assalamualaikum...
saya nak bertanya pasal sumpah dalam islam:
- cara bersumpah
- lafaz yang perlu disebut
- perlukah saksi? kalau perlu camna? berapa org...
- perlukan ada dokumen perakuan sumpah?
- kesan akibat sumpah palsu? bleh sampai murtad x...?
- ada apa-apa lagi x yang perlu saya tahu...
sebenarnya, ada sorang staf sy ni bermasalah skt, x nak mengaku salah dia... nak tuduh pun takut jd lagi x elok. jadi, sy nak dia bersumpah, atas seorang islam... bahawa dia x buat suma yang x betul tu. dia org saya yakin x tinggal solat, dan saya yakin dia x akan bersumpah palsu...
harap mendapat penjelasan dari panelis ahkam yang budiman...
wassalam
:wassalam
Staf anda itu hendaklah dibawa bersumpah dihadapan hakim dan bukannya di hadapan anda.
ini adalah salah satu prosedur pendakwaan dalam Islam jika pendakwaraya gagal mengemukakan bukti yg kukuh. Ia pulak dalam kes2 yg melibatkan kes2 barangan dan harta sahaja bukan kes hudud dan hukuman. ia tidak dipraktikkan dalam hukum Civil.
Maka kes anda ini memerlukan penyiasatan, audit, dan bukti kukuh, jika di bawa ke hadapan Hakim dan bersumpah, maka implikasi sumpah ini adalah berat.
maka kami syorkan jika tidak ada bukti kukuh, maka kes itu hendaklah digugurkan sahaja. [Fiqh sunnah, Jld 3, edisi alFath, cairo]
:aklam