SJ-05-0186 : solat hormat waktu?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0186 : solat hormat waktu?

assalamu'alaikum.saya nak bertanya mengenai solat hormat waktu yang dilaksanakan oleh para jemaah haji dan juga umrah.sebelum ini sudah ada response dari syeikh thtl mengenai solat hormat waktu.

thtl wrote:
Adapun menyentuh bab Solat hormat waktu yg diajukan itu adalah termasuk solat bid'ah dan Muzakarah Haji kebangsaan telahpun memansuhkan pelaksanaan solat hormat waktu bagi jemaah Haji Malaysia di atas kapalterbang. Isu solat hormat waktu sering berkemundang dalam kursus Haji kerana isu 400++ jemaah Haji di atas pesawat sewa khas yang tidak dapat menggunakan tandas pesawat (sebagai tempat berwudhu') untuk menunaikan solat ketika penerbangan terus KLIA-Jeddah. WA

SJ-05-0181 : Kaedah Fiqh (Solat hormat waktu)

tapi saya ingin kepastian yang lebih,seperti:

1-dari mana,bagaimana,mengapa dan bilakah solat seperti ini timbul/wujud?
2-dan qaul ulama' yang menyebut mengenai solat ini.

dan saya juga mendapat tahu bahawa ianya masih diajar dalam modul pembelajaran untuk mengerjakan haji dan umrah.ini kerana ada seorang rakan telah mengatakan bahawa solat hormat waktu boleh dilakukan dalam keadaan terdesak seperti kesesakan jalan raya dan di dalam kapal terbang.dan dia belajar mengenai perkara ini ketika mengikuti kelas mengerjakan umrah.saya telah cuba merujuk kitab2 fiqh untuk memberi penjelasan kepada beliau,tetapi tidak menjumpai jawapan yang jelas.mohon pencerahan.

SJ-05-0186 : solat hormat waktu?

:wassalam

al-Jawab:

Istilah "Solat Hormat Waktu" ini masih terdapat dalam buku Panduan Haji & Umrah terbitan Lembaga Zakat Selangor karya Syekh al-Maqari Hj Othman Hamzah, Imam Besar Mesjid SAAS Shah Alam, edisi pertama 2006, mukasurat 71. Malangnya pengarang tidak menyatakan sumber rujukannya dari mana istilah dan konsep pelaksanaan solat hormat waktu ini. istilah ini mengelirukan dan bercanggah dengan qarar Muzakarah Haji Kebangsaan.
Kami juga setakat ini belum dapat mengesan dari mana asalnya istilah solat hormat waktu. WA