SJ-07-0005 :Hukum Bacaan Pd Setiap Langkah mengusung jenazah

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-07-0005 :Hukum Bacaan Pd Setiap Langkah mengusung jenazah

Assalamualaikum warahmatullah

saya ingin bertanyakan berkenaan hukum bacaan tertentu pada beberapa langkah awal ketika menghantar jenazah. Adakah ianya dilakukan ketika zaman rasulullah saw?

mohon kupasan drpd mereka yg punya ilmu untuk menjawab. Terima kasih

Re: SJ-07-0005 :Hukum Bacaan Pd Setiap Langkah mengusung jen

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami cuba menjawab soalan sdr insankecil dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Tidak ada bacaan2 tertentu pada langkah2 awal ketika mengiringi mayat. Ini tidak dilakukan oleh Nabi saw. Malahan ketika mengiringi mayat, para sahabat tidak menguatkan suara mereka. Syeikh Nasyiruddin al-Albani menulis :-

æíáÍÞ ÈÐáß ÑÝÚ ÇáÕæÊ ÈÇáÐßÑ ÃãÇã ÇáÌäÇÒÉ ¡áÇäå ÈÏÚÉ ¡ æáÞæá ÞíÓ ÇÈä ÚÈÇÏ : " ßÇä ÃÕÍÇÈ ÇáäÈí Õáì Çááå Úáíå æÓáã íßÑåæä ÑÝÚ ÇáÕæÊ ÚäÏ ÇáÌäÇÆÒ " . ÃÎÑÌå ÇáÈíåÞí ( 4 / 74 ) ÈÓäÏ ÑÌÇáå ËÞÇÊ .
æáÇä Ýíå ÊÔÈåÇ ÈÇáäÕÇÑì ÝÅäåã íÑÝÚæä ÃÕæÇÊåã ÈÔÆ ãä ÃäÇ Ìíáåã æÃÐßÇÑåã ãÚ ÇáÊãØíØ æÇáÊáÍíä æÇáÊÍÒíä[1].
æÃÞÈÍ ãä Ðáß ÊÔííÚåÇ ÈÇáÚÒÝ Úáì ÇáÇáÇÊ ÇáãæÓíÞíÉ ÃãÇ ãåÇ ÚÒÝÇ ÍÒíäÇ ßãÇ íÝÚá Ýí ÈÚÖ ÇáÈáÇÏ ÇáÇÓáÇãíÉ ÊÞáíÏÇ ááßÝÇÑ . æÇááå ÇáãÓÊÚÇä .

"Termasuklah perkara yang dilarang iaitu menguatkan suara dengan zikir ketika dihadapan jenazah, kerana sesungguhnya ia adalah bid'ah, dan telah berkata Qais Ibn Abbad : ((Para sahabat Nabi saw membenci menguatkan / mengeraskan suara disisi jenazah)). Hadith dikeluarkan oleh al-Baihaqi (4/74), dengan sanad Rijal yang thiqah. Kerana sesungguhnya ini adalah meniru2 Nasrani, pada masa membaca bible mereka menyanyikan dengan suara yang sedih melambangkan kesedihan mereka [Lihat al-Azkar ms 203]. Dan yang sangat buruk apabila meniru kebiasaan mereka dengan mainan alat2 musik yang irama yang melambangkan kesedihan, sebagaimana yang dilakukan oleh beberapa negara Islam kerana meniru orang kafir. Demi Allah memohon segala perlindungan" [Ahkam al-Janaaiz, ms 92].

Al-Imam al-Nawawi (sebagaimana yang dipetik didalam notakaki Sy. al-Albani) menyokong akan kebenaran ini didalam Kitab Al-Azkar, katanya :

