SJ-03-0129 : Kanak-kanak Belum Mumayyiz Najis?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-03-0129 : Kanak-kanak Belum Mumayyiz Najis?

salam,

bayi kadang2 muntah.. adakah bila kita pegang (tanpa mengetahui samada bernajis atau tak anggotanya) maka dianggap suci = zahirnya takde najis.
bagaimana dengan kanak-kanak.. sebab kita tak tau dia pegang apa sebab dia tak tau najis tu apa.

2- kalo kita ajar anak-anak kita istinjak sendiri, berak basuh sendiri .. katalah umur 4-6 tahun, tapi tak mumayyiz lagi, boleh ke kita anggap mereka ni sudah boleh setel? sebab penat nak istinjakkan sorang2

Re: adakah kanak-kanak belum mumayyiz,bayi = najis?

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه

Berpegang kepada kaedah asas dalam Feqah iaitu:
اليقين لا يزال بالشك
Iaitu sesuatu yang diyakini tidak dihilangkan dengan suatu sangkaan (syak), maka seorang kanak-kanak sekalipun yang tidak pandai menjaga dirinya dari najis, tidak dihukumkan bernajis KECUALI jika diyakini terdapat najis pada anggota badannya.

Jika kita melihat ada kesan najis pada badannya, barulah kita hukumkan anggotanya bernajis, dan wajib dibasuhnya.

Wallahu A'lam