SJ-04-0103 : Wudhuk Atau Tayammum di Tempat Salji

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-04-0103 : Wudhuk Atau Tayammum di Tempat Salji

:salam kepada ust2 al-ahkam dan moderator.

Saya ada soalan berkaitan wudhu' di tempat bermain ski. Kami di sini akan menganjurkan aktiviti satu hari bermain ski di gunung secara berkumpulan. Masalah yg kami hadapai ialah suhu yang sangat rendah mencecah negative menghalang kami untuk berwudhu' menggunakan air walaupun kami membawa bekal air di dalam botol sebagai bekalan air kerana dua sebab:

1)Terlalu sejuk untuk membuka bhgn2 anggota wudhu' di kawasan gunung.
2)Bertambah kesejukan apabila terkena air di bhgn2 anggota wudhu'.

Adakah di sana cara rukhsah dalam berwudhu'? Bertayamum mungkin? Ataupun dibolehkan kepada kami untuk menyapu air dibhgn luar(baju) sbg ganti? Mohon jawapan dari ustaz2...

jazakallahukhaer...

:wassalam

yaqzan,
prague, czech republic.

SJ-04-0103 : Wudhuk Atau Tayammum di Tempat Salji

ÈÓã Çááå
æÇáÍãÏ ááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

Dibenarkan tayammum dalam situasi sakit yang memudaratkan jika menggunakan air, dan dalam situasi ketiadaan air.

Adapun suhu yang amat sejuk, jika dia mampu untuk memanaskan air, tidak harus bertayammum.

Jika tidak mampu memanaskan air, dan dibimbangi penggunaan air sejuk akan memudaratkan anggota badan, maka dibenarkan tayammum. Kerana Allah tidak menjadikan kepayahan dalam agama. (Al-Hawi 1/271)

Jika mampu untuk menggunakan air dengan kaedah yang tidak memudaratkan, contohnya mengenakan air secara sedikit-sedikit dan terus melapkan dengan kain, maka hendaklah menggunakan kaedah tersebut dan tidak harus bertayammum. (Al-Mughni)

Wallahu A"lam