SJ-07-0017 : Benarkah ini maksudnya (Kalimah Masya Allah)

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-07-0017 : Benarkah ini maksudnya (Kalimah Masya Allah)

"Mesej dari sahabat cyber ana....
rase sesuai kalau dihantar disini...
harap-harap ia dijadikan ikhtibar buat kita bersama

Pengunaan "Masyaallah" dlm percakapan seharian.
Sebarkan kepada kawan/sahabat. kadang2 kita terpengaruh dengan movie, terutama cerita p ramlee yang banyak menggunakan "MasyaAllah dalam situasi yang silap. bayangkan jika anda forward kan kepada sahabat2 lain, pahala akan terus berganda macam juga buat selling-networking.

Saya dapati ramai di kalangan kita menggunakan lafaz "MasyaAllah" ketika berhadapan dengan situasi yang tidak disukai atau tidak elok, contoh ketika anak2 kita buat perangai nakal.

Sebenarnya istilah "MasyaAllah" bermaksud ALLAH THE ALMIGHTY atau ALLAH YANG MAHA AGUNG .

Mengikut buku "What Do Say" by Kathyn Abdullah, kita menggunakan istilah "MasyaaAllah" bila kita melihat "something nice" seperti melihat bayi/kanak2 yg comel, ketika menjamah makanan yang sedap, terbau wangi- wangian dan sebagainya.

Jadi pengunaan MasyaAllah ketika berhadapan dengan situasi yg tidak elok adalah salah dan tidak digalakkan. Yg patut kita lafaz ialah"Astagfirrullahhalazim" (Aku memohon ampun kepadamu Ya Allah) atau pun "Innalillah" (Kepada Allah kita kembali)."

Sepanjang pengetahuan saya, Allahuakbar itulah ALLAH THE ALMIGHTY.... ::?: ::?: ::?: Minta Ustaz2 atau sesiapa saja yang mahir Bahasa Arab meresponnya...Wallahua'lam.

Re: Benarkah ini maksudnya (Kalimah Masya Allah)

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr SunanDrajad dari UIAM dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Benar makna Allahuakbar itu ialah Allah the almighty atau Allah Yang Maha Besar. Manakala makna Maa-Syaa-a-Allah adalah lebih kurang maksudnya "apa yang diKehendaki Allah" atau "As Allah Willing" atau "As God Willing". Perkataan Maa-Syaa-a-Allah ini terbahagi kepada 3 perkataan :

1. Ma (ãóÇ ) - harf (huruf atau particle), yang boleh membawa maksud Dia yang (ÇáøóÐöí) (he whom, that which, which, what ever, what so ever) Apa (ãóÇÐ) dan juga bukan (not,áóãú ).

2. Syaa-a (ÔÇÁó) - fa'il (perbuatan atau verb), yang membawa maksud (ÃóÑóÇÏ) - kehendak, keinginan, (design to , be willing(to) , designate , intend ). Kamus al-Muwrid menambah - "to want, wish, desire, will, be willing (to), to intend, purpose, have in mid".

3. Allah ( Çááå) - Isim (nama atau nouns).

"Apa yang Allah kehendaki", "As Allah willing " ãÇ ÔÇÁ Çááå

Didalam scenario kita di Nusantara, perkataan Maa-Syaa-a-Allah ini menunjukkan keta'juban atau terkejut atau sesuatu yang mengemparkan. Di negara Arab, perkataan Maa-Syaa-a-Allah disebut sebagai menandakan kegembiraan. Keadaan dan suasana perkataan Maa-Syaa-a-Allah digunakan dengan pelbagai maksud. Akan tetapi, maksudnya tidak berubah :- dari segi kegembiraan pun ia merupakan "Apa yang Allah kehendaki" dan juga terperanjat juga merupakan "Apa yang Allah kehendaki". Ibn Kathir menyatakan bahawa terdapat dikalangan salaf apabila melihat perkara yang ajaib mengenai harta dan anak akan menyebut :-

ãÇ ÔÇÁ Çááå áÇ ÞæÉ ÅáÇ ÈÇááå
"Maa-Syaa-aAllah La Quwata illa billlah"

Sebagaimana firman Allah swt :-

æóáóæúáóÇ ÅöÐú ÏóÎóáúÊó ÌóäøóÊóßó ÞõáúÊó ãóÇ ÔóÇÁó Çááøóåõ áóÇ ÞõæøóÉó ÅöáøóÇ ÈöÇááøóåö Åöäú ÊóÑóäö ÃóäóÇ ÃóÞóáøó ãöäúßó ãóÇáðÇ æóæóáóÏðÇ
"Dan sepatutnya semasa engkau masuk ke kebunmu, berkata: (Semuanya ialah barang yang dikehendaki Allah)! (tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah)? Kalau engkau memandang aku sangat kurang tentang harta dan anak berbanding denganmu." [al-Kahfi : 39].

1. Yang salah ialah apabila kagum melihat maksiat, perkara buruk dsb lalu berkata Maa-Syaa-a-Allah - "Apa yang Allah kehendaki", seolah2 menyatakan 'apa nak buat, dah takdir buat maksiat/jahat'. Sebaik2nya hendaklah kita berlindung dengan Allah dari kemaksiatan tersebut dan juga beristighfar.

2. Kesalahan kedua ialah kesalahan dari segi sebutan panjang MAA dan juga tulisannya. Kesalahan ini akan membawa kepada pengertian yang salah. Dari segi tulisan, huruf MA di kombinasikan dengan huruf Syaa-a :-

"MaSyaa-a-Allah" - ãÔÇÁ Çááå - yang membawa maksud "Penyebar adalah Allah / A spreader is Allah"

Kesalahan2 ini bukan sahaja berlaku kepada mereka2 yang bukan Arab, malah ini diberlakukan juga dikalangan orang2 Arab sendiri. Disini saya paparkan beberapa website yang melakukan kesalahan tersebut (terutamanya forum2 arab) :-

ãÔßæÑíä ÃÈäÇÁ ÓÇáã Úáì ÇáÑÏ æÇáÊÑÌãå ãÔÇÁ Çááå Úáíßã Çááå íÍÝÙßã
http://bukhalifa.com/zayed/archive/index.php/t-5861.html

ãÔÇÁ Çááå Úáíß ÇÎÊí ÝØÇãí
http://www.uae2020.net/forum/archive/index.php/t-296.html

ãÔÇÁ Çááå ÃåáÇ æÓåáÇ
http://www.atteb.com/Forums/lofiversion/index.php/t4414.html

ãÔÇÁ Çááå ÊÈÇÑß Çááå
http://alm3na.net/vb/printthread.php?t=5080

ãÔÇÁ Çááå ............. ãÔÇÁ Çááå
http://www.4gg4.com/vb/archive/index.php/t-2067.html

Sekian, wassalam
=========
Rujukan :

1. Munir Baalbaki dan Dr Rohi Baalbaki. Al-Mawrid. cet pertama. Beirut : Dar Al-Ilm LilMalayin, 1997.

خيرالأمين