:salam
boleh tak panel ahkam nyatakan sumber bagaimana terjadinya pendapat batas pergerakan maksimum dalam satu rukun solat ialah 3 kali shj??dan bagaiman pula komentar fuqaha muktabar dalamh hal ini??
syukran..
:wassalam
Sumber Rujukan Islam Anda..
:salam
boleh tak panel ahkam nyatakan sumber bagaimana terjadinya pendapat batas pergerakan maksimum dalam satu rukun solat ialah 3 kali shj??dan bagaiman pula komentar fuqaha muktabar dalamh hal ini??
syukran..
:wassalam
:wassalam
al-Jawab:
Sebenarnya tiada dalil dalam isu pergerakan dalam solat yang mengakibatkan solat menjadi batal. Oleh kerana tiada dalil, maka terjadilah perbahasan fuqaha'. Yang masyhur dalam madzhab Syafi'iy ditetapkan solat batal jika tiga (3) kali pergerakan secara berturut-turut (Abu Ishaq al-Syirazi, al-Muhadzaab (1/125). Maka setiap madzhab membataskan dan merincikan skop pergerakan dalam solat ini mengikut penyelidikan dan ijtihad masing-masing.
Komentar Syaikh Saleh al-Uthaimiin, mantan Mufti ' Aam KSA, katanya:
" Tidak ada ketetapan bilangan pergerakan yang boleh membatalkan solat. Ia dikembalikan kpd tanggapan kebiasaan orang ramai, jika ia bergerak dalam solat dengan banyak, seolah-olah ia bukan solat, maka solat itu menjadi batal. tapi tidak boleh menentukan bilangan pergerakan kepada bilangan yang spesifik kerana ia memerlukan dalil." [Majmu' Fatawa, 13/311) sekian WA