SJ-01-0163 : bagaimana beramal dengan kepelbagaian pendapat

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-01-0163 : bagaimana beramal dengan kepelbagaian pendapat

salam,

saya perhati jawapan panel AAN menggariskan pendapat imam 4 mazhab.

saya baru je blajar2 manhaj salaf ni, tetapi sebab dah lahir dan duduk di negara yg mengamalkan pendapat imam syafie dan syafi'iyyah, jadi agak confuse sebab kalo ikut manhaj salaf, dan pendapat uthmain,ben baz contohnya ade setengah2 benda tak selari.

contohnye dalam perkara wudhu, di malaysia ni:

niat
basuh muka 3x
tangan kanan kiri ke sikut 3x
rambut beberapa helai
kaki

tapi saya perasan salafi:

pergelangan tangan kanan kiri 3x
hidung dan mulut 3x (serentak, air yg sama)
basuh muka 3x
tangan kanan kiri ke sikut 3x
rambut hinggak ke belakang, kemudian dgn air yg sama basuh telinga, sekali saja
kaki

kemudian tengok website IQ Bkt Mertajam dan HafizFirdaus contohnye bab sujud sahwi, ada mode sebelum dan selepas salam.. (yg bile saya praktik macam susah pulak sebab tak berapa pasti praktiknya), selama ni tahu ada sujud sahwi sebelum salam je.

jadi persoalan akhirnya ialah, kalo saya beramal pendapat versi saudi sebahagian (contoh kes wudhu di atas), kemudian dalam kes lain guna Syafie (contohnye, bab solawat kepada keluarga nabi pada rakaat akhir imam, sedangkan makmum dikira berada pada rakaat 1), ataupun tahiyyat akhir hingga ke tasyahud saja, boleh ke?

macam hybrid je...

tapi saya tengok dalam pengamal mazhab Syafie di malaysia pun dah lama berhybrid (talfiq).. contohnye dalam muamalat e-banking kita takde lafaz akad.

bukan ape, pasal contohnye ada jawapan panel tulis "kalau ikut mazhab syafie"... tetapi sekiranya pendapat tersebut dianggap lemah atau tanpa dalil, macam macam mana pengamalannya? (contohnya masa tasyahud, time sebut iLLaAllah.. angkat jari).

Re: bagaimana untuk beramal dengan kepelbagaian pendapat

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan ini dengan kadar kemampuan yang ada, InSyaAllah.

1. Pertamanya, syabas diatas usaha yang baik mempelajari manhaj salaf. Sebenarnya, dalam mempelajari manjaf salaf, kita haruslah kembali kepada ulama' manhaj yang original, iaitu kembali kepada Imam Mazhab. Imam-imam ini merupakan ulama' salaf yang asli.

Apa yang ingin kami usulkan kepada anda ialah, mantapkan diri dengan mempelajari Mazhab yang mudah untuk anda temui rujukannya, iaitu Mazhab Syafie. Dengan adanya adanya asas Mazhab Syafie yang mantap, mudah untuk anda mempelajari perkara yang mereka khilafkan.

Mempelajari satu Mazhab yang mendalam sekurang2nya :-

a. Membuat anda lebih yakin didalam amalan-amalan. Dengan keyakinan ini, anda dapat menghindari penyakit waswas.

b. Membuktikan kepada anda bahawa Mazhab Syafie merupakan Mazhab yang dianuti oleh para ulama' salaf.

c. Menghindarkan anda dari merasa konfius.

d. Memperkasakan ibadat anda.

e. Menyediakan diri anda untuk mempelajari mazhab-mazhab lain.

2. Persoalan seterusnya, bolehkah kita mengamalkan pelbagai pendapat?

Sudah tentu jawapannya berbeza mengikut tahap ilmu seseorang dan keadaan yang dihadapi. Misalnya :-

a. Jika seseorang itu tidak mampu mendalami ilmu fiqh, maka tidak digalakkan beramal dengan pelbagai pendapat. Bagi mereka, Mazhab mereka adalah Mazhab ketuanya.

Talfiq yang dilakukan, atau apa yang anda sebut sebagai hybrid, merupakan keputusan pemerintah dan bukan dengan hasil usaha kajiannya sendiri. Misalnya, membayar zakat fitrah menggunakan wang. Ini merupakan ketetapan pemerintah. Arahan bertalfiq dilakukan oleh pemerintah. Sebagai rakyat, dia ikut sahaja arahan pemerintah.

b. Jika dia mempunyai kesukaran dan keadaan dalurat yang menyebabkan dia berpegang kepada Mazhab lain ynag dikitiraf, maka talfiq dibenarkan. Yang dilarang ialah melakukan talfiq tanpa sebab atau pun melakukan tatabu' rukhas, iaitu mengumpulkan semua yang mudah dari pelbagai Mazhab. Perbuatan talfiq ini dilarang. Apabila seseorang melakukan talfiq kepada Mazhab yang diktiraf, sebenarnya dia masih melakukan taqlid, cuma berubah taqlid kepada Imam yang lain.

c. Jika dia merupakan ahli Majlis Fatwa sesebuah negara, maka sudah tentu dia mempunyai alat dan ilmu untuk memilih pelbagai pendapat ulama'.

Begitulah keadaan panelist al-ahkam, mereka cuma memaparkan pandangan ulama yang muktabar. Kami juga bertaqlid dengan Mazhab yang kami pelajari. Kecenderungan kearah Imam yang mana dan sebagainya, merupakan asam garam didalam penuntut ilmu. Kita terlalu jauh dari zaman kegemilangan salaf.

Yang perlu kita perkasakan diri ialah dengan mempelajari kembali kitab-kitab turath (kitab warisan) yang ditinggalkan oleh ulama' salaf agar dapat memantapkan ilmu dan meningkat kualiti ibadat kita. WA.

Sila layari tautan ini :- http://al-ahkam.net/forum09/viewtopic.php?f=92&t=39605

خيرالأمين