:salam
Maafkan saya jika tersalah ruang untuk menghantar soalan ni sebab saya pun tak tahu ruang forum mana dalam al-ahkam ni utk adukan benda ni. Jadi saya nak minta pendapat panel berkenaan permasalahan yang saya dan mungkin sahabat2 lain hadapi.
Saya ada seorang rakan dan dia merupakan rakan sebilik saya. Kami sudah setahun setengah menjadi rakan sebilik. Apa yang merunsingkan saya, sampai kadang2 tension jugak..ialah berkenaan penjagaan solatnya. Dia seorang yang suka melengahkan waktu solat. Sehinggakan sudah tamat waktu solat tersebut, baru nak tunaikan. Kadangkala kalau malas/terlupa/tak sempat..dia tinggal terus. Walhal sebenarnya dia mempunyai banyak je masa yang dibazirkan pada perkara2 tak sepatutnya. Solat yang sangat payah sekali adalah subuh dimana dia jenis yang susah utk dikejutkan. Kalau dapat kejut tu ibarat boleh buat kenduri kesyukuran. Kdg2 dia akan marah bila dikejutkan tapi dia tak berapa nak tunjuk.
Setiap kali tiba waktu solat, saya akan mengatakan pada dia isyarat supaya dia bersolat. Tapi dia jenis yang bila kita ajak/suruh/tegur..dia akan senyap dan bergantung pada moodnya nak solat ke tak (ni masalah sikap manusia..tak dapat nak buat apela). Saya juga byk nasihatnya dgn cara2 lain sprt menghantar message online, menghantar sms dan sebagainya tetapi hasilnya tetap sama selama setahun stengah nih. Tinggal harapan berdoa jela utk dia.
Permasalahan ini menyebabkan saya sentiasa dalam dilemma. Hinggakan kawan2 lain melihat saya penuh dengan kerunsingan. Saya runsing bukannya apa..sebab saya musykil sama ada ini keaiban rakan sebilik saya atau macam mana? Saya ade dengar bahawa keaiban seorang kawan muslim jgn kita cerita pada orang lain..nanti Allah buka keaiban kita di hari akhirat. Tapi bila saya sorang menananggung permasalahan ini, menyebabkan saya agak tension. Tambah pulak bile fikir sama ada saya akan mendapat dosa kerana dia tak solat..atau Allah akan soal saya di akhirat kelak..wallahu'alam. Minta bagi panduan dan kalau boleh ade dalil2 tentang meninggalkan solat ni..saya cuba cari tapi takot hadith2 tu tak sahih pulak.
Harap dapat membantu.
Jazakumullahukhairan kathira
:wassalam
-HambaAllah-
p/s: nama saya mmg hambaAllah dalam bhs arab..heh..
:wassalam
al-Jawab:
Inilah rahsia Allah turunkan surat al-'Ashr atau Masa)
" Demi masa.
Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian,
KECUALI orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh
dan nasihat-menasihati dengan kebenaran dan nasihat-menasihati dengan kesabaran." QS al-Ashr: 103: 1-3
Bahawa mengajak manusia kepada tawhid dan mengerjakan amal soleh, antaranya solat bukannya kerja setahun dua tahun. Saya sendiri sebagai ayah kepada anak-anak yang semakin remaja, terpaksa bersabar mengejutkan mereka bangun solat subuh saban hari.
Apatah lagi para Nabi-nabi AS, lihat sahaja Nabi Nuh AS, berapa lama dia bersabar dengan kaumnya. Nabi kita Muhammad saw bersabar selama 13 tahun di Kota Makkah.
Jadi ayat ini menjelaskan anda tidak rugi, tapi kawan anda itulah yang merugi dan menzalimi dirinya sendiri. Tapi sebagai rakan sebilik, anda kena terus sabar dan menasihati beliau, hinggalah sampai satu turning point dalam jiwanya melihat kegigihan dan keikhlasan anda. Pasti, satu hari, dia akan berterimakasih kepada anda...! Teruskan memberi nasihat, anda anda adalah termasuk kaum yang diberi tahu oleh Allah, anda tidak termasuk manusia yang rugi...