SJ-01-0153 : Pengertian Taghut

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-01-0153 : Pengertian Taghut

:salam

Mohon penjelasan makna 'Taghut'?
Dizaman sekarang/akhir zaman ini, apakah taghut tersebut?

Jzk

Re: Taghut

:salam

بسم الله، و الحمد لله، و الصلاة والسلام على رسول الله، وبعد

Toghut secara umunya ialah suatu perkara yang melampaui daripada batasan yang telah dihadkan oleh Allah swt seperti melangkaui batasan kebenaran kepada yang bathil , daripada keimanan kepada kekufuran, dan sebagainya.
Maka berdasarkan kepada takrif umum Toghut di atas , jelaslah toghut itu adalah banyak.Cuma kepala atau ketua kepada toghut ini ialah sebagaimana yang disebut oleh Ibnu Al-Qayyim terbahagi kepada 5 bentuk / jenis :

Pertama : Iblis laknatullah yang merupakan penghulu kepada segala Toghut.

Kedua : Golongan yang menyembah selain kepada Allah swt..Sebagaimana firman Allah swt dalam surah Al-Maidah ayat 60 :

وَجَعَلَ مِنْهُمُ الْقِرَدَةَ وَالْخَنَازِيرَ وَعَبَدَ الطَّاغُوتَ أُولَئِكَ شَرٌّ مَكَانًا وَأَضَلُّ عَنْ سَوَاءِ السَّبِيلِ

di antara mereka (ada) yang dijadikan kera dan babi dan (orang yang) menyembah thaghut?." Mereka itu lebih buruk tempatnya dan lebih tersesat dari jalan yang lurus.

Ketiga : Golongan yang mendakwa mengetahui sesuatu yang berlaku di alam ghaib.Ini kerana alam ghaib tidak ada seorang pun yang mengetahuinya kecualilah Allah swt sebagaimana firman-Nya dalam surah an-Naml ayat 65 :

قُلْ لَا يَعْلَمُ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ الْغَيْبَ إِلَّا اللَّهُ وَمَا يَشْعُرُونَ أَيَّانَ يُبْعَثُونَ

Katakanlah: "Tidak ada seorangpun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib, kecuali Allah", dan mereka tidak mengetahui bila mereka akan dibangkitkan.

Keempat : Golongan yang menyeru manusia supaya menyembah atau mengagung2kan dirinya sendiri dan mendakwa bahawa ia boleh mendatangkan manfaat atau kemudharatan kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki.Sepertimana yang berlaku dikalangan ahli Sufi yang menyimpang.

Kelima : Golongan yang berhukum bukan dengan hukuman yang diturunkan oleh Allah swt atau mendakwa bahawa hukum dunia yang dilaksanakan adalah sebanding/setaraf dengan hukum Allah swt atau mendakwa hukum dunia boleh mendatangkan kemaslahatan dan manfaat kepada manusia dan sebagainya.

Inilah yang dikatakan sebagai ketua / kepala kepada segala macam toghut….Wa Allahu A’alam.

WA

الراجي رحمة ربه الجوّاد http://aljawhar.wordpress.com