mempunyai pengetahuan (ilmu) mengenainya dan ia terlepas dari takdir (qadar).
Ibn Umar ra. telah memperingatkan kita mengenai kewajipan beriman dengan Qadha' dan Qadar. Didalam Sahih Muslim, telah diriwayatkan bahawa Ibn Umar ra telah mendengar beberapa orang yang menafikan al-qadar. Beliau berkata :-
Definisi Al-Qadhaa' dan Al-Qadar
Al-Qadhaa' (ÇáÞÖÇÁ) boleh membawa erti penyudahan (completion - (ÅöÊúãÇã), implementasi, pencapaian (ÅöäúÌÇÒ), mencapai kehendak (fulfillment - (ÊóáúÈöíóÉ) - Ia juga boleh membawa maksud respon (ÅÌóÇÈóÉ) dan juga hukuman/judgment (Íõßúã) atau keputusannya hukum/verdict( ÞóÑóÇÑ).
Al-Qadar (ÞóÏóÑ) membawa erti nasib/fate ( äóÕöíÈ), takdir dsb.
Boleh disimpulkan definasinya sebagai :-
Al-Qadhaa' dan Al-Qadar menurut syara' bermaksud :-
Secara ringkasnya, Qadar ialah Takdir yang ditetapkan dan Qadhaa' adalah perlaksanaannya.
---------------
Empat skop beriman kepada Qadhaa' dan Qadar
Beriman dengan Qadhaa' dan Qadar meliputi 4 perkara :-
1. Beriman bahawa Allah swt mengetahui segalanya, samada secara umum atau secara terperinci, samada ada perbuatannya atau perbuatan hambanya. Firman Allah swt :-
2. Beriman bahawa Allah swt telah menulisnya didalam al-Lawh Al-Mahfuz (ÇááæÍ ÇáãÍÝæÙ). Firman Allah swt :-
Dari Abdullah ibn 'Amr ibn Al-'Aas berkata : Aku mendengar Rasulullah saw bersabda :
3. Beriman bahawa apa sahaja yang berlaku adalah diatas kehendak Allah swt - samada perbuatannya atau perbuatan makhluknya. Firman Allah swt :-
4. Beriman bahawa semua perkara yang berlaku dicipta oleh Allah swt didalam zat, sifat dan pergerakannya. Firman Allah swt :-
----------------
Apakah berbeza diantara al-Qadhaa' dan Al-Qadar?
Menurut Syiekh Muhammad Al-Hamd :-
Syeikh Ibn Utsaimin mengatakan bahawa jika kedua istilah (qadhaa' dan qadar) digandingkan bersama, ia boleh memberi dua pengertian. Jika Allah menetapkan terjadinya sesuatu pada waktu yang ditentukan, maka itulah yang dinamakan Qadar. Dan ketika telah datang waktunya terjadinya sesuatu yang telah ditetapkan sebelumnya itu, maka itulah yang dinamakan Qadhaa'. Jika istilah ini digunakan secara berasingan, maka ia membawa satu makna.
-----
Apakah Al-Qadar baik itu dari Allah?
Jika kita merujuk kembali kepada point 1 dari 4 perkara yang kita wajib beriman mengenai al-Qadhaa' dan Al-Qadar, maka sudah tentu, tidak ada sesuatu perkara pun yang tidak terlepas dari pengetahuan Allah swt, baik secara umum atau secara terperinci. Persoalannya ialah, Apakah al-Qadar itu meliputi perkara yang buruk? Syiekh Ibn Utsaimin mengatakan bahawa "qadar Allah tidak ada sesuatu yang buruk, akan tetapi keburukan itu terdapat pada yang ditakdirkan.". Allah swt melakukan sesuatu dengan mempunyai tujuan kebaikkan didalamnya, cuma sebagai hamba Allah swt tidak semua hikmah sesuatu takdir dapat kita ketahui rahsianya. Begitu juga jika dilihat dari qadar Allah yang umum, diturunkan dengan sebab-sebab kebaikan yang umum; contoh di turunkan Nabi Muhammad saw untuk kesejahteraan sekalian alam, firmannya :-
Berkata Ibn Qayyim berkenaan dengan al-qadar :-
-----------------
Apakah usaha dan pilihan manusia masih didalam lingkungan al-Qadar?
