Assalamualaikum wbt
Saya refer soalan kali nie base pd jawapan ustaz thtl di link ini siri pertama
Saya ucapkan jutaan terima kasih kpd ustaz thtl atas jawapan yg diberikan dlm soalan yg lepas....tapi...just satu lagi soalan saya...adakah itu pendpt jumhur ulama' atau just pendpt shafi'iah?
Saya diberitahu oleh kawan2 saya bahawa...ade antara mereka kata jika tidak sempat mendpt rakaat yg pertama solat jumaat, maka kene mendirikan solat 4 rakaat...mereka kata mereka pernah dgr bende nie tapi tak ingat dari mana....maklumlah, mereka dan diri saya sendiri bukan ahli agama, maka tidak dpt quote mane2 hadis atapun pendpt alim ulama' tentang hal ini....adakah pendpt mereka ini berasas? adakah ade hujah mengenainya?...adakah pernah ulama' mazhab lain memberikan pandangan seperti ni??
Anyway...saya harap ahli panel al-ahkam skali lagi dpt memberi penjelasan berkenaan masalah ini.
Segala pertolongan dan penjelasan drpd pihak antum saya dahului dgn ucapan ribuan terima kasih.
Wallahua'lam....wassalamuaalikum
:wassalam
Jawab:
Memanglah banyak pendapat dalam Fiqih...tapi buat apa? Manhaj madzhab Syafi'iy pun menetapkan bila sesuatu hukum itu di dasarkan kepada hadis sahih, maka itulah madzhab Syafi'iy. Ini kerana madzhab syafi'iy juga adalah madzhab berasaskan fiqh alHadis.
Kita sudah paparkan hadis2 yg sahih dalam masalah itu, maka kalau kita masih nak pendapat lain, memang banyak. Tapi pendapat2 itu menggunakan hadis2 yg umum sahaja. Misalnya pendapat Imam Laits, bahawa siapa yg miss khutbah Jum'at hendaklah mendirikan solat Zuhur kerana khutbah itu mengganti dua raka'at Zuhur.
Maka saya yakin memang ada pendapat yg kata jika miss raka'at pertama bersama Imam kena buat 4 raka'at tapi bukan pendapat empat madzhab yg muktabar. Malah madzhab Hanafi lagi longgar, jika seseorang masih sempat mendapatkan Imam sebelum Imam beri salam, orang yg super masbuq ini cuma bangkit dan melakukan dua raka'at sahaja.
Dengan itu kami sudah membuktikan dalilnya adalah sahih, maka ini adalah pendapat jumhur (Fiqh Sunnah)
:salam
sekadar tambahan kpd THTL.
Pendapat jumhur disandarkan kpd riwayat Ibn Umar:
Kata Ibn Umar: "Barangsiapa dapat satu rakaat pada jumaat, hendaklah dia menambah satu. Dan jika dia hanya sempat ketika duduk(ketika tasyahud), hendaklah dia melakukan empat." (ÑæÇå ÇáÈíåÞí)
- Disahihkan oleh Albani dlm Tamamul Minnah ÕÍíÍ¡ ÇäÙÑ: ÊãÇã ÇáãäÉ 340
Manakala Abu Hanifah dan Abu Yusuf mempermudahkannya spt kata THTL.
:aklam
http://www.zayed.com