:salam :8: kepada panel al-ahkam @ rakan2.... kalu kita perasaan setiap kali hbs solat berjemaah dan setiap kali habis berjemaah imam dan makmum berzikir dan berdoa bersama.. dah hbs bc doa imam akan sebut takobbalah hu minkum, makmum jwb ....minna waminkum takobbal yakarim.. sebenarnya dr mana asal sebutan n...?? nabi and para sahabat pernah sebut ke?? sekian...maaf sekiranya soalan ulangan..
Sumber Rujukan Islam Anda..
ÈÓã Çááå
æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ
- Setakat pengetahuan kami, bacaan berupa doa ini yang sering diamalkan di negara kita selepas selesai upacara zikir dan doa jamaie selepas solat, tidak dinukilkan daripada Nabi SAW.
- Maksud ucapan 'Taqabballahu Minkum' ialah: "Semoga Allah menerima amalan daripada kamu". Tidak salah berdoa dengan ucapan ini, sebagaimana doa-doa yang lain juga. Cuma menjadikan ia sebagai satu amalan khas selepas setiap kali solat adalah tidak menepati sunnah, dan mungkin disalahfahami bahawa ia suatu tuntutan syarak.
- Mungkin asal bacaan ini selepas selesai solat, kerana qiyas kepada ucapan seumpama ini yang diucapkan oleh salaf pada hari Raya bersempena selesainya ibadah puasa Ramadhan. Ucapan tersebut dinamakan sebagai ucapan Tahniah. Terdapat beberapa athar dan hadis berkenaan ucapan tahniah pada hari raya. Adapun selepas solat, tiada hadis berkenaan dengannya.
Wallahu A'lam.
http://abuumair1.wordpress.com