SJ-07-0174 : berkenaan qunut nazilah

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-07-0174 : berkenaan qunut nazilah

:salam

saya ada beberapa persoalan

1. kalau boleh tolong senaraikan bacaan2 qunut nazilah ma'thur dari nabi s.a.w.

2. bolehkah kita gabungkan bacaan2 qunut itu dalam 1 solat? atau ambil sebahagian dan gabungkan?

3. Bolehkah menambah perkataan sendiri (doa sendiri dalam bahasa arab) atau doa2 lain yg ma'thur tp bukan sebahagian dari qunut nazilah?

4. bg seorang imam pada solat sirriyyah, adakah perlu dijahrkan suara apabila membaca qunut tersebut?

Mohon pencerahan dari panel AAN..

SJ-07-0174 : berkenaan qunut nazilah

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan ini dengan kadar kemampuan yang ada, In Sya Allah

Berikut merupakan salah satu contoh Qunut Nazilah yang pernah dibaca oleh Umar ra. :-

Çááøåõãøó ÅöäøÇ äóÓúÊóÚöíäõßó æóäõÄãöäõ Èößó ¡ æóäóÊóæóßøóáõ Úóáóíúßó æóäõËúäöí Úóáóíúßó ÇáÎóíúÑó æóáÇó äóßúÝõÑõßó ¡ Çááøóåõãøó ÅíøóÇßó äóÚúÈõÏ ¡ æóáóßó äõÕóáøöí æóäóÓúÌõÏõ ¡ æóÅöáíßó äóÓúÚóì æóäóÍúÝöÏõ¡ äóÑúÌõæ ÑóÍúãóÊóßó æóäóÎúÔóì ÚóÐóÇÈóß ¡ Åöäøó ÚóÐóÇÈóßó ÇáÌóÏøó ÈöÇáßõÝøóÇÑ ãõáúÍöÞ¡ Çááåã ÚóÐøöÈö ÇáßóÝóÑóÉó æóÃåúáó ÇáßöÊóÇÈö ÇáøóÐöíúäó íóÕõÏøõæúäó Úóäú ÓóÈöíúáößó
dir="ltr">Maksudnya : "Ya Allah sesungguhnya kami memohon pertolongan dariMU dan kami beriman denganMu, dan kami bertawakkal kepada Mu, dan kami memuja Mu dengan kebaikan dan kami tidak mengkufuriMU, Ya Allah hanya engkau yang kami sembah dan kepada Mu kami menunaikan solat dan bersujud, kepadaMu kami berusaha, kami mengharapkan rahmatMu dan kami takutkan azabMu, sesungguhnya azabMu yang pedih akan dikenakan kepada orang-orang yang kafir, Ya Allah azablah orang-orag kafir Ahli kitab yang menghalang-halangi dari jalanMU." [Hadith riwayat al-Bayhaqi, 2/210]. (dipetik dari forum umum, shahnor77, http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=37486)

Quote:
2. bolehkah kita gabungkan bacaan2 qunut itu dalam 1 solat? atau ambil sebahagian dan gabungkan?
3. Bolehkah menambah perkataan sendiri (doa sendiri dalam bahasa arab) atau doa2 lain yg ma'thur tp bukan sebahagian dari qunut nazilah?

.

Isi kandungan Qunut Nazilah hendaklah dilakukan menurut situasi dan keadaan musibah yang menimpa. Nabi :saw pernah melaknati beberapa kabilah Arab kerana membelakangkan sahabat baginda dan membunuh mereka. Menurut al-Nawawi "Pandangan yang benar menurut jumhur adalah tidak ada perkataan yang khas/khusus (mengenai Qunut Nazilah), malah apa-apa lafaz do'a boleh disebutkan" [a-Majmu', 3/497].

Quote:
4. bg seorang imam pada solat sirriyyah, adakah perlu dijahrkan suara apabila membaca qunut tersebut?

Menurut Ibn Utsaimin rh. dikatakan bahawa Qunut boleh dilakukan didalam solat 5 waktu, jika solat dimana al-Quran dibaca secara kuat (jahr), maka telah maklum Qunut dibaca secara kuat, jika didalam solat yang dibaca perlahan (sir), do'a Qunut hendaklah dibaca secara kuat (jahr) juga. Dalil menunjukkan bahawa Nabi :saw pernah membaca Qunut dan makmum mengaminkan dibelakang beliau, dan mereka tidak mungkin menyebut AMIN melainkan Qunut dibaca dengan kuat [al-Sharh al-Mumthi, 4/47].

Sekian, wassalaml

خيرالأمين