SJ-08-0077 : berkenaan debu

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-08-0077 : berkenaan debu

assalamualaikum... ana ingin bertanyer... adakah batal puasa jika menelan air liur yg telah bercampur dengan debu apabila menyedari debu telah masuk ke dlm mulut melalui saluran hidung apabila bernafas ?
cuba terangkan dengan detail masalah debu...

adakah boleh ingin menukar mazhab setelah berpegang dengan mazhab yg lain sebelum nie dgn alasan supaya puasanya tidak terbatal apabila sudah melakukan perkara yg mmbatalkan puasa bagi mazhab yg lain?

terima kasih

SJ-08-0077 : berkenaan debu

:wassalam

al-Jawab:

Kata Sayyid Sabiq (FS 3/224), ia tidak membatalkan puasa. Ia termasuk kesukaran yang sulit dihindari. Ini merupakan pendapat pilihan Syaikhul Islam Ibn Taymiyah. Ini kerana debu bukanlah makanan dan keujudan debu adalah suatu yang di luar kemampuan manusia menghindarinya kecuali dia memakai penutup hidung atau mask.

2. Isu menukar madzhab agar puasanya tidak batal adalah dasar yang salah. Ini kerana syarat menukar madzhab ialah kefakihan seseorang meneliti hujah-hujah madzhab tersebut bukan didorong oleh sesuatu motif. Motif menukar madzhab dan berpindah Imam ialah mencari yang lebih hampir kepada kebenaran. sekian