:salam
Moga kita dirahmati Allah,
Boleh saudara abu umair jelaskan apa yg dikatakan rongga???
Ada pandangan kentut dalam air bleh batal poser???
Adakah lubang telinga pun dikatakan rongga jugak??
Malah ada yg bg pandangan kalo najis air besar kita udah kuar...pas tu di sedut/kemut kembali najis air besar tersebut...dikatakan batal jugak poser???
Ada jugak yg bg pandangan...lubang saluran kencing pun kalo masuk air bleh batal poser??
Adakah semua pandangan ini ada kebenaran yg bersumber???
ÈÓã Çááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå
ÃãÇ ÈÚÏ
Yang dimaksudkan rongga oleh fuqaha dalam bab Puasa ialah: abdomen manusia, ataupun secara tahdidnya ialah: bahagian dalaman tubuh antara dada dan pinggul.
fuqaha tidak berselisih tentang batalnya puasa dengan sebab makan dan minum melalui mulut.
Cuma khilaf jika masuk sesuatu dalam rongga melalui lubang2 selain mulut spt telinga dan dua jalan najis.
jumhur fuqaha mutaqaddimin mengatakan BATAL puasa dengan memasukkan sesuatu dalam rongga melalui mana2 lubang spt: hidung, telinga dll. Kerana, berdasarkan hadis Laqit bin Sabirah r.a. Nabi bersabda: "Berlebihanlah dalam istinsyak kecuali kamu sedang berpuasa".
HR Ahmad (16380), Abu Daud (142), Tirmizi (788), Nasai (87), Ibn Majah (407), dihukum SAHIH oleh: Tirmizi, Ibn Hibban (1054), Ibn khuzaimah (150), Hakim (7094), Albani dalam Irwa (4/85).
Kerana, Nabi SAW mengisyaratkan batal puasa dengan masuk air ke dalam hidung, sedangkan hidung bukannya laluan makan. Bererti apa2 laluan yg terbuka, jika dimasukkan sesuatu memasuki rongga membatalkan puasa.
Walaupun ada di kalangan mujtahidin mutakhirin berpandangan tidak membatalkan puasa melainkan masuk melalui laluan mulut dan hidung, tetapi jumhur mutaqaddimin telah membuat ketetapan batal berdasarkan illah dan makna dalam hadis Laqit bin Sabirah. Dan mereka para salaf lebih warak dan berhati2 dalam memilih pendapat.
oleh itu, setiap laluan (yg terbuka) dan menyampaikan kepada rongga (bahagian abdomen) tidak boleh dimasukkan ke dalamnya sesuatu samada makanan atau tidak ketika puasa.
Kaedah telah diterangkan di atas, samada anda memilih lubang qubul dan dubur sebagai laluan rongga atau tidak.
jika memilih ia laluan rongga yg membatalkan, maka memasukkan air ke dalamnya membatalkan puasa. perbuatan kentut itu sendiri tidak memberi apa2 kesan dalam hukum puasa. yg dikaitkan ialah masuk air atau tidak dengan perbuatan itu.
ini juga pecahan kepada yg diterangkan di atas. Secara nas, memang tiada dalil. Tetapi secara qiyas, jumhur ulama mengatakan ia adalah laluan kepada rongga, yg membatalkan puasa.
perincian ini juga kembali kepada persoalan asas yg di atas. Sememangnya ada fuqaha membincangkan masalah ini, jika dilakukan sengaja, mereka mengatakan batal puasa. Berasaskan kepada kaedah ia laluan kepada rongga.
juga berkait dengan asas persoalan tadi.
kerana ihlil (lubang saluran kencing) walaupun bukan rongga, tetapi ia adalah laluan terbuka dan boleh sampai ke rongga.
wallahu a'lam
http://abuumair1.wordpress.com
boleh dengar dan baca jawapan yg disampaikan oleh syeikhuna Dr Muhammad bin Muhammad al-Mukhtar al-Syanqity hafizahullah, berkenaan hukum memasukkan sesuatu dalam rongga, melalui laluan2 selain mulut.
http://audio.islamweb.net/audio/index.php?page=FullContent&audioid=128017
http://abuumair1.wordpress.com