SJ-05-0191 : X bangun solat

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0191 : X bangun solat

Salam,

seorang yg kadang2 bila letih , maka dia tido awal.belum solat isyak.dia akan set jam 5 pagi untuk solat isyak.kebiasaannya dia bangun solat Isyak.

tapi 1 hari bila dia terjaga. dah masuk subuh. apakah dia perlu solat isyak juga? berdosakah dia?

SJ-05-0191 : X bangun solat

:wassalam

al-Jawab:

Amalan atau budaya yg anda amalkan ini menyalahi sunnah Muhammad saw:

1. Solat hendaklah diamalkan pada awal masuk waktu.

Dalil: " sesungguhnya solat adalah kewajiban yg ditentukan waktunya. "AQT 4:103

Dalil hadith: Dari Ibn Mas' ood ra,

apakah amal yang paling afdhal?, sabda baginda,"solat tepat pada waktunya" [Muttafaq 'alaih]

2. Waktu berakhirnys solat Isyaa' tanpa dharurat ialah sehingga separuh malam atau sepertiga malam (al-Albani, Tamam alMinnah/142)

3. bila kita sengaja tidur utk melewat-lewatkan solat isyaa' hingga hampir kepada subuh, ia dianggap lalai. dalilnya:

"Tidur bukan satu kelalaian, tapi yang dikatakan lalai ialah seseorang yg tidak melaksanakan solat hingga masuk waktu solat yg lain". [Muttafaq alaih]

4. jika seseorang terlepas waktu solat tanpa udzur hingga luput waktunya.

ada dua hukum:

a. Wajib qadha' mengikut madzhab yg 4 (aalMajmuu', 3/71),
b. Tidak wajib qadha' yg merupakan pendapat Imam Ibn Hazm, Syaikhul Islam Ibn Taymiyah, al-Muhaddith al-Albani dan syaikh Uthaimiin (syarh alMumti' , 2/132).

oleh kerana ia masalah berat, maka solatlah terlebih dahulu sebelum anda tidur. Jadikan ia suatu kebiasaan. sekian WA