SJ-05-0032 : Perihal Solat Sunat Tahiyatul Masjid

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0032 : Perihal Solat Sunat Tahiyatul Masjid

"Barangsiapa yang tidak dapat mengerjakan sembahyang Tahiyatul Masjid kerana hadas atau lain-lain sebab, dia disunatkan mengucapkan empat tasbih berikut: Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar."

Assalamualaikum,
Copy paste daripada permasalahan solat jumaat. Di sini saya ingin membuat pertanyaan.

1. Ada pendapat menyatakan kita masuk ke dalam masjid dan sekirannya terdapat masjlis ilmu sedang berlangsung maka bolehkan kita berselawat 3x lalu duduk untuk menyertai majlis. Soalanya tasbih spt di atas atau berselawat?

Re: SJ-05-0032 : Perihal Solat Sunat Tahiyatul Masjid

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan yang sdr soppi_216 dengan kadar yang termampu, Insyaallah.

Perkara paling afdal yang perlu dilakukan apabila memasukki masjid ialah melakukan solat sunat tahiyyatul masjid, sebagaimana sabda Nabi saw didalam sebuah hadith :-

ÅÐÇ ÏÎá ÃÍÏßã ÇáãÓÌÏ ÝáÇ íÌáÓ ÍÊì íÕáí ÑßÚÊíä
"Apabila salah seorang dari kamu masuk kedalam masjid, dia hendaklah tidak duduk sehingga melakukan 2 solat" - [Hadith sahih, mutafaq 'alaih].

Jelas hadith ini menunjukkan sebelum seseorang itu duduk didalam masjid dengan tujuan apa sekalipun, disunatkan melakukan sunat tahiyatul masjid. Pengecualian ialah apabila datang solat yang lebih utama fadilatnya seperti solat mua'akad (yang dituntut) atau pun solat wajib, maka pada masa itu solat tahiyatul masjid boleh dikecualikan. Contohnya didalam scenario seseorang memasuki masjid tatkala muazzin hampir melaungkan Iqaamah pada solat subuh, Fatwa Al-Lajnah Al-Daa'imah menyatakan :-

æááÅãÇã Ãä íÃãÑ ÈÅÞÇãÉ ÇáÕáÇÉ ááÕÈÍ ÝáÇ íÍÊÇÌ Åáì ÊÍíÉ ÇáãÓÌÏ ¡ áÃä ÇáÝÑíÖÉ ÊßÝí ÚäåÇ ¡ æßÐÇ ÇáãÃãæã ÅÐÇ ÏÎá æÞÏ ÃÞíãÊ ÇáÕáÇÉ .
"Kemungkinan Imam akan mengarahkan Iqaamat dilaksanakan untuk solat subuh, dimana ketika itu tidak perlu lagi solat tahiyyatul masjid, kerana solat fardu adalah mencukupi dan ini bermakna tiada lagi keperluan untuk solat Tahiyyatul masjid. Ahli jemaah juga boleh meninggalkan solat Tahiyyatul masjid jika ia masuk ke masjid semasa iqaamah di lakukan" - [Al-Lajnah al-Daa’imah Li al-Buhooth al-‘Ilmiyyah wa' al-Iftaa’, 7/272]

Kenyataan yang sdr soppi_216 petik diatas merupakan pandangan sebahagian ulama'-ulama' mazhab al-Syafie. Amalan ini dibenarkan oleh beberapa ahli Salaf, sebagaimana yang tulis oleh al-Imam al-Nawawi didalam Kitab al-Azkar :-

ãä ÏÎá ÇáãÓÌÏ Ýáã íÊãßä ãä ÕáÇÉ ÊÍíÉ ÇáãÓÌÏ ÅãÇ áÍÏË æÅãÇ áÔÛá Ãæ äÍæå¡ íÓÊÍÈ Ãä íÞæá ÃÑÈÚ ãÑÇÊ : ÓÈÍÇä Çááå¡ æÇáÍãÏ Çááå¡ æáÇ Åáå ÅáÇ Çááå¡ æÇááå ÃßÈÑ¡ ÝÞÏ ÞÇá Èå ÈÚÖ ÇáÓáÝ¡ æåÐÇ áÇÈÃÓ Èå.
"Barangsiapa yang masuk masjid dan tidak dapat mengerjakan sembahyang Tahiyatul Masjid kerana ketika itu berhadas, atau sibuk bekerja, atau lain-lain sebab, adalah mustahab (digalakkan) mengucapkan empat kali (4X) tasbih berikut: Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar. Maka telah berkata beberapa para salaf, perkara ini tidak menjadi masalah" -[al-Azkar, ms 34].

Saranan diatas ini sesuai dengan galakkan umum saranan-saranan Islam agar memperbanyakkan membaca zikir semasa berada dialam masjid, bertasbih, bertahlil, bertahmid dan zikir-zikir yang lain, dan disunatkan juga banyak membaca al-Quran. Firman Allah swt :-

Ýöí ÈõíõæÊò ÃóÐöäó Çááøóåõ Ãóäú ÊõÑúÝóÚó æóíõÐúßóÑó ÝöíåóÇ ÇÓúãõåõ íõÓóÈøöÍõ áóåõ ÝöíåóÇ ÈöÇáúÛõÏõæøö æóÇáúÂÕóÇáö
"(Nur hidayat petunjuk Allah itu bersinar dengan nyatanya terutama sekali) di rumah-rumah ibadat yang diperintahkan oleh Allah supaya dimuliakan keadaannya dan disebut serta diperingat nama Allah padanya; di situ juga dikerjakan ibadat mensuci dan memuji Allah pada waktu pagi dan petang. " - [al-Nur : 36]

Kesimpulannya, apabila seseorang memasuki masjid hendaklah ia melakukan solat sunat tahiyatul masjid diruang legar yang jauh sedikit dari majlis tersebut, dan setelah selesai solat, hendaklah ia bersegera menyertai majlis ilmu tersebut. Malah keadaan ini berlaku pada zaman Nabi saw ketika baginda membaca khutbah di mimbar pada hari Jumaat, seorang sahabat masuk ke masjid, dan baginda saw memerintahkan agar sahabat tersebut melakukan solat tahiyyatul masjid sebelum duduk mendengar khutbah. Peristiwa ini menunjukkan betapa pentingnya Solat Tahiyyatul Masjid. WA.

wassalam
==========
Rujukan :

1. Al-Lajnah al-Daa'imah Li al-Buhooth al-'Ilmiyyah wa al-Iftaa’ - 7. cetakan ke 3. Riyad : Dar al-Muayyad, 2000. ms 272

2. al-Hafiz al-Imam Al-Nawawi. Al-Azkar. Beirut : Dar al-Ma'rifah, [t.t].

خيرالأمين