SJ-01-0070 :Semua akan dihisab, siapakah "semua" y

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-01-0070 :Semua akan dihisab, siapakah "semua" y

:salam

Ada ayat yang mengatakan semua akan dihimpunkan untuk dihisab, semua di sini adakah maksudnya bukan jin dan manusia sahaja akan dihisab? Dalam Surah Al An'aam, ayat 38 , maksudnya:

[38] Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan).

Bagaimana aqidah kita mengikut ahlussunah waljamaah terhadap perkara ini?

Terima kasih terlebih dahulu atas jawapan para ilmuan sekalian.

SJ-01-0070 :Semua akan dihisab, siapakah "semua" y

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan el-hijrah dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Ibn Kathr rh. didalam tafsirnya menjelaskan bahawa ayat ini merujuk kepada skop definasi Ummah. Beliau memetik komentar Mujahid kepada ayat ini - "Membawa maksud spesis yang mempunyai nama-nama tertentu" dan Qatadah mengatakan :"Burung adalah Ummah, Manusia adalah Ummah dan Jin ada Ummah", sebagaimana juga yang diperkatakan oleh As-Suddi, Maksud ayat "melainkan mereka umat-umat seperti kamu" adalah merujuk kepada - ciptaan Allah dan semisalya.

Seterusnya Ibnu Kathir rh menyebut bahawa Abdul Razak mencatitikan kenyataan Abu Hurairah ra. berkenaan dengan ayat ini :-,

íõÍúÔóÑ ÇáúÎóáúÞ ßõáøåãú íóæúã ÇáúÞöíóÇãóÉ ÇáúÈóåóÇÆöã æóÇáÏøóæóÇÈø æóÇáØøóíúÑ æóßõáø ÔóíúÁ ÝóíóÈúáõÛ ãöäú ÚóÏúá Çááøóå íóæúãÆöÐò Ãóäú íóÃúÎõÐ áöáúÌóãøóÇÁö ãöäú ÇáúÞóÑúäóÇÁ Ëõãøó íóÞõæá : ßõæäöí ÊõÑóÇÈðÇ ÝóáöÐóáößó íóÞõæá ÇáúßóÇÝöÑ " íóÇ áóíúÊóäöí ßõäúÊ ÊõÑóÇÈðÇ " æóÞóÏú Ñõæöíó åóÐóÇ ãóÑúÝõæÚðÇ Ýöí ÍóÏöíË ÇáÕøõæÑ
dir="ltr">"Semua makhluk akan dikumpulkan di hari Kiamat termasuklah binatang, burung dan yang lain2. Keadilan Allah yang amat sempurna dimana kambing yang tidak bertanduk akan menerima pampasan / ganjaran dari kambing yang bertanduk. Allah akan mengarahkan mereka : 'Jadilah debu!'. Maka berkatalah orang kafir : 'Alangkah baiknya kalau aku menjadi tanah (supaya aku tidak dibangkitkan untuk dihitung amalku dan menerima balasan) '(Surah al-Naba' : 40]. Ini telah diriwayatkan didalam Hadith Nabi (secara Marfu') didalam hadith tiupan sangka-kala" [Ahmad Syakir. Umdah al-Tafsir 'an al-Hafiz Ibn Kathir, 1/772, Dar al-Wafaa', 2003].

Jelas menurut pentafsiran ayat ini bahawa semua makluk, termasuklah yang berada di bumi dan dilaut akan dibangkitkan di hari kiamat kelak, dan diadili oleh Allah swt, WA.

Sekian, wassalam

خيرالأمين