Salam..
Yg pertama sye nk tnye pihak AAN ttg seorng ulama' antarabangsa yg nama ya SHAYKH UL ISLAM DR MUHAMMAD TAHIR UL QADRI..die d'beri gelaran syaikh ul-islam oleh bberapa individu..soalannya
1)saya dpti ad bnde pelik ttg ulama ini..t'utama bab bidah..die m'nyatakan jika ad golongan yg sering m'gatakn ini bidah itu bidah..ttpi dizaman rasullah dan para sahabat xde pun ilmu rijal hadis,xde ilmu fiqh,xde ilmu tafsir, ttpi knape mst ssuatu golongan ingin m'bidahkn tariqat dan tasawuf??
saya mohon p'jelasan pihak AAN ttg pkara ini.
WA
Salam...
Dalam masalah ini , kami merasakan bahawa terdapat kesilapan pihak-pihak tertentu dalam memahami apakah maksud bid’ah dalam erti kata yang sebenar.
Ringkasnya , ilmu rijal , ilmu fiqh , ilmu tafsir adalah suatu ilmu yang menjadi alat untuk kita memahami segala khazanah Islamiah yang ditinggalkan oleh Rasulullah saw.Manakala tariqat dan tasawwuf adalah dua perkara yang seringkali dijadikan sandaran dalam AMAL IBADAH yang tidak ada contohnya dizaman Rasulullah saw.
Kebanyakan zikir-zikir dan ibadah yang terdapat dalam sesuatu tariqat adalah direka-reka oleh Syaikh-syaikh mereka dalam mencapai maqam atau martabat tertentu.Inilah perkara yang dilarang dalam Islam.Ramai para sahabat , tabi’in , ulama dan sebagainya mencapai maqam dan martabat tertentu dengan hanya mengikuti segala apa yang diajarkan oleh Rasulullah saw , TANPA perlu kepada tokok tambah dan mereka-reka dalam ibadah.
Walaubagaimana pun tidak semua tareqat itu menyimpang dari ajaran Islam…Ini kerana jika zikir-zikir dan doa yang diamalkan dalamnya adalah thabit dan berasal dari Rasulullah saw sendiri , maka ia merupakan amalan yang menepati sunnah…
WA
الراجي رحمة ربه الجوّاد http://aljawhar.wordpress.com