assalamu'alay-kum...
alhamdulilLah... setelah sekian lama berkecimpung ngan dunia al-ahkam... ana dpt menilai..konsep BID'AH yg sbnrnya... dan ana bersetuju ngan apa yg cuba diutarakan oleh kebanyakan maintaner al-ahkam yg budiman sekalian bhw BID'AH iitu tiada yg baik nya...
mslhnya...
ana kekadang menghadapi kesukaran apabila berbicara dgn org awam yg lain... yg kebanyakannya.... suka ARGUE psl bid'ah ni...dgn berpegang teguh dgn ajaran turun temurun yg kebanyakannya adlah termasuk dlm kategori bid'ah. ...
pernah ana katakan... (cthnya)
tiada faedahnya membaca yassin sewaktu mula² masuk dlm rumah baru... krn tidak ada anjuran langsung dr RasuluLlah mahupun AQ utk berbuat demikian... walhal... apa yg ditegaskan ialah utk MEMBACA keseluruhan AQ itu sndiri... lgpon... apa simboliknya membaca AQ pd permulaan mendiami sesuatu tempat? semua ni adalah bid'ah..dan seharusnya...kta menghindari dan mengikis drpd masy kita amalan² yg langsung tidak warid dr RasuluLlah...
tp...dijawab pula...
isy... kita bukan nak membuat bid'ah... tp.. SEKADAR NAK BUAT BAIK ... apa salahnya ... kan kita disuruh berbuat baik... so...kita baca la yassin... bukan percaya AJARAN ini dr RasuluLlah ke.. ape ke...
dialog ini berterusna hingga ana x leh jwb.... yg mana ana jelas... bhw ana masih lg jahil dan kekurangan ilmu utk meneruskan perbicaraan seumpama itu...
Maka dgn ini... ana memohon panduan drpd ustz skalian ...bgmana nak menghadapi pemikiran org seumpama itu ??
atau... ana sepatutnya perlu bersetuju dgn mereka?
WA
:salam
Dalam hal begini, yg paling penting adalah kita sendiri hendaklah berilmu dlm apa yg kita ingin katakan. tanpa ilmu yg cukup, meskipun kita berada pd jalan yg benar boleh menjadikan sesuatu itu lebih besar mudharatnya.
Ilmu yg perlu kita ada tidak hanya pada skop yg ingin dibincangkan(dlm konteks soalan; bid'ah), tetapi juga fiqh dakwah, usul fiqh dlln lagi.
Kita juga perlu memahami kpd sesiapa kita hendak membincangkan isu tersebut. Apakah tahap kefahaman org tersebut. Krn dgn memahaminya, kita dapat menyusun strategi sesuai dgn tahap pemahaman org tesebut.
Apapun, saya nasihatkan supaya kita tidak gopoh dalam membendung isu2 bid'ah ini. Kita bimbang niat kita yg murni itu akhirnya mengakibatkan kemudharatan yg lebih besar. WA.
:wassalam
Ditulis/Disusun oleh
g@y@t
http://Al-Ahkam.net
http://www.eashoppingcentre.com
http://membelahlautan.
wa'alaikumussalam
Alhamdulillah. Terima kasih Ustaz g@y@t diatas repon diatas.
Dakwah kepada pro-bid'ah? Ini merupakan satu perbicaraan yang sangat tua/lama didalam perjalanan sejarah dakwah Islamiyyah. Memang sukar untuk mengatasi golongan ini. Seperti mana yang dicadang uoleh Ust G@y@t, ada beberapa persediaan yang perlu dilakukan, sebagai contoh :-
- Mestilah berILMU : ilmu mesti mantap didalam membincangankan mengenai isu2 dan hal2 yang menyentuh perkara2 bid'ah. Harus tahu perkara yang ingin dibincangkan itu khilafiyah atau bid'ah. Kemungkinan perbezaan hanya diperingkat istilah... akan tetapi dari segi maksud tidak berbeza langsung. Baca banyak2 buku berkenaan dengan bid'ah dari pelbagai ulama'.
- Hendaklah memahami audience kita. Mungkin mereka ini kurang sikit bila berbicara bab2 nas. Pada mereka, semua kata2 dan kitab2 dari Ustaz itu baik! Kemungkinan juga mereka ini dari pihak golongan Sufi. Approach kita agak berbeza apabila berhadapan dengan golongan2 seperti ini. Kita tidak boleh menolak semua ajaran tasauf... terdapat juga nilai2 murni yang benar dan baik didalam mendidik akhlak dan hati seseorang mukmin. Kita perkenalkan method Tasauf Ibn Taimiyah dan Ibn Qayyim sebagai kitab alternatif. Pointnya : pelajari latarbelakang audience kita.
- Mantapkan kaedah2 berdakwah. Bijaksana dan berhikmah ketika berdakwah, sabar, bertutur dengan baik. Be a good listener! jangan mudah melenting. Pelbagaikan method, sebagai contoh : hadiahkan pamplet, atau buku eg: 'Bid’ah Hasanah: Istilah Yang Disalah Fahami' oleh Dr Asri Zainul Abidin, kaset ceramah, ajak ke kuliyah2 bermanhaj ASWJ dsb. Ada kalanya kita tidak perlu berceramah atau bercakap secara panjang lebar didalam bab ini, gunakan kemudahan yang ada. Kemungkinan juga orang yang kita hadapi itu merupakan seorang yang mempunyai pendidikan agama diperingkat tinggi... tidak mungkin untuk beliau dapat mendengar nasihat kita dengan mudah...
Kesimpulannya; dakwah tetap dakwah, haruslah dengan cara yang berhikmah. Jangan keras...nanti dia kata puak2 Salafi atau Wahabi ini tak habis2 membid'ahkan amalan orang lain. Banyak bersabar, perbanyakkan ilmu, belajar ilmu dakwah, belajar tip2 dari para pendakwah dan perbanyakkan do'a kepada Allah swt. :aklam
wassalam
خيرالأمين