SJ-05-0093 : "Qudwah" antara imam dan makmum?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0093 : "Qudwah" antara imam dan makmum?

assalamu'alay-kum

setelah mendengar suatu kuliyah di tempat ana, ustaz itu mengatakan bhw perlunya ada qudwah yakni ikatan antara makmum dan imam. hal ini berbeza antara surau dan masjid. katanya, seandainya masjid, mmg terpulang makmum sama ada nampak atau tidak pergerakan imam, tapi katanya, jika jemaah di surau, maka makmum perlu sekurang2nya nampak pergerakan imam dan tidak memadai sekiranya hanya mendengar takbir intiqalah yg diucapkan imam.

benarkah begitu? bgmana pandangan ulamak ataupun imam lain krn pd hemat ana, mgkin ini adalah perincian ulamak golongan syafi'iyyah..

mohon komentar.

WA

SJ-05-0093 : "Qudwah" antara imam dan makmum?

:wassalam

alJawab:

Ini termasuk memperincikan sesuatu yang pada asalnya tidak dibahaskan. perbedzaan antara qudwah solat di surau dan mesjid sebenarnya tidak ada dalam kitab2 fiqih. ini kerana perbahasan qudwah hanya merujuk pada mesjid jaami', atau mesjid induk yang besar, banyak tiang dan safnya yang banyak hingga Imamnya pasti terlindung dari makmum yang masbuk, melainkan berqudwah dengan sistem pembesar suara (PA system).

Adapun surau mengikut definasinya adalah suatu tempat yang kecil dan sempit, maka isu qudwah tidak perlulah dibahaskan pada surau dan bilik sembahyang. sekian