SJ-01-0150 : JIN & SYAITAN

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-01-0150 : JIN & SYAITAN

Salam,
Saya dapat tahu jenis jin ni mati, dan akan berubah wajah bila dah sampai ajal.wallahualam. Soalan saya, adakah jenis2 jin (islam/kafir) yang mati ni boleh nampak syaitan/iblis? sbb logicnya kalau nampak takkan dia orang boleh dihasut kearah kesesatan. Wallahualam. Musyhkil yg mana satu.

Salam.

Re: JIN & SYAITAN

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan ini dengan kadar kemampuan yang ada, In Sya Allah.

Tidak pula diketahui bahawa jin yang mati akan berubah wajah. Jin ini memang mempunyai bentuk yang pelbagai. Ada yang berupa anjing, ular, ada yang boleh terbang dengan tiupan angin dsb. Abu Tha'labah berkata bahawa Rasulullah :saw bersabda :-

الجن ثلاثة أصناف : صنف لهم أجنحة يطيرون في الهواء وصنف حيات وكلاب وصنف يحلون ويظعنون
"Terdapat 3 jenis jin. Ada jenis yang mempunyai kepak, yang terbang melalui udara, ada jenis berbentuk ular dan anjing, ada yang bermusafir, berhenti rehat dan meneruskan perjalanan" [Riwayat al-Tabarani, al-Kabir].

Perlu diingatkan bahawa alam Jin ini tidak dapat dilihat oleh manusia, dan kita tidak mengetahuinya melainkan apa yang Allah swt beritahu kita didalam kitabnya dan dari perkataan Nabi :saw. Berdasarkan ini, kita tidak boleh berbicara perkara yang kita tidak tahu, khususnya perkara yang ghaib. Firman Allah swt :

وَلَا تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولَئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْئُولًا
"Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya." [al-Isra' : 36].

Mengenai Jin yang boleh nampak Syaitan, secara logik nya tidak mungkin mudah dihasut kearah kesesatan? Persoalan kesesatan ini, bukan hanya bergantung kepada nampak atau tidak nampak Syaitan tersebut, dan banyak lagi perkara lain boleh membawa seseorang itu sesat dan menyukai kemaksiatan. Disini saya cuba memberi contoh tidak semestinya kita nampak jelas keburukan, kita akan terselamat dari melakukannya.

a. Semua orang tahu Arak itu haram, akan tetapi ramai dikalangan orang Islam sendiri pemabuk arak atau alkoholik. Jelas keburukan arak nampak, penghasut2 arak jelas, namun ada dikalangan manusia yang kecundang dengannya.

b. Tidak semua kejahatan itu berpunca dari hasutan Syaitan. Misalnya, kita mengetahui bahawa pada bulan Ramadhan, Syaitan dirantai.... [Hadith riwayat Bukhari dan Muslim. Didalam riwayat al-Nasaai : kebanyakkan Jin yang jahat dirantaikan] persoalannya, wujud juga mereka yang melakukan maksiat dibulan puasa!

Menurut kitab Fathul al-Baari, perkara kejahatan berkurangan pada bulan Ramadhan, jika di bandingkan dengan bulan yang lain. Walaupun Syaitan di rantai, ini tidak bermakna kejahatan tidak akan berlaku, kerana terdapat perkara-perkara lain punca kejahatan disamping Syaitan, seperti Jiwa yang jahat, perangai jahat dan manusia-manusia jahat.

Begitulah halnya dengan Jin, yang jelas kepada kita ada yang beriman dan ada kufur. Sudah tentu banyak perkara-perkara yang mendorong Jin ini melakukan kejahatan. WA.

Sekian, wassalam.

خيرالأمين