SJ-03-0103 : kanak-kanak mumayyiz

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-03-0103 : kanak-kanak mumayyiz

Kanak-kanak mumayiz

SOALAN: Saya diberi tahu bahawa kanak yang belum mumayiz dan belum berkhatan itu dibolehkan solat dan bersentuhan dengan orang dewasa dalam satu saf. Adakah pendapat ini benar kerana diumpamakan najis yang ada pada kulup kanak -kanak itu sama saja dengan najis dalam tubuh badannya. Bagaimana pandangan tuan dalam hal tersebut?

– Muhammad Adham Mustafa

Kota Baharu, Kelantan.

JAWAPANNYA: Pandangan itu tidak tepat kerana kebanyakan ulama mengatakan bahawa najis kulupnya itu tidak boleh dikiaskan dengan najis dalam tubuh (perut) kanak-kanak tersebut. Kerana amat jauh berbeza antara kedua-duanya, kias tersebut adalah dinamakan (kias ma‘al fariq). Di mana najis yang berada dalam tubuh badannya itu bukanlah merupakan najis kotoran dan barang buangan atau lebihan (najis kumahan) yang sudah tidak menjadi keperluan kepada badan manusia itu sendiri. Sedangkan najis di bawah kulup kanak-kanak tersebut adalah barang kumahan(kotoran) dan najis buangan yang tidak diperlukan oleh tubuh badan manusia itu lagi. Ia perlu dibersih dari tubuh manusia dan tidak boleh dimaafkan.

Amatlah silap sekiranya ada mereka yang menyamakan antara kedua-dua najis tersebut kias yang fasid. Sebab itu ulama semuanya mengatakan najis di bawah kulup kemaluan kanak-kanak itu harus (wajib) dibuang dan dibersihkan setiap kali ingin mengerjakan solat dan tidak harus dibawa atau bersentuhan dengan orang lain semasa mengerjakan solat. Itulah antara sebabnya orang Arab biasanya menkhatankan anak mereka semasa bayi lagi pada hari pertama atau ketujuh kelahiran mereka. Dan itulah apa yang diandaikan dilakukan Rasulullah dengan cucunya yang bernama Umamah kerana menanggungnya dalam solatnya. Wallahualam.

sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0525&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_02.htm

soalan sy: apa pandangan panel AAN berhubung isu ini krn saya selalu baca pendapat panel AAN kontra dengan petikan di atas..mohon pencerahan

sekian..

SJ-03-0103 : kanak-kanak mumayyiz

ÈÓã Çááå
æÇáÍãÏ ááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

- Perbezaan pendapat adalah satu yang lumrah di dalam feqah. Hatta antara panel-panel AAN sendiri, ada yang berbeza pendapat dalam sesuatu masalah. Kerana mereka mengaji dengan guru-guru yang berlainan, di tempat2 yang berbeza. Cuma masing-masing memnghormati pendapat yang dipilih oleh orang lain.

- Oleh itu, kita tidak akan dapati semua orang setuju dengan satu pendapat sahaja, kecuali dalam masalah-masalah ijmak.

- Cuma, apa yg dijawab di dalam akhbar berkenaan, terdapat satu fakta yang dipertikaikan iaitu:

Quote:
ulama semuanya mengatakan najis di bawah kulup kemaluan kanak-kanak itu harus (wajib) dibuang dan dibersihkan setiap kali ingin mengerjakan solat dan tidak harus dibawa atau bersentuhan dengan orang lain semasa mengerjakan solat

- Kerana masalah seperti ini adalah masalah khilafiyyah. Bukan masalah sepakat semua ulama. Malahan hukum bersembahyang orang yang menanggung najis secara sengaja pun ada khilaf sah atau tidak solatnya. Dan ada nukilan daripada sesetengah sahabat Ibn Abbas dan Said bin Jubair bahawa menghilangkan najis untuk solat adalah sunat. (Majmuk 3/132).

- Kalau dilihat masalah orang tak berkhitan pula, pun ada khilaf sah atau tidak bersolat di belakangnya. Jadi, dari mana ust itu mengambil nukilan sepakat ulama kata tidak harus dibawa atau bersentuhan dengan kanak-kanak berkulup seperti itu.

Wallahu A'lam.