SJ-05-0177 : Sah Khutbah Jumaat

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0177 : Sah Khutbah Jumaat

Assalamualaikum,

bebaru ni, terjadi di salah sebuah masjid di Pandan, selepas selesai khutbah ke 2, muncul seorg mengambil mike dan berkata bahawa khutbah jumaat tidak sah kerana khatib tidak duduk diantara dua khutbah. Lalu beliau melafazkan bacaan khutbah ke 2 selepas itu. Kami jemaah kemudian bersolat jumaat berimamkan khatib seperti biasa. yakni tanpa sujud sahwi ataupun solat zuhur terkemudiaannya.

namun setelah selesai solat jumaat, sekumpulan drpd jemaah bangun mengerjakan solat zuhur.

setahu saya duduk antara 2 khutbah adalah syarat sah khutbah mengikut syafie. Apakah perlakuaan sewajarnya jika berlaku perkara diatas.

terima kasih

SJ-05-0177 : Sah Khutbah Jumaat

salam,

Allahu ta'ala 'alam. Para ulama' khilaf. Dan semmgnya dalam mazhab syafi'i spt yg terdapat di dlm fiqh manhaji mengatakan bhw duduk itu menjadi syarat sah kpd khutbah. Ini berdasarkan kpd hadis bukhari dan muslim yg memaparkan Rasulullah duduk di antara khutbah. Namun mazhab hanbali tidak pula berpendpt demikian. Dr Wahbah dalam Fiqh Islami jil 2 mengatakan mustahab duduk di antara dua khutbah.

Persoalannya, apabila ada khilaf spt di atas, apakah perkara di atas wajar berlaku?

Kita di M'sia rata2 bermazhab syafi'i. Jadi berdasarkan fiqh syafi'i khutbah berkenaan semmgnya tidak sah. Tetapi, ingin juga kita bertanya, apakah semua yg kita amalkan di m'sia ini mazhab syafi'i? Sedar ataupun tidak, byk juga kita menyimpang darinya termasuk juga dalam bab solat jumaat ini. Pon begitu, tidak pula kita mengatakan jumaat itu tidak sah. Mungkin krn tidak tahu, maka tidak pula mereka bangkit sptmana kes di masjid pandan yg enta maksudkan.

Oleh itu, dalam hal yg khilaf, kita tidak boleh bertegas. Sptmana kaedah fiqh mengatakan 'La yunkaru al-mukhtalafu fihi wa innama yunkaru al-mujma'u 'alaih' iaitu tidak dingkari perbuatan yg diperselisihkan, apa yg diingkari ialah yg telah disepakati. WA.

wassalam