Assalamualaikum,.
Soalan:
Apakah disunatkan untuk niat puasa dihari Eidul Adha dan bukanya selepas balik dari solat sunat Eid tersebut. Adakah ini sunnah? Nampak macam pelik tapi diberitahu oleh seorang yang alim di tempat saya. Minta tolong tahqih/. Terima kasih.
Mori
:salam
Diharamkan berpuasa pada Idul Adha.
( Úóäú ÃóÈöí ÓóÚöíÏò Úóäú ÑóÓõæáö Çááøóåö Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó Ãóäøóåõ { äóåóì Úóäú Õóæúãö íóæúãóíúäö : íóæúãö ÇáúÝöØúÑö ¡ æóíóæúãö ÇáäøóÍúÑö } .
ãõÊøóÝóÞñ Úóáóíúåö .
æóÝöí áóÝúÙò áöÃóÍúãóÏó æóÇáúÈõÎóÇÑöíøö { áóÇ Õóæúãó Ýöí íóæúãóíúäö } æóáöãõÓúáöãò { áóÇ íóÕöÍøõ ÇáÕøöíóÇãõ Ýöí íóæúãóíúäö } )
Maksudnya: Dari Abu Said al-Khudri r.a. dari Rasulullah s.a.w. bahawasanya baginda melarang berpuasa pada dua hari: Idul Fitri dan idul adha. (Muttafaq Alaih)
Al-Syaukani di dalam Nailul Authar-nya berkata:
ÞóÇáó Çáäøóæóæöíøõ Ýöí ÔóÑúÍö ÕóÍöíÍö ãõÓúáöãò : æóÞóÏú ÃóÌúãóÚó ÇáúÚõáóãóÇÁõ Úóáóì ÊóÍúÑöíãö Õóæúãö åóÐóíúäö Çáúíóæúãóíúäö Èößõáøö ÍóÇáò
Maksudnya: Al-Imam al-Nawawi di dalam Syarah Sahih Muslim berkata: Telah ijmak seluruh ulama atas haramnya berpuasa para dua hari (hari raya puasa dan hari raya haji) dalam apa keadaan sekalipun.
:wassalam
Sedikit tambahan -
Mungkin yang di maksud adalah disunatkan tidak makan sebelum selesai Solat Eid al-Adha. Apakah itu maksudnya?
Nabi :saw pada Eid al-Adha tidak makan apa-apa sebelum Solat Eid , dan apabila kembali dari Solat akan makan masakan daging korban tersebut.
Ia bukanlah 'puasa' dalam erti kata sebenar. Tidak ada niat khusus, cuma kita lakukan kerana Nabi :saw pernah melakukan sedemikian.
Sekian, wassalam
خيرالأمين