:salam
Minta penjelasan dan kesimpulan dr ustaz agar tdk lg keliru;
Abu seorang yg sederhana,sembahyang,puasa,cuba menjadi muslim yg taat..walaupun ada kalanya tertinggal solat..Abu telah berkenalan dgn minah,berkawan lalu berminat terhadapnya,ada menyimpan di dlm hati utk dijadikan isteri.Dalam doanya selepas solat Abu memohon kpd Allah agar ditemukan jodoh dgn Minah sambil menyebut nama Minah di dlm doanya.Sekian lama Abu berdoa dgn cara itu,timbul rasa malu dan segan dlm hatinya terhadap Allah kerana menyebut nama Minah dlm doanya,sedangkan Abu juga kadang kala gagal menuruti perintah Allah..
Harap ustaz berikan ulasan/penjelasan pd perkara tersebut berkenaan doa Abu dan bagaimanakah cara yg sesuai bg Abu utk berdoa..walaupun bagaimanapun Abu ttp redha sekiranya jodohnya dgn Minah tiada.Sekian
wa'alaikumussalaam...
ini adalah pendapat saya...wallahu a'lam..
tidak salah utk kita berdoa memohon ditemukan jodoh dengan sesiapa yang baik dan diyakini bahawa dia akan menjadi pasangan hidup yg salih/salihah. itu satu hal.
berkenaan dirinya yang kadangkala tidak mentaati Allah, itu adalah masalah lain. itu adalah kelemahan dirinya dan perlu diperbaiki.
berbalik kepada doa utk bertemu jodoh dengan seseorang yg disukai, perlulah melihat kepada beberapa perkara iaitu: adakah orang yg kita sukai itu orang yg baik dalam erti kata menjadikan hukum2 Islam sebagai panduan hidup? juga perlu diperhatikan adakah dia sudah menjadi tunang/dipinang oleh orang lain.
kalau betul2 nak mencari jodoh, pastikan diri mampu utk membina kehidupan bersama orang lain. orang tua2 kata, nak jaga anak orang ni bukan senang. itulah juga asas dalam Islam iaitu tanggungjawab terhadap keluarga.
pastikan juga berusaha untuk menyatakan hasrat hati (sekiranya sudah mampu dan melihat persoalan2 yg dikatakan tadi) dalam cara yg paling baik dan tidak mengandungi unsur2 tak betul seperti ajak keluar berdua2an ke apa ke. cakap direct tapi beradab sopan. gentleman la kan.
apa pun, tidak menjadi kesalahan berdoa sekiranya memang orang yg diminati itu orang yg beragama..
wallahu a'lam