assalamualikum warahmatullah..
adakalanya setiap kali solat jumaat dilakukan, berlakunya kesesakan di dlm masjid yg sempit hinggakan ada segelintir makmum dapat solat berdiri saja tanpa mampu lakukan rukuk, sujud, duduk antara dua sujud & tahiyyat di atas tangga yg sempit, lalu hanya mampu isyaratkan gerak badan saja. lalau, stlh selesai solat jumaat tersebut, segelintir itu mengulangi solat itu dgn solat zuhur scr sempurna.
persoalannya di sini.:
1 - adakah terdpt kaedah fiqh yg membenarkan solat jemmah kedua bg solat jumaat ini sekiranya kes darurat sebegini berlaku?
2 - jika tidak boleh lakuakn jemaah kedua bg solat jumaat itu, bolehkah sekiranya solat zuhur itu dilakukan scr jemaah spt biasa? ini krn segelintir itu solat scr sendirian saja.
segala jawapan dpd pihak panel ana dahulukan ngan ucapan terima kasih.
wa'alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab persoalan sdr peacedeana dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.
Persoalan ini juga berkait-rapat dengan Soal-Jawab SJ-05-0024 : Solat berjemaah kali -2 di masjid jami' dimana, diberi kebenaran bersolat jemaah setelah Imam selesai melakukan solat jemaah. Tanpa sebab-sebab yang kuat, ulama'-ulama' feqh tidak membenarkan melakukan solat Jumaat yang kedua didalam masjid yang sama, walaupun ada dikalangan mereka yang membenarkan melakukan solat jemaah kedua bagi solat-solat fardu selain dari solat Jumaat. Mereka mengatakan bahawa sesiapa yang tertinggal solat Jumaat hendaklah bersolat Zohor, dan dibenarkan bersolat Zohor secara jemaah. Bagi mereka solat Jumaat berakhir selepas Imam selesai memberi salam. Cuma kebanyakkan permasalahan yang dibincangkan ialah disebabkan terlalu awal melakukan solat jumaat sehingga mereka yang lain terabai solat Jumaat mereka; dengan kata lain, jika mereka semua keluar awal ke masjid, permasalahan ini dapat diselesaikan.
Persoalan yang sdr peacedeana nyatakan diatas kebanyakkannya berlaku pada jemaah yang menjalankan penghidupan bukan didalam negara umat Islam. Ruang solat yang kecil yang dijadikan tempat solat Jumaat yang tidak mungkinkan dapat menampung jemaah yang begitu ramai. Sebagaimana yang Islam tetapkan, solat Jumaat ini menjadi fardu kepada kaum lelaki yang tidak uzur, sudah tentu keadaan ini menyukarkan untuk mereka menunaikan fardu mereka. Firman Allah swt :-
dan dari hadith yang riwayatkan oleh Ibn Umar ra dan Abu Hurairah ra, bahawa Nabi saw bersabda :-
Menyedari akan kewajipan solat Jumaat ini, ulama'-ulama' telah mengeluarkan fatwa bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh sebahagian umat Islam yang tidak dapat menunaikan solat Jumaat akibat dari keadaan dan kemudahan yang terhad. Disini kami petik fatawa dari dua ulama' terkenal iaitu Dr Abdul Fatah Idris dan Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi untuk menjelaskan keadaan ini:-
---------
(1) Pandangan Dr Abdul Fattah Idris, Profesor kuliyah Feqh Perbandingan Universiti Al-Azhar.
"Perundangan Islam dikelaskan menurut mudah mengamalkannya (practicality) dengan mengambil kira hal-ehwal manusia dan berlandaskan keperluan mereka. Ia tidak meninggalkan kehendak dan keperluan semasa manusia lantas menjawab permasalahannya. Islam bukanlah suatu agama yang mengongkong hidup, yang tidak melihat kelemahan manusia dan kemampuan manusia menghadapinya.
Berdasarkan prinsip asas ini, ulama bersetuju bahawa solat jumaat boleh ditunaikan didalam masjid yang sama dua kali jika terdapatnya keperluan, seperti kesesakkan dan ramai yang hadir untuk bersolat.
Jika masjid tersebut tidak boleh menampung jumlah yang ramai dan tidak kedapatan masjid yang berdekatan, maka melakukan solat jumaat bagi kelai ke 2 dibolehkan bagi mereka yang tidak dapat hadir pada solat yang pertama itu. Ini merupakan keperluan yang praktikal.
Jika terdapat ruang kosong diluar masjid yang boleh digunakan untuk bersolat atau terdapat pilihan yang membenarkan semua orang Islam bersolat pada masa yang sama, ia adalah lebih baik. Jika tidak, tidak ada halangan untuk melakukan solat untuk kali kedua.
