SJ-04-0034 : Mandi Wajib

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-04-0034 : Mandi Wajib

:salam

Jika seorang wanita sudah mandi wajib/junub, kemudian setelah mandi, air mani (hasil hubungan suami isteri) tiba-tiba mengalir keluar, adakah si isteri tadi harus mandi wajib sekali lagi?

:wassalam

SJ-04-0034 : Mandi Wajib

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan Ibnu Lufti dengan kadar kemampuan yang terhad, Insyaallah.

Ulama' sepakat mengatakan bahawa air mani yang keluar bersama-sama dengan perasaan ghairah maka di wajibkan seseorang itu mandi. Didalam kes air mani atau cecair yang keluar setelah selesai mandi dari Janaabah, menurut Ibn Utsaimin rh :-

åÐÇ ÇáÓÇÆá ÇáÐí íÎÑÌ ÈÚÏ ÇáÛÓá ãä ÇáÌäÇÈÉ ÅÐÇ áã íßä åäÇß ÔåæÉ ÌÏíÏÉ ÃæÌÈÊ ÎÑæÌå ÝÅäå ÈÞíÉ ãÇ ßÇä ãä ÇáÌäÇÈÉ ÇáÃæáì ¡ ÝáÇ íÌÈ Úáíå ÇáÛÓá ãäå ¡ æÅäãÇ Úáíå Ãä íÛÓáå æíÛÓá ãÇ ÃÕÇÈå æíõÚíÏ ÇáæÖæÁ ÝÞØ .
dir="ltr">"Cecair ini yang keluar selepas mandi (ghusul) dari Janaabah (mandi wajib) apabila tidak berlakunya sesuatu yang syahwat yang menyebabkan ia keluar, maka itu hanya lebihan yang dihasilkan dari Janaabah yang awal. Maka tidak wajib keatasnya mandi. Malah seseorang itu hendaklah membasuhnya dan membasuh apa-apa yang terkena cecair tersebut, dan hanya mengulangi wudhu' sahaja" [Fataawa Ibn Utsaimin, 11/222]

Didalam Kitab Zaad al-Mustaqni' ada menyebut :

ÝÅä ÎÑÌ ÈÚÏå áã íõÚöÏå
dir="ltr">"Jika ia keluar selepasnya, tidak perlu mengulangi (mandi)"

Ketika mensyarahkan kitab ini, Syeikh Utsaimin rh menyebut :-

Ãí ÅÐÇ ÇÛÊÓá áåÐÇ ÇáÐí ÇäÊÞá ( Ãí Çáãäí) Ëã ÎÑÌ ãÚ ÇáÍÑßÉ ÝÅäå áÇ íÚíÏ ÇáÛÓá
dir="ltr">"Jika dia telah mandi untuk ini yang telah keluar (eg: mani), kemudian ia keluar ketika bergerak, maka sesungguhnya tidak perlu mengulangi mandi" [al-Sharh al-Mumthi 'Ala Zaad al-Mustaqni', 1/281]

Kesimpulannya, tidak perlu mandi sekali lagi, memadai hanya mengulangi wudhu'.

Sekian, wassalam.

خيرالأمين