salam ustaz,
situasinya begini, anak kurang sihat, meraung-raung mintak perhatian, kita tinggal keseorangan ketika tu bersama anak, n waktu solat pun sikit lagi jer nak tamat...
so, camna nak buat? mana yang patut di prioritas kan...? kalau solat pun, gerenti amat tidak khushuk. kalau tinggal solat, n pastu qadha balik waktu lain ok x...? kira darurat x ni...?
ÈÓã Çááå
æÇáÍãÏ ááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ
Situasi anak kecil meraung minta perhatian, bukan satu darurat atau keperluan untuk melewatkan sembahyang sehingga keluar waktunya.
Apatah lagi, di dalam syariat sudah ada penyelesaiannya, iaitu dibenarkan bersolat sambil mendukung anak kecil. Kerana sabit dalam hadis bahawa Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam pernah bersolat sambil mendukung Umamah binti Zainab. Ketika qiyam, baginda mendukungnya, dan ketika sujud baginda meletakkannya sekejap.Kisah tersebut direkod dalam Sahih Bukhari (no: 494) dan Muslim (no: 543).
Wallahu A'lam
http://abuumair1.wordpress.com