æÇÚáã Ãä ÇáÕæÇÈó ÇáãÎÊÇÑó ãÇ ßÇä Úáíå ÇáÓáÝõ ÑÖí Çááøå Úäåã ÇáÓßæÊõ þ Ýí ÍÇá ÇáÓíÑ ãÚ ÇáÌäÇÒÉ ÝáÇ íõÑÝÚ ÕæÊñ ÈÞÑÇÁÉ æáÇ ÐßÑ æáÇ ÛíÑ Ðáß¡ æÇáÍßãÉ Ýíå ÙÇåÑÉ æåí Ãäå ÃÓßäõ áÎÇØÑå æÃÌãÚõ áÝßÑå ÝíãÇ íÊÚáÞ ÈÇáÌäÇÒÉ æåæ ÇáãØáæÈõ Ýí åÐÇ ÇáÍÇá¡ ÝåÐÇ åæ ÇáÍÞø¡ æáÇ ÊÛÊÑøäø ÈßËÑÉ ãä íõÎÇáÝå¡ ÝÞÏ ÞÇá ÃÈæ Úáíø ÇáÝõÖíá Èä ÚöíÇÖ ÑÖí Çááøå Úäå ãÇ ãÚäÇåþ:þ ÇáÒãú ØÑÞó ÇáåÏóì¡ æáÇ íÖÑøõßó ÞáøÉõ ÇáÓÇáßíä¡ æÅíÇß æØÑÞó ÇáÖáÇáÉ¡ æáÇ ÊÛÊÑøó ÈßËÑÉ ÇáåÇáßíäþ.þ
"Ketahuilah bahawa yang benar dan menjadi pilihan adalah apa yang dilakukan oleh para salaf ra iaitu mereka diam (tenang) didalam mengiringi jenazah, dan tidak meninggikan suara dengan membaca, berzikir dsb, dan hikmahnya jelas kelihatan, iaitu agar kita merenung dan menghayati makna kematian, dan itulah yang dituntut didalam hal ini, dan ini adalah yang benar, dan janganlah terpengaruh dengan kebanyakkan orang yang menyalahinya. Telah berkata Abu Ali Al-Fadhil bin 'Iyad ra iaitu : Tetapkalah dengan jalan hidayah, jaganlah merasa sedih kerana sedikit orang mengikutinya, dan berhati2 dengan jalan kesesatan, dan janganlah terpengaruh dengan kebanyakkan orang yang tergelincir" -[al-Azkar, ms 145, bab : ÈÇÈõ ãÇ íÞæáõå ÇáãÇÔí ãÚ ÇáÌóäóÇÒÉ ]

Bekas Mufti Arab Saudi, Syeikh Abdul Aziz bin Baaz pernah ditanya mengenai hukum menguatkan suara sambil membaca Laa ilaaha ill-Allaah atau Allahu Akbar semasa mengiringi mayat, beliau menjawab :

åÐÇ ãäßÑ áÇ ÃÕá áå Ýí ÇáÔÑÚ ÇáãØåÑ ¡ æÅäãÇ ÇáãÔÑæÚ ÚäÏ ÇÊÈÇÚ ÇáÌäÇÆÒ ÊÐßÑ ÇáÂÎÑÉ æÇáãæÊ æÇáÏÚÇÁ ááãíÊ ÈÇáãÛÝÑÉ æÇáÑÍãÉ ãä Ïæä ÑÝÚ ÇáÃÕæÇÊ ¡ æÞÏ ÞÇá ÞíÓ Èä ÚÈÇÏ ÇáÊÇÈÚí ÇáÌáíá ÑÍãå Çááå : ßÇä ÃÕÍÇÈ ÑÓæá Çááå Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó íßÑåæä ÇáÕæÊ ÚäÏ ËáÇË : ÚäÏ ÇáÌäÇÒÉ æÚäÏ ÇáÐßÑ ¡ æÚäÏ ÇáÞÊÇá
"Ini merupakan suatu perkara yang mungkar yang tidak ada asalnya didalam syara' yang suci. Adalah disyara'kan ketika mengiringi jenazah agar mengingati Hari Akhirat dan mengingati mati, dan berdo'a agar Allah mengampun dan merahmatkan mayat, tanpa menaikkan suara. Qais ibn Abbad, Taabi'i' besar berkata ((Para sahabat membenci suara2 didalam 3 keadaan : ketika kematian, ketika berzikir dan ketika berperang))" -[Majallat al-Buhooth al-Islamiyyah, 68/36].

Begitulah pandangan ulama2 berkenaan masalah meninggikan suara ketika mengiringi jenazah, baik dengan berzikir sekalipun tidak disukai, inikan pula disertai dengan perkataan2 yang tidak disyara'kan.

wassalam
========
Rujukan :

1. Syeikh Muhammad Nasyiruddin al-Abani. Ahkam al-Janaaiz wa bida'uhaa. cet. baru. Riyad : Maktabah al-Ma'aarif, 1992.

2. Al-Hafiz Imam al-Nawawi. l-Azkar. Beirut : Daar al-Ma'rifah, [tt]. ms 145.

خيرالأمين