Assalammualaikum..
Saya ada sikit persoalan utk akhi2 di al-ahkam...istilah 'kekasih Allah' tu hanya digunakan utk para Nabi dan Rasul aje ke?Boleh tak kita rujuk diri kita sbg kekasih Allah?Contohnya macam dalam doa.Saya sedikit musykil sbb saya ada terbaca komen yang menyatakan hanya para Nabi dan Rasul yang boleh digelar sbg kekasih Allah...sekian Wassalam...
Sumber Rujukan Islam Anda..
SJ-01-0042 : Kekasih Allah...
Primary tabs
Wed, 13/04/2005 - 7:04am
#1
SJ-01-0042 : Kekasih Allah...
wa'alaikumussalam
Alhamduillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr irzan dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.
Seorang hamba juga oleh digelar kekasih Allah swt jika Allah swt mencintainya. Hamba Allah swt boleh mengharapkan agar Allah mencintainya dengan melaksanakan syarat2 yang dikehendaki oleh Allah swt, cuma Allah swt sahaja yang boleh mengesahkan cinta tersebut. Firman Allah swt :
Mengikuti sunnah2 Nabi :saw merupakan jalan pembukaan Allah swt mencintai seseorang. Seseorang juga digalakkan melakukan ibadat2 sunat. Ibadat2 sunat ini membawa kepada kecintaan kepada Allah swt sebagai sebuah riwayat didalam Hadith Qudsi, Allah berfirman :-
Untuk seseorang itu dikurniakan kecintaan Allah swt, dia juga hendaklah mencintai sesama Islam, menghulurkan bantuan kepada mereka dsb. Sabda Nabi :saw, bahawa Allah berfirman :-
Kesimpulannya, seseorang itu boleh menjadi kekasih Allah swt dengan mentaati suruhannya dan sunnah2 Nabi :saw, melakukan banyak amalan2 sunat, mencintai sesama orang Islam dsb. Insyaallah, dengan izinnya, seseorang itu boleh menjadi kekasih Allah swt.
------------------
Mengenai Nabi Muhammad :saw sebagai kekasih Allah swt; terdapat ulama' mengatakan bahawa pada hakikatnya, ia lebih daripada cinta. Ulama' menganggap bahawa gelaran "Rakan Karib Allah" lebih utama dari "Kekasih Allah". Ini telah dibincangkan oleh beberapa ulama', contohnya Majmu' Fataawa Ibn Taimiyah (10/204) dan Rawdat al-Muhibbiin karangan Ibn Qayyim (1/49). Ibn Qayyim mengatakan bahawa "Cinta" itu umum akan tetapi "Rakan Karib" itu lebih khusus. Menurut bekas Mufti Arab Saudi, Syiekh Ibn Utsaimin rh :-
Kata Syeikh Utsaimin rh lagi :
----------------
Kesimpulannya, orang Islam yang mukmin boleh berharap (berdo'a) menjadi kekasih Allah dengan melaksana perkara2 yang menyebabkan Allah cinta kepadanya. Akan tetapi gelaran Khalillullah hanya dikhususkan kepada Nabi Ibrahim as dan Nabi Muhammad :saw. :aklam
wassalam
خيرالأمين