Salam Akhi thtl
Thanks kos sudi jawab soalan ana yang rocker jiwang ni..huhu
Ana ada beberapa soalan, jumaat lepas ana terfikir tentang soalan ni
1. Ada sabit dari nabi s.a.w tak doa antara dua khutbah jumaat dan solat hari raya?
2. Menepati sunnah tak jika ana duduk tahayat akhir sama caranya dengan tahayat awal untuk solat dua rakaat
3. Apakah status tumbuhan buah-buahan yang ditanam di tanah kawasan perkuburan..Halal ke cam ne..org tua2 kelate ckp, makan buah2 dari kubur ni leh benak(bodoh)
4. Jika menyentuh isteri tak batal wuduk, cam ne jika tersentuh atau sengaja sentuh wanita yang bukan mahram kita?
Akhir sekali thanks akhi..apapun website ni makin mantap beb...
:wassalam
Al-Jawab:
1) Do'a antara dua khutbah Juma'at digalakkan tapi hendaklah dilakukan secara sendirian dan secara senyap-senyap. Dalilnya: HR Muslim dari Abu Burdah, dari ayahnya (Abu Sa'iid ra), sabda Nabi saw mengenai waktu mustajbnya do'a di hari Juma'at ialah "antara duduknya Imam hingga selesai solat (Jumaat)."(HR Muslim, Bulughul Maram, # 488) (Kata Imam Rashid Ridha, dilakukan dgn senyap, dalam hati pun boleh tanpa mengangkat tangan, alManar, 6/595)
Do'a antara dua khutbah Raya tidak tsabit kerana menurut sunnah, khutbah 'Ied hanya satu kali tidak seperti khutbah Jumaat (dua kali). (Syaikh Ali Hasan al-Halabi, ahkam al-'Iedaian, dar Ibn Hazm, Beirut)
2. Duduk secara iftirasy utk solat dua raka'at adalah menepati sunnah, demikian kata al-Albani dalam Sifat Solat Nabi SAW (mukhtasarnya, edisi Indon, 193)
3. Pokok buah-buahan di kawasan perkuburan. Ia bergantung kepada status tanah perkuburan itu samada ia tanah wakaf atau tanah milik kerajaan. Sebaiknya ditanya kepada penjaga tanah perkuburan itu sebelum mengambilnya.
Mengenai makan buah dari pokok yang tumbuh di kawasan kubur dan kaitannya dengan benak (bodoh), tiada nas yang mengatakan demikian dalam mana-mana kitab, kemungkinan ia adalah helah penjaga tanah kubur supaya budak-budak nakal tidak mencuri buah-buahan di kawasan kubur tersebut. WA
4. Menyentuh mana-mana perempuan ni sama saja hukumnya dalam madzhab Syafi'iy, samada isteri sendiri, mahram atau bukan mahram semuanya batal secara mutlak.
Pendapat yg rajih yang dipilih oleh Syaikhul Islam dan al-Qardhawi ialah tidak batal secara mutlak jika menyentuh mana-mana perempuan baik dgn syahwah ataupun tidak (Fiqh Thaharah)
sekian