:salam
sy ada soalan tentang solat:
baru2 ini,sy menghadiri kuliah agama.utz yg mengajar mengatakan kita tidak boleh keluar daripada solat dalam keadaan apa sekalipun,adakah ini benar?utz itu juga berkata,jika barang kita dicuri semasa solat,kita tidak boleh keluar dari soalt,tetapi bleh menghalangnya menggunakan tangan,saya agak musykil tentang ini.adakah ianya benar?
:wassalam
ÈÓã Çááå
æÇáÍãÏ ááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ
- Secara asas, seseorang yang sudah masuk ke dalam solat, wajib menyempurnakannya dan dilarang keluar daripada solat sehingga selesai. Kerana sengaja membatalkan solat termasuk dalam membatalkan ibadah, dan termasuk dalam umum ayat Quran:
æóáóÇ ÊõÈúØöáõæÇ ÃóÚúãóÇáóßõãú
Maksudnya: Dan jangan kamu membatalkan amalan-amalanmu. (Muhammad: 33).
- Namun, dibenarkan membatalkan sembahyang jika terdapat darurat atau keperluan yang bersangkutan dengan objektif syariat, seperti menjaga nyawa atau menjaga harta.
- Antara keperluan yang mengharuskan keluar daripada solat ialah: jika terlihat harta benda dicuri, sekalipun bukan harta benda miliknya. Kerana ia termasuk dalam memelihara harta benda. Dengan syarat, harta tersebut berharga, dan bukan suatu yang remeh temeh.
- Di dalam Ensiklopedia Feqah Kuwait, "Manakala membatalkannya dengan sebab yang syar'ie, maka ia suatu yang masyruk. Oleh itu, boleh dibatalkan sembahyang untuk membunuh ular kerana ada perintah supaya membunuhnya, dan boleh dibatalkan sembahyang untuk mengelak kehilangan harta yang bernilai samada kepunyaannya atau orang lain".
Wallahu A'lam.
http://abuumair1.wordpress.com
Tambahan:
Ibn Battal di dalam Syarah Bukhari menyebut bahawa tidak ada khilaf antara fuqaha, jika haiwan tunggangan seseorang lari ketika dia sedang bersembahyang, maka boleh berhenti sembahyang untuk mengejarnya.
Imam Bukhari membuat tajuk dalam Sahihnya: Bab Apabila Haiwan (Tunggangan) Lari Ketika Sedang Sembahyang.
Kemudian, beliau membawakan atsar Qatadah (secara ta'liq), bahawa beliau berkata: Jika bajunya dilarikan orang, maka boleh mengejar pencuri dan berhenti sembahyang.
Wallahu A'lam.
http://abuumair1.wordpress.com