SJ-04-0110 : Krim Cukur Misai halang wudhu' tak

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-04-0110 : Krim Cukur Misai halang wudhu' tak

Salam ustaaz,

Krim Cukur Misai halang wudhu' tak?
Macam mana nak tau sesuatu cecair tu halang wudhu' ke tak.

Lagi satu minyak lintah ni suci ke-kalau guna boleh bawak solat?

Re: Krim Cukur Misai halang wudhu' tak

:salam

Secara logiknya , krim pencukur misai itu tidaklah menghalang air daripada sampai ke anggota wudhuk.Ini kerana sifat krim tersebut bukanlah terdiri daripada jenis--jenis minyak yang sememangnya menghalang air daripada sampai ke anggota wudhuk.Krim tersebut akan larut dan hilang dengan sendirinya apabila terkena pada air.Maka hukumnya adalah sah wudhuk tersebut.

Kaedah untuk mengetahui adakah sesuatu bahan itu boleh menjadi penghalang kepada sampainya air wudhuk ke anggota wudhuk ialah dengan cara mengetahui akan sifat bahan tersebut samada dengan cara membuat kajian dan pencarian dari mana-mana sumber maklumat seperti internet , buku-buku dan sebagainya atau pun melalui urf setempat yang bersandarkan kepada pengalaman orang-orang tertentu yang ahli dalam bidang tersebut.

Seperti contoh minyak , sebagaimana yang kita semua sedia maklum , bahawa sifat minyak itu adalah tidak larut dalam air.Maka dengan sendirinya kita akan mengetahui bahawa minyak akan menghalang air wudhuk daripada sampai ke anggota wudhuk.Begitu juga dengan cat , plaster dan sebagainya.

Berkenaan dengan minyak lintah pula , hukumnya adalah boleh dibawa dalam solat lantaran lintah bukanlah binatang yang diharamkan seperti babi dan anjing.Ianya sama dengan minyak kambing Gurun yang dihasilkan daripada kambing gurun yang mana ianya popular dikalangan penduduk kampung sebagai minyak untuk mengubati segala jenis penyakit urat saraf....Allahu A'alam.

WA

الراجي رحمة ربه الجوّاد http://aljawhar.wordpress.com