Sebaik-baiknya, setiap solat jumaat itu mempunyai Imamnya sendiri. Jika tidak boleh, maka dibolehkan mengambil Imam yang sama untuk dua solat tersebut. Solat pertama akan menjadi solat wajib, sementara solat kedua akan menjadi solat sunat. Beberapa sahabat pernah melakukan seperti ini. Mereka biasa menyertai solat bersama Rasulullah saw dan memberi laluan kepada kaum mereka mengimamkan solat mereka".
------------------------
(2) Pandangan Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi, Ulama Kontemporari terkenal.
ÝáÇ íÓÚ ÇáÝÞíå ÅÐä ÅáÇ Ãä íÝÊí ÈÌæÇÒ ÕáÇÉ ÇáÌãÚÉ ãÑÉ ÃÎÑì áåÐÇ ÇáÚÐÑ¡ æÊãßíäÇð áåÄáÇÁ ÇáãÓáãíä¡ ÇáÑÇÛÈíä Ýí ÇáÕáÇÉ¡ æÇáÓÇÚíä ÅáíåÇ¡ ÇáãÓÊÌíÈíä áäÏÇÆåÇ¡ ãä ÃÏÇÆåÇ Úáì åÐÇ ÇáæÌå¡ ÍÊì áÇ íÍÑãæÇ ãä ÇáãËæÈÉ¡ æáÇ ÊÖíÚ Úáíåã ÇáÝÑíÖÉ.
æãä ãÒÇíÇ ÇáÔÑíÚÉ ÇáÅÓáÇãíÉ: ÃäåÇ ÔÑíÚÉ æÇÞÚíÉ¡ ÊÞÏÑ ÃÚÐÇÑ ÇáäÇÓ¡ æÊÞÑÑ ááÖÑæÑÇÊ ÃÍßÇãåÇ¡ æáÇ ÊÛÝá ÇáÙÑæÝ ÇáØÇÑÆÉ æÇáÇÓÊËäÇÆíÉ.
æÞÏ ÃÌÇÒ ÇáÚáãÇÁ Ýí ÍÇáÉ ÇáÒÍÇã Ãä íÓÌÏ ÇáãÕáí Úáì ÙåÑ ÃÎíå¡ ÇÚÊÑÇÝÇð ÈÖÛØ ÇáÖÑæÑÉ. ßãÇ ÃÌÇÒæÇ Ãä íÕáí ÞÏÇã ÇáÅãÇã.
æÇáÃæáì Ãä íßæä áßá ÕáÇÉ ÅãÇãåÇ æÎØíÈåÇ¡ ÝÅä áã íÊíÓÑ Ðáß¡ ÝáÇ ÃÑì ãÇäÚÇð ãä Ãä íÄã ÇáÕáÇÊíä æíÄÏí ÎØÈÊíåãÇ ÅãÇã æÇÍÏ¡ æÊßæä ÇáÕáÇÉ ÇáÃæáì áå ÝÑíÖÉ¡ æÇáËÇäíÉ äÇÝáÉ¡ ßãÇ ßÇä íÝÚá ÈÚÖ ÇáÕÍÇÈÉ¡ íÕáí æÑÇÁ ÑÓæá Çááå Õáì Çááå Úáíå æÓáã¡ Ëã íÐåÈ Åáì ãÍáÉ Þæãå¡ ÝíÄãåã¡ ÝÃÌÇÒ áå ÇáÑÓæá ÇáßÑíã Ðáß¡ æÇÚÊÈÑ ÇáÕáÇÉ ÇáËÇäíÉ áå äÇÝáÉ.
æíÌæÒ ÊÚÏÏ ÇáÌãÚÉ Ýí ÇáãÓÌÏ ÇáæÇÍÏ Ýí ÛíÑ ÇáÔÊÇÁ¡ áÚÏã æÌæÏ ÃãÇßä Ýí ÇáÎÇÑÌ íÓÊØíÚ ÇáäÇÓ ÇáÕáÇÉ ÈåÇ¡ Ãæ áãäÚ ÞæÇäíä ÇáãÑæÑ ÒíÇÏÉ ÚÏÏ ÇáÓíÇÑÇÊ ÃßËÑ ãä ÍÏ ãÚíä¡ Ãæ äÍæ Ðáß ãä ÇáÃÚÐÇÑ.
æíÊÌå ÚäÏí Ãä ÊÌæÒ ÇáÕáÇÉ ÇáËÇäíÉ ÈÛíÑ ÎØÈÉ ÅÐÇ ÍÖÑ ÇáãÕáæä ÇáÎØÈÉ ÎÇÑÌ ÇáãÓÌÏ¡ æáã íãßäåã ÇáÕáÇÉ Ýíå áÖíÞå Úáíåã¡ ÝÊÌÒÆåã ÇáÎØÈÉ ÇáÊí ÓãÚæåÇ¡ æíÕáí Èåã ÇáÅãÇã ÈÚÏ ÎÑæÌ ÇáãÕáíä ÇáÃæáíä.
