SJ-05-0291 : Duduk Istirahat

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0291 : Duduk Istirahat

:salam

Sejauh mana kekuatan dalil yang mana menunjukkan ada duduk selepas sujud ke-2?

JKK

SJ-05-0291 : Duduk Istirahat

wa'alaikumussalam

Soalan ini sudah di jawab oleh Ustaz Abu Umair. Berikut jawapan beliau :-

Abu_Umair wrote:
Sabit dalam sahih Bukhari daripada hadis Malik bin Huwairith, bahawa beliau melihat Nabi SAW bersolat, apabila pada rakaat ganjil (pertama dan ketiga), baginda tidak bangun sehinggalah duduk tetap.
Sahih Bukhari (no: 789).

Berdasarkan hadis ini, mazhab Syafie mengatakan duduk istirahat sebelum bangun adalah sunnah. Manakala jumhur ulama mengatakan tidak sunnah kerana duduk istirahat tidak disebut dalam mana-mana hadis lain tentang sifat solat Nabi SAW.

Mazhab Syafie dikuatkan dengan:

-kaedah: Asal bagi perbuatan Nabi SAW adalah sebagai satu tasyrie' (pensyariatan) dan ia diikuti oleh umatnya, melainkan ada dalil yang mengatakan ia disebabkan illah lain.

-Malik bin Huwairith yang meriwayatkan hadis duduk istirahat, dia lah juga yang meriwayatkan hadis "Sembahyanglah kamu sebagaimana kamu melihat aku sembahyang".

Ucapan hadis ini diucapkan oleh Nabi ketika Malik bin Huwairith datang ke Madinah dan bersama Nabi selama lebih kurang 20 hari 20 malam. Dan pada ketika itulah Malik melihat Nabi solat dengan duduk istirahat, dan pada ketika sama itulah Malik mendengar Nabi bersabda: "Sembahyanglah sebagaimana kamu melihat aku sembahyang".Wallahu A'lam.

خيرالأمين