Assalamualaikum,
harap panel ahkam tolong bagi penerangan secara detail camne nak berubat orang yang di sihir atau dirasuk syaitan/jin yang mengikut manhaj salaf soleh?
Adakah perubatan keatas sihir ini perkara ijtihadi iaitu seperti perubatan konvensional atau ia memerlukan kepada dalil dan hujah agama.?
jazakallah kahiran kathira
wa'alaikumussalam
Kami akan cuba menjawab soalan flickerz dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.
Setiap penyakit, ada ubatnya, dari Jabir ra., bahawa Nabi :saw bersabda :-
Memang terdapat didalam hadith-hadith sahih yang meriwayatkan bagaimana para sahabat yang membaca al-Fatihah dapat menyembuhkan ketua kumpulan yang telah digigit ular. Kaedah ini pun tidak pernah di ajar oleh Nabi :saw secara terperinci,akan tetapi baginda meletakkan syarat :
Selain dari itu, didalam Tafsir Munir, baginda telah diajar oleh Jibril mengenai al-Mi’wadhatayn; surah al-Falaq dan surah Al-Nas, agar dapat menghindari diri dari terkena sihir. Terdapat juga banyak ruqyah (jampi) yang diajar oleh Nabi :saw kepada para sahabat bagi merawat sakit-sakit tertentu.
Secara umumnya yang dapat kita simpulkan, terdapat beberapa syarat didalam menjampi :-
1. Tidak melibatkan syirik (hanya memohon kepada Allah)
2. Menggunakan ayat al-Quran dan hadith-hadith Nabi :saw
3. Berdo' a didalam bahasa Arab atau penggunaan bahasa yang di fahami
4. Menyakini bahawa hanya Allah sahaja yang menyembuhkan penyakit atau sihir tersebut.
Berikut adalah contoh rawatan sihir yang kami petik dari Fatawa Syiekh Abdul Aziz bin Baaz rh, bekas Mufti besar Arab Saudi.
a. Ambil 7 helai daun bidara (sidr), dan ditumbuk menggunakan 2 ketul batu.
b. Dimasukkan daun tersebut didalam bijana air.
c. Bacakan ayat-ayat dibawah ini keatas air dan dituipkan keaatasnya.
d. Jika pesakit berada dihadapan anda, hembuskan kepadanya juga.
e. Air tadi dibuat mandi, dan selebih dibuat minum.
Berikut adalah bacaan2nya :-
Sekian, wassalam
خيرالأمين