:salam .
Minta syarah hadith berikut:
Imam itu dilantik untuk diikuti, oleh itu, janganlah kamu rukuk sehingga imam sempurna rukuk dan janganlah kamu bangkit sehingga dia sempurna bangkit. (hadith riwayat al-bukhari)
Sumber Rujukan Islam Anda..
:salam .
Minta syarah hadith berikut:
Imam itu dilantik untuk diikuti, oleh itu, janganlah kamu rukuk sehingga imam sempurna rukuk dan janganlah kamu bangkit sehingga dia sempurna bangkit. (hadith riwayat al-bukhari)
Bismillahi wal hamdulillah,
Al-Jawab :
Hadis tersebut adalah hadis sahih yang direkodkan oleh Imam Bukhari : 734 dan Imam Muslim 417.Juga terdapat dalam Musnad Imam Ahmad : 7104 , Abu Daud : 603 dan An-Nasaie : 921
Antara intipati yang dapat diambil dari hadis tersebut secara ringkasnya ialah :
1. Wajib mengikut Imam semasa dalam solat berjemaah.
2. Makmum mestilah mengikuti perbuatan Imam selepas imam selesai melakukan sesuatu rukun
dalam solat.Seperti hendaklah imam rukuk terlebih dahulu barulah diikuti oleh perbuatan
makmum.
3. Makmum tidak boleh mendahului perbuatan imam atau melakukan secara serentak
(bersama-sama) Ini kerana perbuatan tersebut adalah dilarang.
4. Sekiranya makmum sengaja mendahului perbuatan Imam ,maka solat makmum tersebut
adalah terbatal mengikut qaul (pendapat) yang rajih.
5. Suruhan mengikut imam ini adalah pada perbuatan dan perkataan dalam solat.
6. Mafhum daripada hadis ini juga menerangkan kepada kita bahawa tidak sepatutnya / tidak
boleh makmum menyalahi segala perbuatan imam termasuklah dalam bab niat.Tidak boleh
sekiranya imam berniatkan solat fardhu ,tetapi makmum berniatkan solat sunat dan begitulah
sebaliknya.
7. Syaikhul Islam Ibn Taimiyyah mengatakan bahwa : mendahului imam adalah haram.Maka
tidak boleh seseorang melakukan perbuatan rukuk sebelum imam rukuk dan sujud sebelum
imam sujud , begitulah setersusnya.
WA
Ruj :
Taudhih al-Ahkam min bulughil Maram , As-Syaikh Abdullah bin Abd Rahman Al-Bassam , Jilid 2 , Bab solat Jama’ah.
الراجي رحمة ربه الجوّاد http://aljawhar.wordpress.com