Jazakallah, kerana menjawab persoalan saya dahulu :mrgreen: , amat bererti bagi orang yang jahil seperti saya. ::cry:
Quote:
Do not pray towards the graves, and do not sit on them
Aslmkm,
Masjid di kampong saya qiblatnya menghadap kubur, macam mana? Adakah perlu saya solat di surau lain, tapi solat Jumaat hanya di adakan di masjid berkenaan sahaja di kampong saya.
Maafkan saya yang jahil ni.........terima kasih
al-Jawab:
Hadith bahasa Inggeris yang anda quote tu adalah hadith sahih yg dikeluarkan oleh Ahmad & Muslim, dari Abu Mirtsad al Ghanawi ra, (sabda saw) Janganlah kamu solat menghadap kuburan dan janganlah kamu duduk di atasnya" (Fiqh Sunnah, 2/155). Hadith ni mengenai larangan umat Islam membangun mesjid yang mana di dalamnya terdapat kubur wali-wali atau orang2 soleh dan mereka solat menghadap kepada kubur tersebut atau meminta dari kubur2 tersebut. Ini kerana fenomena kesyirikan selalunya bermula dengan kubur-kubur wali, atau dalam ugama Yahudi, kubur2 nabi-nabi mereka. Kemudian mereka membina monument dan akhirnya membina rumah ibadah di atas maqam tsb dan akhirnya mereka solat menghadap kepada kubur-kubur tsb.
Adapun kebanyakan mesjid di Malaysia, kawasan perkuburan itu adalah di sekitar mesjid. misalnya di Madinah, ialah perkuburan Baqi' yang bersebelahan mesjid Nabawi. Maka kebetulan mesjid yang anda sebutkan di atas, di mana lot kuburnya adalah berada di arah kiblat mesjid. Kemungkinan tanah waqaf utk kubur itu adalah diperolehi setelah siapnya mesjid, maka sebab itulah lot kubur itu berada di arah kiblat. Ia tidaklah dimaksudkan oleh hadith itu kerana lot kubur itu berada di luar mesjid. Perbahasan larangan solat menghadap kuburan ada dalam kitab Fiqh Sunnah jilid 2 dan 4. WA