SJ-05-0496 : Lupa Fatihah

Primary tabs

4 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0496 : Lupa Fatihah

:salam

Merujuk:

http://al-ahkam.net/forum09/viewtopic.php?f=95&t=14987&p=14987&hilit=+was+was+&sid=ba4e1115532f314e04a32bc237b9cd6a#p14987

Lupa baca Al-Fatihah batal solat.

Bagaimana sekiranya jika imam membaca surah panjang & lupa?

Re: Al-Fatihah

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

Surah yang dibaca selepas Fatihah dalam dua rakaat pertama, adalah sunat bukannya rukun sembahyang. Jika imam baca surah panjang lalu lupa, terus sahaja rukuk. Sah solatnya.

Wallahu A'lam.

Anonymous (not verified)
Al-Fatihah #2 (tolong merge)

Salam,

Soalan saya:
http://al-ahkam.net/forum09/viewtopic.php?f=9&t=38624

Mungkin tak jelas.

Maksud saya akibat Imam baca surah yg panjang (katala nak abis separuh juzuk) dan kemudian makmum ragu-ragu yg makmum itu dah baca alfatihah atau belum),apakah dia harus mengambil keputusan yg dia belum baca atau sebaliknya(sudah baca).

Kebiasaanya dia sudah baca.

Re: Al-Fatihah

Apabila seseorang bersembahyang, kemudian dia syak samada dia sudah membaca Fatihah atau tidak, kembali kepada hukum asal, iaitu dia belum membacanya. Maka wajiblah dia membaca Fatihah, kerana kaedah syak mesti diselesaikan dengan cara membina di atas keyakinan. (Fatawa Islamiyyah 1/324)

Cuma, bagi mereka yang selalu terkena masalah syak, hendaklah diketahui bahawa itu adalah was-was daripada Syaitan untuk merosakkan amalan ibadah hamba-hamba Allah. Maka abaikan sahaja lintasan-lintasan seperti itu.