benarkah kia semua di hari akhirat nanti di padang magsyar akan ditanyakan tentang siapakah imam yang kita ikuti, adakah imam itu bermaksud imam2 mazhab yang 4 ???
minta pencerahan
SJ-01-0099 : ditanyakan imam di padang mahsyar(URGENT)
wa'alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.
Perkataan IMAM yang digambar didalam Alam Barzah membawa maksud PEMIMPIN. Didalam sebuah hadith yang dikelaskan sebagai dhaef riwayat Thabarani (Mu'jam) ada menyebut mengenai imam :
dir="ltr">"Sesunguhnya kamu telah meredhakan Allah sebagai Tuhan, meredhakan Islam sebagai Agama, meredhakan Muhammad :saw sebagai Nabi, dan al-Quran sebagai Imam (ikutan seseorang)"
Soalan-soalan yang pada hari akhirat kelak akan meliputi sekecil-kecil perbuatan sehinggalah sebesar-besarnya. Tidak mungkin ia akan memasukkan istilah-istilah yang khusus atau khas pada satu zaman sahaja. Misalnya persoalan Imam Mazhab yang empat, jika orang yang disoal itu hidup pada zaman sebelum Imam 4 Mazhab ini, apakah soalan ini masih relevan baginya??? Maka tidak mungkin perkataan IMAM itu merujuk kepada Imam Mazhab 4 sahaja. Secara logikpun, disamping 4 mazhab yang terkenal, banyak lagi mazhab-mazhab lain samada telah pupus atau tidak dikenali wujud dan dikuti oleh orang-orang Islam.
Ada juga istilah Imam ini dijuruskan membenarkan konsep KeImaman Syiah. Contoh didalam riwayat dibawah ini merupakan soalan dan jawab si-mayat di alam barzah menurut syiah :-
dir="ltr">"Ya Fulan bin Fulan, Allah Tuhan kamu, Muhammad Nabi kamu, Islam Agama Kamu, Ali sebagai wali/syeikh dan IMAM kamu, dan menamakan satu persatu IMAM-IMAM mereka sehingga akhir"
Bagi yang ta'asub Mazhab, Imam hanya berkisar kepada Imam empat Mazhab sahaja, dan bagi yang bermazhab Syiah, Imam pada mereka adalah Ali dan Imam-Imam 12 mereka itu.
Apa yang jelas bahawa perkara yang mula-mula sekali ditanya pada hari akhirat esok adalah Solat seseorang, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra. bahawa Nabi :saw bersabda :-
dir="ltr">"Perkara yang paling awal ditanya mengenai amalan seseorang di hari Kiamat adalah SOLAT. Allah berkata kepada Malaikat, walaupun dia Maha Mengetahui : Lihat kepada Solat hambaku, adakah mencukupi atau kurang? Dia akan berkata : Lihat samada hambuku melakukab solat-solat sunat? Jika dia pernah nelakukan Solat Sunat, maka dia akan berkata : Cukupkanlah Solat Fardu kamu dari Solat-solat sunatnya. Kemudian barulah amalan-amalan yang lain dihisab dengan cara yang sama" [Hadith Riwayat Abu Daud #864].:
Solat yang diterima ini sudah tentu dilihat ambilan yang akan dibandingkan sebagaimana yang di ajar oleh Rasulullah :saw. Maka disitulah kaitannya sumber ilmu solat yang kita amalkan. Tidak kiralah Mazhab mana kita belajar dsb, yang nyata dan jelas, kesemuanya hendaklah selari dengan petunjuk Nabi :saw.
Ukuran Imam atau ikutan disini, lebih berkisar kepada pengunaan istilah umum daripada 'label centric' (eg: Imam-Imam Mazhab, Imam-Imam Syiah dsb) , sebagaimana didalam sebuah hadith sahih, dari al-Baraa' ibn 'Aazib ra :- :-
wa'alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.
Perkataan IMAM yang digambar didalam Alam Barzah membawa maksud PEMIMPIN. Didalam sebuah hadith yang dikelaskan sebagai dhaef riwayat Thabarani (Mu'jam) ada menyebut mengenai imam :
Soalan-soalan yang pada hari akhirat kelak akan meliputi sekecil-kecil perbuatan sehinggalah sebesar-besarnya. Tidak mungkin ia akan memasukkan istilah-istilah yang khusus atau khas pada satu zaman sahaja. Misalnya persoalan Imam Mazhab yang empat, jika orang yang disoal itu hidup pada zaman sebelum Imam 4 Mazhab ini, apakah soalan ini masih relevan baginya??? Maka tidak mungkin perkataan IMAM itu merujuk kepada Imam Mazhab 4 sahaja. Secara logikpun, disamping 4 mazhab yang terkenal, banyak lagi mazhab-mazhab lain samada telah pupus atau tidak dikenali wujud dan dikuti oleh orang-orang Islam.
Ada juga istilah Imam ini dijuruskan membenarkan konsep KeImaman Syiah. Contoh didalam riwayat dibawah ini merupakan soalan dan jawab si-mayat di alam barzah menurut syiah :-
Bagi yang ta'asub Mazhab, Imam hanya berkisar kepada Imam empat Mazhab sahaja, dan bagi yang bermazhab Syiah, Imam pada mereka adalah Ali dan Imam-Imam 12 mereka itu.
Apa yang jelas bahawa perkara yang mula-mula sekali ditanya pada hari akhirat esok adalah Solat seseorang, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra. bahawa Nabi :saw bersabda :-
Solat yang diterima ini sudah tentu dilihat ambilan yang akan dibandingkan sebagaimana yang di ajar oleh Rasulullah :saw. Maka disitulah kaitannya sumber ilmu solat yang kita amalkan. Tidak kiralah Mazhab mana kita belajar dsb, yang nyata dan jelas, kesemuanya hendaklah selari dengan petunjuk Nabi :saw.
Ukuran Imam atau ikutan disini, lebih berkisar kepada pengunaan istilah umum daripada 'label centric' (eg: Imam-Imam Mazhab, Imam-Imam Syiah dsb) , sebagaimana didalam sebuah hadith sahih, dari al-Baraa' ibn 'Aazib ra :- :-
Sekian, wassalam
خيرالأمين