SJ-07-0176 : Amalan Untuk Murah Rezeki

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-07-0176 : Amalan Untuk Murah Rezeki

Assalamualikum,

Saya ada satu musykil tentang penggunaan surah-surah dalam al quran contohnya sural al insyiirah atau al qadar dalam bilangan-bilangan tertentu dan dibaca selepas sembahyang untuk menolong dalam mengatasi masalah rezeki atau kesusahan.Adakah dalil-dalil,nas-nas hadis tentang perkara ini.harap dapat penjelasan.terima kasih.

SJ-07-0176 : Amalan Untuk Murah Rezeki

ÈÓã Çááå
æÇáÍãÏ ááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå¡ ÃãÇ ÈÚÜÏ

- Kami tidak menemui -setakat pencarian- dalil tentang amalan membaca dua surah tersebut dengan bilangan tertentu sebagai amalan untuk mengatasi masalah rezeki.

- Tetapi dimaklumi di dalam syarak terdapat galakan melakukan dan membaca doa-doa tertentu untuk diluaskan rezeki, antaranya:

1) Bertaqwa kepada Allah, kerana ia penyebab murah rezeki. Firman Allah:

æóãóä íóÊøóÞö Çááøóåó íóÌúÚóá áøóåõ ãóÎúÑóÌðÇ * æóíóÑúÒõÞúåõ ãöäú ÍóíúËõ áóÇ íóÍúÊóÓöÈõ æóãóä íóÊóæóßøóáú Úóáóì Çááøóåö Ýóåõæó ÍóÓúÈõåõ

Maksudnya: Dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar. Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya. (Al-Talaq: 2-3).

2) Membanyakkan istighfar, kerana Allah berfirman:

ÝóÞõáúÊõ ÇÓúÊóÛúÝöÑõæÇ ÑóÈøóßõãú Åöäøóåõ ßóÇäó ÛóÝøóÇÑðÇ * íõÑúÓöáö ÇáÓøóãóÇÁ Úóáóíúßõã ãøöÏúÑóÇÑðÇ * æóíõãúÏöÏúßõãú ÈöÃóãúæóÇáò æóÈóäöíäó æóíóÌúÚóá áøóßõãú ÌóäøóÇÊò æóíóÌúÚóá áøóßõãú ÃóäúåóÇÑðÇ

Maksudnya: Sehingga aku berkata: Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Dia Maha Pengampun. (Sekiranya kamu berbuat demikian), Dia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu. Dan Dia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak, dan Dia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai. (Nuh: 10-12).

3) Menjauhi maksiat. Kerana Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:

æÅä ÇáÑÌá áíÍÑã ÇáÑÒÞ ÈÇáÐäÈ íÕíÈå

MAksudnya: Sesungguhnya seseorang lelaki disekat rezeki dengan sebab dosa yang dilakukannya. Direkod oleh Ibn Majah (no: 4022). Dinilai sahih oleh al-Hakim.

4) Berdoa dimurahkan rezeki, seperti doa baginda pada waktu pagi selepas solat Subuh:

Çááåã Åäí ÃÓÃáß ÚáãÇ äÇÝÚÇ æÑÒÞÇ ØíÈÇ æÚãáÇ ãÊÞÈáÇ

Maksdunya: Ya Allah, sesungguhnya aku memohon daripada Engkau ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima.
Direkod oleh Ibn Majah (no: 925).

Wallahu A'lam