asSalam ahli panel,
Tuk saya berumur 85thn dan mengalami kesulitan untuk mengambil wudu' setiap kali untuk menunaikan solat. Memandangkan kesukaran untuk bergerak bebas disebabkan uzur pada usia tua, adakah Islam membenarkan jika solat wajib 5 waktu dilakukan secara jama'?
Pohon pandangan tentang hal ini...
WasSalam
wa'alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda degan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.
Tuk anda sudah dikira UZUR dan mempunyai kesukaran untuk mengambil wudhu'. Jika tidak ada orang yang boleh membantu beliau untuk melakukan wudhu', dia dibenarkan menjama'kan solat Zohor dan Asar, dan Maghrib dan Isya'. Yang di larang adalah menqasar (memendikkan) solatnya.
Menurut Syiekh Al-Islam Ibn Taimiyah rh :
Didalam sebuah hadith riwayat al-Tirmudzi #128, Nabi :saw pernah memberikan ruhsah kepada seorang wanita yang menghadapi istihaadah dengan membenarkan wanita tersebut menjama' solatnya. Ini menunjukkan kesukaran dan keuzuran itu pelbagai. WA
Sekian, wassalam
خيرالأمين