Beriman dengan al-Qadhaa' dan Al-Qadar tidak berlawanan dengan keupayaan manusia boleh memilih dan berusaha. Syeikh Ibn Utsaimin mengatakan :-
æáÃä Çáßæä ßáå ãáß ááå ÊÚÇáì ÝáÇ íßæä Ýí ãáßå ÔíÁ ÈÏæä Úáãå æãÔíÆÊå .
"Iaitu bagi sesiapa dari kamu yang mahu tetap teguh di atas jalan (Islam) yang betul. Dan kamu tidak dapat menentukan kemahuan kamu (mengenai sesuatupun), kecuali dengan cara yang diatur oleh Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam."- [al-Takweer 81:28-29]
Keseluruhan alam ini adalah milik Allah, dan tidak ada sesuatu pun boleh berlaku didalam pemilikannya tanpa pengetahuan dan kehendaknya" - tamat petikan
Syiekh Dr Yusuf Al-Qaradhawi didalam membicarakan masalah ini mengatakan :-
Contohnya: orang yang sakit berusaha mencari ubat, ini juga dinamakan qadar. Syiekh Dr Yusuf Al-Qaradhawi menyatakan : Ketika Rasulullah saw ditanya mengenai ubat dan sebab-sebab atau usaha yang mungkin dapat melindungi seseorang dari sesuatu yang tidak diingini dapat menolak takdir Allah swt, baginda menjawab dengan jelas "Ini termasuk qadar (takdir Allah juga" (åí ãä ÞÏÑ Çááå)- Hadith riwayat Ibn Majah dan Tirmudzi.
Ketika berlakunya wabak di Syam, Umar ra bermesyuarat dengan para sahabat dan beliau telah mengambil keputusan untuk tidak masuk ke Syam dan pulang kepada kaum muslimin. Mendengar keputusan tersebut, seorang sahabat bertanya :
-----------------
Kesimpulannya, al-Qadar Allah semuanya baik, sesuai dengan sifat kesempurnaan, Allah swt tidak akan melakukan sesuatu itu dengan sia-sia sahaja. Persoalan Qadhaa' dan Qadar ini merupakan salah satu Rahsia Allah swt yang tidak mungkin dapat diketahui oleh umatnya secara terperinci. Kita memahami konsep Al-Qadar melalui Al-Quran dan juga hadith Nabi saw yang sahih oleh kerana sedikit sangat yang kita tahu mengenai al-qadarnya. Memadailah 4 perkara yang dipaparkan diatas merangkumi skop-skop yang perlu kita Imani didalam Qadhaa' dan Qadar. WA.
wassalam
===========
Rujukan :
1. Ust Zainudin Yusro. Al-Firaq: Aliran-aliran dalam Islam url : http://www.al-ahkam.com.my/forum2/viewforum.php?f=31
2. Sheikh Ibn Utsaimin. Risaalat Sharh Usool al-Imaan. Muaasasah Ibn Utsaimin, 2000.
3. Shiekh Dr Yusuf Al-Qaradhawi. Fataawa Mua'syirah - 1. cetakan ke 9. Kuwait : Dar Al-Qalam, 2001. url : http://www.qaradawi.net/site/topics/article.asp?cu_no=2&item_no=253&version=1&template_id=8&parent_id=1
4. Shiekh Dr Yusuf Al-Qaradhawi. Al-Iman bi Al-Qadar. kaherah : Maktabah Wahbah, 2001.
خيرالأمين
Assalamu'alaikum.
Tambahan : Saya tertarik dengan syair yang di petik oleh Syiekh Dr Yusuf Al-Qaradhawi didalam buku Fataawa Mua'syirah - 1, mengenai Qadaa dan Qadar yang boleh kita berkongsi bersama :
ÅäãÜÜÇ ÇáÛíÈ ßÊÇÈ ÕÇäå Úä Úíæä ÇáÎáÞ ÑÈ ÇáÚÇáãíä
áíÓ íÈÏæ ãäå ááäÇÓ Óæì ÕÝÍÉ ÇáÍÇÖÑ ÍíäÇ ÈÚÏ Ííä
"Sesungguhnya perkara Ghaib itu adalah Kitab, Dijaga dari pandangan makhluk oleh Tuhan pencipta Alam semesta
Tidak ada seorangpun yang mengetahuinya, kecuali setelah lembarannya dibuka, selepas kejadian dari masa ke semasa."
wassalam
خيرالأمين