Maka para fuqaha' tidak dapat tidak membenarkannya dengan memberi fatwa akan kebenaran melakukan solat Jumaat bagi kali yang lain dengan menggunakan keuzuran ini, dengan membolehkan kepada orang Islam, keinginan untuk bersolat, risalah keatasnya, menjawab panggilannya, dari menunaikan menurut cara ini, sehinggakan mereka tidak dihalang mendapat ganjaran, dan kewajipan tidak disia-siakan dari mereka.
Dari aspek merit syariah : ia merupakan satu undang-undang yang realistik, mengambil kira keuzuran manusia, dan memberi memutuskan bagi keperluan ini didalam hukumannya, dan tidak lepas lihat (overlook) situasi yang berbangkit dan luar biasa.
Ulama' dikawasan yang menghadapi kesesakan (jam) membenarkan solat dibelakang saudaranya, mengiktiraf keperluan tekanan ini. Mereka juga membenarkan mereka bersolat sebelum Imam bersolat.
Pertamanya ialah menjadikan untuk setiap solat Imamnya dan Khatibnya, dan jika tidak mudah baginya, maka saya tidak nampak apa-apa yang menghalang dia mengetuai dua solat dan melakukan khutbah dengan Imam yang satu, melakukan solat pertama sebagai fardu, dan solat kedua sebagai solat sunat, sebagaimana yang dilakukan oleh sebahagian sahabat, bersolat dibelakang Rasulullah saw, kemudian pergi kepada kaumnya, kemudian mengimamkan mereka, Rasulullah saw memuliakan begitu, dan menganggap solat yang kedua itu sebagai solat sunat.
Kebenaran mengulangi solat Jumaat dimasjid yang sama selain dari musim sejuk, kepada tidak kedapatan tempat diluar bagi membolehkan manusia bersolat dengannya, atau halangan akibat traffic jam / kesesakan lalu lintas akibat bertambahnya kereta yang lebih dari had atau keuzuran yang kearah itu (yang serupa dengannya).
Pada pandanganku adalah dibenarkan solat jumaat yang kedua tanpa khutbah jika mereka hadir mendengar khutbah diluar masjid, akan tetapi tidak membolehkan mereka bersolat kerana halangan tersebut, maka dibenarkan (memadai) akan khutbah yang mereka dengar, mereka dibahagikan kepada 2 kumpulan, Imam akan bersolat dengan mereka selepas keluar jemaah yang pertama"
-----------
Dari fatwa-fatwa diatas, dapat kita rumuskan :-
a. Ulama' memberi kebenaran mengulangi solat Jumaat jika terdapat keuzuran seperti kesesakkan tempat, kesesakkan lalu lintas dsb.
b. Solat Jumaat boleh dilakukan 2 kali, dengan satu Khutbah sahaja, jika mereka berpeluang mendengar khutbah tersebut.
c. Solat Jumaat dan Khutbah boleh dilakukan 2 kali (atau lebih).
d. Adalah afdal jika setiap solat Jumaat dan Khutbahnya mempunyai Imamnya yang tersendiri, jika boleh.
Kamin rasa point (b) ini boleh diaplikasikan disuasana anda di Jepun, dimana tidak terdapatnya ruang bagi mereka untuk melakukan solat, akan tetapi mereka masih boleh mendengar khutbah. Saudara Islam kita di Amerika Syarikat telah pun melakukan solat Jumaat beberapa kali didalam sebuah masjid yang sama. Kamin mengakhiri jawapan ini dengan mengambil petikan dari Presiden Islamic American University and professor Syariah Islamiyah Universiti Kaherah, Dr Salah Sultan :-
"Keperluan yang menekan dikalangan masyarakat Islam di barat untuk mengadakan lebih dari satu jemaah - atau mungkin Solat Jumaat didalam masjid yang sama mempunyai alasan yang kuat akibat kekurangan tempat dimasjid, memberi keutamaan bagi pandangan yang membenarkannya. Sebagai contoh, Adam Mosque di Washington DC melaksanakan solat Jumaat 5 kali pada setiap Jumaat dan Masjid Dar Al-Hijrah di Virginia melakukan 3 kali". WA
wassalam
=========
Rujukan :
1. Dr Abdul Fattah Idris. Holding Two Friday Prayers in One Mosque . url : http://www.islamonline.net/fatwa/english/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=39200
2. Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi. ãÇ Íßã ÕáÇÉ ÇáÌãÚÉ ãÑÊíä Ýí ÇáãÓÌÏ äÝÓå . url : http://www.islamonline.net/fatwa/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=5735
3. Jemaah Mufti Islam Online. Holding a Second Jama`ah in the Same Mosque. url : http://www.islamonline.net/fatwaapplication/english/Display.asp?hFatwaID=62287
خيرالأمين