SJ-01-0059 : Tawassul dgn org mati.

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-01-0059 : Tawassul dgn org mati.

Assalamualaikum,

Saya minta maaf jika soalan saya ini tidak sesuai dalam bahagian Feqh ini. Saya ingin tahu hukum tawassul dengan org soleh yg telah meninggal dunia. Apakah hukumnya dan boleh tak ahli-ahli panel memberi dalil-dalil yang menyokong pendapat itu. Terima Kasih.

Wassalam

SJ-01-0059 : Tawassul dgn org mati.

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan client_x dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Tawassul didalam bahasa arab bermaksud memohon agar menjadi hampir. Bertawassul kepada Allah bermaksud ingin mendekatkan diri dengan Allah. Allah swt berfirman :

íóÈúÊóÛõæäó Åöáóì ÑóÈøöåöãõ ÇáúæóÓöíáóÉó
dir="ltr">"masing-masing mencari jalan mendampingkan diri kepada Tuhannya (dengan berbuat ibadat), " - [al-Isra’ 17:57]

Diantara tawassul yang dibenarkan :-

a. Bertawassul kepada Allah dengan mentauhidkannya. Ini seperti tawassul Nabi Yunus as. Firman Allah swt :-

æóÐóÇ Çáäøõæäö ÅöÐú ÐóåóÈó ãõÛóÇÖöÈÇð ÝóÙóäøó Ãóäú áóäú äóÞúÏöÑó Úóáóíúåö ÝóäóÇÏóì Ýöí ÇáÙøõáõãóÇÊö Ãóäú áÇ Åöáóåó ÅöáÇøó ÃóäúÊó ÓõÈúÍóÇäóßó Åöäøöí ßõäúÊõ ãöäó ÇáÙøóÇáöãöíäó
dir="ltr">"Dan (sebutkanlah peristiwa) Zunnun, ketika dia pergi (meninggalkan kaumnya) dalam keadaan marah, yang menyebabkan dia menyangka bahawa Kami tidak akan mengenakannya kesusahan atau cubaan; (setelah berlaku kepadanya apa yang berlaku) maka dia pun menyeru dalam keadaan yang gelap-gelita dengan berkata: Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri. " - [Surah al-Anbiya' : 87]

b. Bertawassul dengan cara beriman kepada Allah swt. Firman Allah swt :-

ÑóÈøóäóÇ ÂãóäøóÇ ÈöãóÇ ÃóäúÒóáúÊó æóÇÊøóÈóÚúäóÇ ÇáÑøóÓõæáó ÝóÇßúÊõÈúäóÇ ãóÚó ÇáÔøóÇåöÏöíäó
dir="ltr">"Wahai Tuhan kami! Kami telah beriman kepada apa yang telah Engkau turunkan, dan kami mengikut RasulMu; oleh itu suratkanlah kami berserta orang-orang yang menjadi saksi (yang mengakui keesaanMu dan kebenaran RasulMu). " - [Aal-Imran : 53]

ÑóÈøóäóÇ ÅöäøóäóÇ ÓóãöÚúäóÇ ãõäóÇÏöíÇð íõäóÇÏöí áöáúÅöíãóÇäö Ãóäú ÂãöäõæÇ ÈöÑóÈøößõãú ÝóÂãóäøóÇ ÑóÈøóäóÇ ÝóÇÛúÝöÑú áóäóÇ ÐõäõæÈóäóÇ æóßóÝøöÑú ÚóäøóÇ ÓóíøöÆóÇÊöäóÇ æóÊóæóÝøóäóÇ ãóÚó ÇáÃóÈúÑóÇÑö
dir="ltr">"Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah mendengar seorang Penyeru (Rasul) yang menyeru kepada iman, katanya: Berimanlah kamu kepada Tuhan kamu, maka kami pun beriman. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami dan matikanlah kami bersama orang-orang yang berbakti (yang banyak berbuat kebajikan)". - [Aal-Imran : 193]

c. Bertawassul dengan Nama-nama dan Sifat Allah swt. Firman Allah swt :-

æóáöáøóåö ÇáÃóÓúãóÇÁõ ÇáúÍõÓúäóì ÝóÇÏúÚõæåõ ÈöåóÇ æóÐóÑõæÇ ÇáøóÐöíäó íõáúÍöÏõæäó Ýöí ÃóÓúãóÇÆöåö ÓóíõÌúÒóæúäó ãóÇ ßóÇäõæÇ íóÚúãóáõæäó
dir="ltr">"Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepadaNya dengan menyebut nama-nama itu dan pulaukanlah orang-orang yang berpaling dari kebenaran dalam masa menggunakan nama-namaNya. Mereka akan mendapat balasan mengenai apa yang mereka telah kerjakan." - [al-'Araf : 180]

Þõáö ÇÏúÚõæÇ Çááøóåó Ãóæö ÇÏúÚõæÇ ÇáÑøóÍúãóäó ÃóíøÇð ãóÇ ÊóÏúÚõæÇ Ýóáóåõ ÇáÃóÓúãóÇÁõ ÇáúÍõÓúäóì
dir="ltr">"Katakanlah (wahai Muhammad): Serulah nama "Allah" atau nama "Ar-Rahman", yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia ..." - [surah al-Israa']

d. Bertawassul kepada Allah swt dengan do'a lelaki yang soleh (orang yang masih hidup).

e. Bertawassul kepada Allah dengan cara melakukan amalan2 soleh.

Tawassul kepada Allah dengan menggunakan keistimewaan Nabi :saw (setelah baginda wafat)di perselisihkan oleh ulama' kebenarannya. Bagi kebanyakkan fuqaha' dari mazhab Maliki, Syafie dan Hanbali mengatakan boleh melakukan demikian.

Menurut Dr Ahmad Al-Kurdi (anggota Mauso'ah Fiqh Kuwait dan anggota Majlis Fatwa Kuwait) mengatakan bahawa yang tidak dibenarkan adalah terus memohon kepada Nabi :saw. [http://www.islamic-fatwa.com/index.php?module=fatwa&id=1688]

Menurut Dr Abdullah al-Faqih bahawa ulama'-ulama' yang menentangnya mengatakan bahawa hadith2 yang menjadi sandaran tersebut berkisar dari kategori Dha'if (lemah) dan Maudhu' (palsu), maka pegangan ini tidak sahih. [http://www.islamweb.net/ver2/Fatwa/ShowFatwa.php?lang=A&Id=11669&Option=FatwaId]

Bertawassul selain dari yang atas ini, misalnya kepada wali-wali dan sebagainya adalah tidak dibenarkan. Perbuatan ini boleh menjadikan seseorang itu syirik. Orang lain lebih2 lagi yang sudah mati, tidak memberi kesan kepada amalan seseorang itu, kerana firman Allah swt :-

æóÃóäú áóíúÓó áöáúÅöäúÓóÇäö ÅöáøóÇ ãóÇ ÓóÚóì
dir="ltr">"Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya;"

Pendapat yang paling selamat adalah bertawassul dengan Nama Allah dan Sifat2nya. Tawassul itu adalah didalam bab berdo'a. Do'a ialah ibadat, dan ibadat tidak boleh dilakukan melainkan didatang nas yang membolehkan. Secara logik akal pun, mana boleh orang yang sudah meninggal membantu mereka yang hidup! Pohon terus sahaja kepada Allah swt. WA.

sekian, wassalam

خيرالأمين